Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hospital Putrajaya

Master periksa mata di Hospital Putrajaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam. Hari ini Master keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk ke Hospital Putrajaya kerana Master ada temujanji dengan ophthalmologist di sana. Master sampai di Hospital Putrajaya sekitar jam 7:40 pagi dan dapat nombor pada jam 7:50 pagi. Master dipanggil untuk pemeriksaan sekitar jam 8:30 pagi, dan habis temujanji dengan ophthalmologist sekitar jam 9:15 pagi. Ophthalmologist adalah gelaran bagi doktor pakar mata. Ini adalah temujanji kedua Master dengan pakar mata di Hospital Putrajaya, sebagai pemeriksaan susulan kepada pemeriksaan pertama dalam bulan Disember 2017 yang dilakukan kerana kemalangan kereta yang kami sekeluarga alami. Kali ini Master turut membawa hasil pemeriksaan mata yang diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur. Merujuk kepada laporan pemeriksaan tersebut, doktor pakar mata tu menyatakan bahawa mata Master adalah normal dan tiada...

[t17i24] Baby Aina Dibenarkan Keluar Hospital Putrajaya

Imej
24-September: Aina ditahan di Wad 2C Mungkin kawan-kawan semua tidak mengetahui bahawa baby Nor Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Ahad, 24-September  yang lalu pada jam lebih kurang 8:30 pagi setelah bayi Nor Aina kami bawa ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya beberapa jam sebelum itu. Bayi Aina telah diberikan neb sebanyak 4 kali ketika di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya tersebut, dan akhirnya setelah diperiksa oleh doktor pakar paedatrik, Aina diarahkan untuk ditahan di Wad Paedatrik atau Wad 2C. Setelah Master membayar deposit RM 100 , bayi Aina dibawa ke Wad Paedatrik 2C. Sejak itu bayi Aina telah menerima rawatan di Wad 2C Paedatrik sebagai suspek bronchillitis atau pneunomia kalau Tedi tak silap eja nama. Kedua-dua penyakit ini adalah berkaitan dengan jangkitan virus pada paru-paru. Bronchillitis adalah radang pada saluran pernafasan yang lebih kecil pada paru-paru manakala pneunomia adalah jangkitan virus pada bahagian saluran pernafasan yang lebih be...

Ujian Pendengaran dan Mata Bayi Aina

Imej
Akhirnya selesai juga ujian pendengaran dan ujian mata bayi Aina dalam dua hari berturut-turut. Ujian Pendengaran Bayi Ujian pendengaran bayi dilakukan di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Precint 8 di Putrajaya pada 4 Mei 2017. Tampaknya bangunan Hospital Bersalin Berisiko Rendah ni adalah blok perumahan kakitangan kerajaan yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hospital. Kena mendaftar dulu di unit hasil dengan bayaran sebanyak RM 5 bagi rakyat Malaysia, sebelum dihantar ke Unit Ujian Pendengaran di tingkat 2. Pastikan anda membawa buku merah bayi dan juga kad kesihatan bayi. Sebelum dibenarkan naik ke tingkat 2, kami perlu mendaftar dahulu dengan pengawal keselamatan di bawah. Anak Gagal Ujian Pendengaran Bayi Aina gagal dalam ujian pendengaran tersebut di mana ujian dilakukan dengan meletakkan satu alat di telinga dan kepala bayi. Bayi harus tidur nyenyak semasa ujian dilakukan. Doktor kata mungkin bayi Aina ni gagal sebab dia selsema. Kami habis dalam jam 10 lebih di mana ka...

[t18k27] Pemeriksaan Kesihatan Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Hari ini Nor Aina ada temujanji dengan doktor di Hospital Putrajaya. Kami tiba di Hospital Putrajaya agak lewat iaitu sekitar jam 10:30 pagi hingga jam 11 pagi, maka Master terpaksalah meletakkan kereta di satu kawasan lapang di antara Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Nasional. Kawasan tempat letak kereta itu agak teruk dengan keadaannya yang berlumpur.     Toyota VIOS Hitam sangkut dalam lumpur Semasa Master meletakkan kereta ada sebuah VIOS hitam yang tampak macam mahu berundur tapi tak bergerak, dan sebaik sahaja Master selesai meletakkan kereta dan mahu keluar, barulah Master perasan bahawa tayar kereta itu terperangkap dalam lumpur. Tuan kereta itu menurunkan tingkap dan menasihati Master agar tidak meletakkan kereta di situ. Nyaris sahaja Master menjawab, "Tak mengapa, kereta saya AWD (pacuan semua roda)" , tetapi membatalkan jawapannya itu kerana terli...

[t19c28] Master periksa mata, Mummy periksa perut di Hospital Putrajaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Hari ini adalah hari temujanji pertama Master bersama pakar oftamologi di Hospital Putrajaya. Harapnya adalah untuk yang terakhir. Kebetulan temujanji Master pada hari ini serentak dengan temujanji Mummy, cuma temujanji Master pada waktu pagi, manakala temujanji Mummy adalah pada waktu petang. Master bertolak dahulu ke Hospital Putrajaya dan sampai di tempat letak kereta pada jam 8:20 pagi lebih kurang. Ketibaan kami di tempat letak kereta Hospital Putrajaya disambut dengan kelibat belon udara panas yang berkonvoi terbang di sekitar Putrajaya. # 28 Mac 2019 08:22 pagi Khamis # IMG_20190328_082222 20190328 201903 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Putrajaya # Jalan P9, Presint 7, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Baru jam 8:26 pagi tapi dah ramai orang beratur nak ambil nombor giliran untuk mendaftar lawatan mereka. # 28 Mac 2019 jam 08:26 pagi Khamis # IMG_20...

[t18g17] Medical Check Up Aina di Hospital Putrajaya - 1 tahun 4 bulan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Hari ini bawa Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan berjadual sempena dia lahir tak cukup bulan. Umur Aina ketika ini ialah 1 tahun, 4 bulan, 28 hari. 17 Jul 2018 | Tue, 11:11 | IMG_20180717_111119.jpg | 1.6 MP 1080 × 1440 100.6 KB ~20180711~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17k29] Wakaf Lama vs Wakaf Baru di Hospital Putrajaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Karangan kali ini adalah berkenaan gambar dua buah wakaf yang Tedi nampak di taman permainan Hospital Putrajaya. Ini adalah gambar yang Tedi telah ambil dan gayakan semula semoga ia nampak legend, hehe. Ini adalah hari di mana Aina dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan kahak dan lendir pada saluran pernafasan. Tedi tajukkan gambar ini Wakaf Lama vs Wakaf Baru sebab ada dua buah wakaf di sana yang dibina dengan material berbeza dan mungkin pada masa berbeza. wakaf Lama tampak usang, beratapkan nipah, manakala Wakaf Baru menggunakan material pada zaman sekarang. Wakaf adalah lebih kurang maksudnya pondok tempat berehat. Ia dipanggil wakaf mungkin dengan dua sebab: Wakaf bermaksud berhenti, di mana ia tempat orang berhenti untuk berehat. Bagi harta pula ia bermaksud berhenti menjadi harta, kerana harta yang diwakafkan sudah tidak layak untuk ki...

[t19c25] Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya sempena umur 2 tahun

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Beli lunch di AJ Nasi Ayam Cincang. Pergi ke JPN Salak Tinggi - mohon MyKid Aina Pergi ke Masjid Sultan Hisamuddin - perbaharui khairat kematian Hujan lebat di Salak Tinggi Tiada air Master ke Pasar Malam Taman Seroja Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Master dan Mummy cuti untuk membawa Aina ke temujanjinya bersama doktor paedatrik di Hospital Putrajaya sempena umurnya kini 2 tahun. Doktor telah mengurangkan dos puff yang diperlu Aina ambil setiap hari daripada 2 puff sehari kepada sekali sehari. Sepatutnya doktor mungkin nak hapuskan terus penggunaan puff oren tersebut, tetapi kerana Aina ambil nebulizer pada 22 Jan 2019 lalu dan tiada diari asma yang direkodkan oleh kami menyebabkan doktor teruskan penggunaan puff oren itu. Doktor kata mungkin Aina tak perlukan nebulizer sebaliknya hanya pe...

[t17l21] Kami Kemalangan di Cyberjaya

Imej
Tarikh 21 Disember pada jam 7:28 malam seperti dicatatkan dalam garis masa Google map, menjadi detik malang buat kami kerana telah mengalami kemalangan di susur keluar ke Dengkil di Cyberjaya. Kejadian ini berlaku ketika bayi Aina berusia 10 bulan 1 hari. Master hilang ingatan bagaimana kejadian itu berlaku dan masih tak dapat mengingati dengan jelas. Apa yang Master ingat adalah beliau memutuskan untuk tidak berhenti untuk solat Maghrib di RNR Seri Kembangan dan sebaliknya mahu menunaikan solat Maghrib di rumah. Apa yang jelas dalam fikiran Master ialah sejurus selepas kemalangan ialah Master ternampak asap, kemudian Master mengeluarkan Aina dan dibawa ke belakang kereta oleh seorang lelaki (yang kemudiannya kami kenali sebagai Konstabel Shafiq dari IPK Kuala Lumpur). Master kemudiannya membuka pintu belakang kiri dan Mommy keluar dari kereta. Konstabel Shafiq mengarahkan Master mengumpul semua barangan berharga dengan bantuan beberapa orang di sana. Seorang staf Hospital Putrj...

Kerja Kosong di sekeliling Tedi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Berikut adalah iklan-iklan kerja kosong yang Tedi sempat snap semasa berjalan-jalan. Kiriman ini akan sentiasa Tedi kemaskini dengan iklan terbaru yang Tedi nampak dan akan dipadam iklan-iklan lama jika Tedi rasa dah tak berguna. Teks akan Tedi cuba kekalkan seperti mana dalam iklan untuk menjamin keasliannya, hehe. Iklan ni seperti yang Tedi snap, untuk sahkan sila ambil inisiatif sendiri ya. Akhir kata semoga memperolehi pekerjaan yang baik untuk kemaslahatan dunia akhirat. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang mencari rezeki dengan cara yang halal. Common Sense , AEON Mall Nilai, 2023 SKECHERS AEON Mall Nilai, 2023 Verns AEON Mall Nilai, 20220612 Jawatan kosong di D'ezyan Collections Bangi Gateway Kerja kosong di Pets WONDERLAND Bangi, 20220423 Jawatan Kosong Mafia , Bandar Baru Salak Tinggi, 20210829 MR D.I.Y Vacancy, Bangi Gateway, 20210501 Gurume Vacancy, EVO Mall Bangi, 20210429 Job Vacancy Himawari , Malakat Mal...

T18B24 Aina masuk wad Hospital Putrajaya kali ke-3

Imej
20180224, Sabtu, Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 2 pagi tadi . Ia adalah susulan kami bawa Nor Aina ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya sekitar jam 8:30 malam, hari Jumaat, 20180223 kerana dia mengalami masalah nafas kencang dan muntah-muntah . Aina dimasukkan ke wad kerana pada malam sebelumnya iaitu pada hari Khamis, 20180222, Aina telah menerima rawatan nebulizer sehingga jam 12:30 tengah malam, sebelum dibenarkan pulang. Jadi memandangkan masalah sama berulang, doktor pakar telah memutuskan bahawa Nor Aina perlu dimasukkan ke dalam wad. Ini adalah cerita panjang yang terpaksa Tedi pecahkan mengikut hari: 22.02.18: Bertemu nenek dan tok dari Holland 23.02.18: Bertemu semula nenek Holland mahu discaj 24.02.18: Aina dimasukkan ke dalam wad. 25.02.18: Besarnya tahi hidung Aina 26.02.2018: Aina suka tengok belon 27.02.2018: Aina tinggal seorang 28.02.2018: Hidung Aina tersumbat, tak dapat Hello Kitty 01.Mac.2018: Kami tidur di parking stadium 02...

Popular