[t19c28] Master periksa mata, Mummy periksa perut di Hospital Putrajaya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini adalah hari temujanji pertama Master bersama pakar oftamologi di Hospital Putrajaya. Harapnya adalah untuk yang terakhir. Kebetulan temujanji Master pada hari ini serentak dengan temujanji Mummy, cuma temujanji Master pada waktu pagi, manakala temujanji Mummy adalah pada waktu petang. Master bertolak dahulu ke Hospital Putrajaya dan sampai di tempat letak kereta pada jam 8:20 pagi lebih kurang. Ketibaan kami di tempat letak kereta Hospital Putrajaya disambut dengan kelibat belon udara panas yang berkonvoi terbang di sekitar Putrajaya. # 28 Mac 2019 08:22 pagi Khamis # IMG_20190328_082222 20190328 201903 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Putrajaya # Jalan P9, Presint 7, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Baru jam 8:26 pagi tapi dah ramai orang beratur nak ambil nombor giliran untuk mendaftar lawatan mereka. # 28 Mac 2019 jam 08:26 pagi Khamis # IMG_20...