Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tayar Viking di Malaysia

[t26d07] Tayar Viking: Berbaloikah Guna Teknologi German Continental?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ         Mencari tayar kereta baru selalunya pening kepala. Nak yang murah, takut tak selamat. Nak yang premium, harga pula "kayangan". Salah satu jenama yang kerap disebut-sebut di bengkel Malaysia sekarang ialah Viking Tyres . Kandungan: Imej Utama: Viking Tyres vs Continental Asal-Usul Tayar Viking Kelebihan & Kekurangan Sesuai untuk Proton Persona 2008? Anggaran Harga Tayar Viking 2026 Kesimpulan Asal-Usul Tayar Viking Ramai tak tahu, Viking sebenarnya adalah jenama dari Norway yang diasaskan pada tahun 1931. Kini, ia dimiliki sepenuhnya oleh Continental AG dari Jerman. Untuk pasaran tempatan, tayar ini dihasilkan di kilang Continental yang terletak di Alor Setar atau Thailand. Info Pantas: Walaupun harganya mesra poket, Viking menggunakan teknologi bunga dan kompaun getah yang dipantau selia oleh jurutera Continental (German Technology)...

Review tayar Viking CityTech CT5

Imej
Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu. Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar . Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual . Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini . Jadi  review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja. Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5: Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radi...

Tukar tayar kereta di Lim Tayar Bangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Akhirnya Master menggantikan juga tayar kereta  Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi. Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar kereta pada petang ini kerana salah satu daripada 4 tayar kereta  Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu selalu kekurangan angin. Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin. Semalam lebih teruk apabila tayar kereta Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi . Master takut kalau tayar kereta tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je . Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar kereta Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof , Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar ya...

Senarai Harga Tayar Viking 2019 di Malaysia

Ini adalah senarai harga tayar Viking tahun 2019. Jika kawan-kawan nak semak harga tayar kereta Viking tahun 2017 boleh semak di artikel " Harga tayar Viking Malaysia 2017 ". Selain itu kawan-kawan boleh juga semak review sebelum ini dalam artikel " Review tayar Viking CityTech CT5 " yang menceritakan lebih lanjut pengalaman kami menggunakan tayar kereta Viking sebelum ini, manalah kawan-kawan nak tahu apa itu tayar jenama Viking, tayar Viking okay ke tak, atau mungkin kualiti tayar Viking. Harga Tayar Viking Pro Tech PT6 Tayar dengan harga berpatutan yang mempunyai jangka hayat yang baik, kendalian yang baik dan memberikan pengalaman pemanduan yang selesa. Mengurangkan risiko aquaplaning dalam cuaca basah kerana tayar Viking Pro Tech PT6 ini menggunakan bunga tayar dengan corak yang tidak simetri. Corak bunga tayar tidak simetri juga meningkatkan pengendalian dan prestasi kereta. Viking Pro Tech PT6 185/55R15 : dari RM 136.00 ke RM 152.00 Viking Pro Tech PT6 ...

Harga tayar Viking Malaysia 2017

Imej
Kereta Proton Persona Tok abah bocor tepi, maka kenalah selidik harga tayar kali ini daripada jenama Viking sebab Master pun dah guna tayar Viking CT5 . Orang kata kalau bocor tepi memang tak boleh tampal dah, tapi Pak Lang kata boleh tampal tapi guna cara lama iaitu tampal dari dalam tayar, bukan guna cacing macam zaman sekarang ni. Proton Persona guna saiz tayar 195/60/R15 iaitu tayar lebar 195 inci dan rim 15 inci, jadi tayar yang sesuai adalah Viking ProTech PT5. Subaru XV pula guna saiz tayar 225/55/R17 iaitu tayar lebar 225 inci dan rim 17 inci, jadi tayar yang sesuai juga Viking ProTech PT5. Ini adalah senarai harga tayar Viking terkini untuk panduan semasa menyerbu kedai tayar berhampiran. ~~~ jika anda berasakan artikel ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... tq ~~~ 155/70R12 CITY TECH CT5    RM108.00 165/50R15 CITY TECH CT5    RM153.00 165/60R13 CITY TECH CT5 RM127.00 165/60R14 CITY TECH CT5 RM151.00 175/50R15 CITY TECH CT5...

Popular