Amy Mastura jadi makcik macam tak sesuai
Taman Seroja, 10.00 malam. Tedi baru ja sampai di Bandar Baru Salak Tinggi dari Kuala Lumpur. Sekarang ni Tedi sedang menunggu makanan yang dipesan disiapkan oleh pekerja kedai makan Awan Tomyam. Sepanjang hari ni memula kami bawa bayi Aina ke klinik kerana hidungnya habis luka-luka dicakar olehnya. Aina kalau mengamuk memang kerjanya mencakar muka. Doktor cuma bagi ubat sapu dan tak benarkan apa-apa ditampal pada hidung bayi Aina sebab ditakuti akan jadi lebih teruk. Selepas itu kami ke kuarters polis Desa Aman di Kerinchi untuk survey kalau ada pengasuh di sana untuk jaga bayi Aina. Tapi tidak kesampaian. Master adalah berbual dengan makmum di surau di sana dan beliau tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Selepas berpusing-pusing beberapa ketika di sekitar Bangsar South, kami ke Menara TM a.k.a Menara REbung untuk mengambil barang di sana. Dari Menara TM kami ke Midvalley pula untuk berbuka puasa dan cari telefon pintar Sony Ultra XA1. Tetapi sampai sahaja di sana, Chi...