Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aina dua tahun

Hadiah hari lahir daripada kak Putri, abang Ipin, dan kak Aira

Imej
Pengasuh Aina beri hadiah sempena hari jadi kedua tahun Aina ketika Master pergi jemput Aina. Hadiah beg galas bertemakan kucing berwarna kelabu itu diletakkan dalam satu beg kertas dengan tema puteri comel. Lucunya, semua orang tahu Aina ni sebenarnya penakut sikit dengan kucing betul. Kalau nampak kucing melintas, memang dia akan cepat-cepat cari perlindungan! Tapi pelik tapi benar, bila dapat hadiah beg galas bertemakan kucing ni, dia punya seronok tu lain macam. Mungkin sebab versi kartun ni nampak comel dan tak 'mengiau' kot, jadi dia pun berani nak peluk dan bawa ke mana-mana. Terima kasih banyak-banyak buat umi Ogy sekeluarga atas hadiah yang sangat bermakna (dan berani) untuk Aina ni! Aina dapat hadiah sempena ulangtahun hari lahirnya yang kedua tahun daripada kakak Putri, abang Ipin dan kakak Aira. Terima kasih juga buat umi Ogy. # 26 Feb 2019 jam 21:19 malam hari Selasa # IMG_20190226_211947 20190226 201902 # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A ...

[t19c16] Aina Nak Adik? Kisah Cari Katil Bayi di Mamakiddies Alam Nusantara

Imej
Info Kedai Barangan Bayi: Mencari car seat atau katil bayi di Shah Alam? Pengalaman melawat Mamakiddies di Alam Nusantara untuk melihat kelengkapan bayi secara terus sebelum membeli. Isi Kandungan: Lawatan ke Mamakiddies Shah Alam Barangan dijual atas talian Katil Bayi untuk Adik Aina Jelajah Kedai Mamakiddies Kami pergi ke kenduri kahwin anak saudara Mummy di Shah Alam. Alang-alang ke sana, kami merayau sebentar ke kedai barangan bayi Mamakiddies di Shah Alam iaitu di tingkat 3 nombor 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor . Walaupun di tingkat 3, kedai barangan bayi Mamakiddies ni ada lif, jadi jangan risau terpaksa memanjat tangga. Siapa nak panjat tangga beli barang ya tak? Tedi pada mulanya agak gusar apabila tahu kedai barangan bayi Mamakiddies ni terletak di tingkat 3, mahu Tedi kena tolong Master angkat barang nanti, sebab siapa nak dukung Aina pula turun tangga? Itupun kalau dia nak didukung, selalunya...

Aina muntah-muntah dan batuk

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Kronologi Ringkas: 8 Julai : Simptom awal muntah & batuk 9 Julai : Ke Klinik Siti & isu pejabat 10-11 Julai : Perang ubat & diplomasi Master 8 Julai 2019 : Bermulanya Kesakitan Semalam 8 Julai 2019 . Aina mulai muntah-muntah dan batuk teruk. Entah berapa kali Aina muntah. Umur Aina ketika ini 2 tahun 5 bulan . Master beri Aina makan dan minum macam-macam untuk memastikan perut Aina ada isi untuk dimuntahkan. Apakah yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun muntah-muntah? [Kembali ke Atas] 9 Julai 2019 : Lawatan ke Klinik & Isu EL Sekarang 9 Julai 2019 jam 4:44 pagi . Aina terjaga dan nak muntah tapi tiada apa yang keluar. Master bancuhkan susu formula untuk Aina tetapi dia tidak mahu minum. 9 Julai 2019 selepas Asar , Master bawa Aina ke Klinik Siti Kota Warisan . Doktor bagi ubat demam sirap dan ubat bontot, dan antibiotik. Doktor pesan beri makan aiskrim vanilla 1 sudu untuk legakan tekak sebelum makan...

[t19c25] Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya sempena umur 2 tahun

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Beli lunch di AJ Nasi Ayam Cincang. Pergi ke JPN Salak Tinggi - mohon MyKid Aina Pergi ke Masjid Sultan Hisamuddin - perbaharui khairat kematian Hujan lebat di Salak Tinggi Tiada air Master ke Pasar Malam Taman Seroja Temujanji Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Master dan Mummy cuti untuk membawa Aina ke temujanjinya bersama doktor paedatrik di Hospital Putrajaya sempena umurnya kini 2 tahun. Doktor telah mengurangkan dos puff yang diperlu Aina ambil setiap hari daripada 2 puff sehari kepada sekali sehari. Sepatutnya doktor mungkin nak hapuskan terus penggunaan puff oren tersebut, tetapi kerana Aina ambil nebulizer pada 22 Jan 2019 lalu dan tiada diari asma yang direkodkan oleh kami menyebabkan doktor teruskan penggunaan puff oren itu. Doktor kata mungkin Aina tak perlukan nebulizer sebaliknya hanya pe...

Kolaj Terkini Aina (Highlights of Aina)

Imej
 Kolaj terkini Aina adalah kiriman yang berkongsi koleksi kolaj yang dijana secara automatik dan dicadangkan oleh Google Assistant menggunakan tajuk Highlights of Aina. Dijana pada 28 Jul 2019 oleh Google Assistant # IMG_20190629_165634-COLLAGE # Sony G3226 Bermain di laman semasa temani Mummy berpantang | makan roti cheese cicah air suam | tengok kapal terbang mendarat | panaskan enjin kereta mak long | makan kek di Secret Recipe BB Nilai semasa Aidan berumur 60 hari | temani Master tukar minyak gear manual kereta Proton Persona | pergi open house rumah kawan Mummy di Kota Bharu Kelantan. Hari Rabu nanti Master akan pergi ke satu sesi temuduga. Diminta kawan-kawan doakan keberhasilan yang baik-baik untuk agama dan keluarga kami ya. 26 Apr 2019 12:36 # DSC_7184-COLLAGE # Xiaomi Redmi Note 5A # Di Nando's Chicken Nilai # Cuba baju raya kanak-kanak # Minum air susu kotak di taman permainan # Di kenduri kahwin kawan Mummy # Di Suneeta Seafood # Duduk dalam bakul kain sambil berangan m...

[t19d27] Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Selangor Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Melihat Kapal Terbang Berlepas Kami pergi ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk beli baju raya untuk adik lelaki Aina  yang bakal lahir pada bulan Mei nanti, di samping baju-baju lain. Aina sibuk berlari-lari jadi dia dibawa keluar dari bangunan Mitsui Outlet Park untuk bermain sebab Aina ketika ini sedang batuk-batuk, takut nanti dia muntah dalam kedai di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pula, naya je. Ketika bermain tu Aina nampak seorang makcik duduk atas benteng jalan, maka dia pun turut sama memanjat sendiri benteng tersebut dan kemudian sengih-sengih sambil menonton kapal terbang berlepas di sekitar Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Sekali sekala Aina melambai kereta yang lalu  di belakangnya di mana terletak jalan keluar masuk ke Mitsui Outlet Park KLIA. Nor Aina berlagak duduk melepak atas benteng jalan panjat sendiri sambil menonton kapal terbang berlepas di sekit...

[t19d24] Sakit Gigi Bahaya untuk Jantung Berlubang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Hari ini (ketika kiriman ini mula ditaip) temujanji Aina bersama Paediatric Cardiologist di Hospital Serdang. Temujanji ini untuk menggantikan temujanji bulan Disember tahun lepas. Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n Go Master Berebut Belon dengan Budak Beri Aina Ubat Tidur Lubang Atas Sudah Tertutup Jangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung Berlubang Singgah di Wisma Sumber Asli Singgah di Areeya Seafood Mesyuarat Combi Paras Gula dalam Darah Mummy Naik Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n Go Master menurunkan Mummy dan Aina di lobi utama Hospital Serdang sebelum meletakkan kereta di MAEPS menggunakan kad Touch n Go. Bas shuttle  dari MAEPS ke Hospital Serdang disediakan. Bayaran yang dikenakan kepada kami ialah RM8 (lapan Ringgit Malaysia) untuk tempoh lebih kurang 6 jam. Kawan Master kata caj RM 8 adalah kadar maksimum bayaran letak...

[t20b13] Anak-anak Unicorn, Master Urut

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan:  Kolaj Gambar Anak-anak Unicorn ,  Master Urut Kolaj Gambar Anak-anak Unicorn Kalau sebut pasal unicorn memang Aina sukakan unicorn selain pony, Elsa dan Mickey Mouse. tetapi jika pasal aksesori perhiasan atas kepala, adiknya si Aidan yang lebih lekat aksesori di atas kepalanya. Aina tak boleh pakai aksesori kepala sekejap saja pasti mahu dicabutnya. Tak kisahlah sama ada topi, tudung, cekak dan sebagainya. Dua ekor anak unicorn, seekor betina dan seekor jantan hehe. Gaya unicorn manakah yang betul-betul serupa macam unicorn? Gambar kolaj Aina dan Aidan memakai cekak kepala bertemakan unicorn. Umur Aina ialah 2 tahun 11 bulan 20 hari pada masa gambar diambil. Umur Aidan ialah 8 bulan dan 14 hari semasa gambarnya diambil.   # Friday, 14 February 2020, 08:33 # PhotoGrid_1581640412835.jpg # 20200214 # Rumah Sepang #   Master Urut "TAK CUBA TAK TAHU, DAH ...

Maksud Nama Muslim Izza untuk Anak Perempuan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida. Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut? Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek. Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti. Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni.   Mummy Tak Ketemui Maksud Nama Izza Jadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza. Semasa Master memilih nama Izza n...

[t19d07] Aina Pandu Bas di AEON Mall Nilai

Imej
Sudah beberapa hari Aina ajak pergi ke taman, setiap hari ketika ke rumah pengasuh duk ajak pergi taman. Taman bagi Aina cukuplah jika ada tempat untuk kanak-kanak berusia dua tahun tu berlari-lari, dan jika ada gelongsor untuk dia panjat dan turun adalah lebih baik lagi. Hari hujan, maka untuk ke taman permainan kanak-kanak adalah mustahil, jadi taman yang sesuai untuk Aina adalah taman indoor  di mana jika di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini kami selalu tuju ke Giant Nilai.  Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai. # Teks: Delicacy Dining Car. # Sunday, 7 April 2019, 19:08 # VID_20190407_190750-ANIMATION # AEON Mall Nilai. No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tetapi petang tersebut kami ke AEON Mall Nilai sebab Mummy nak jemput gelang tangan yang ditempah di sana hujung minggu lalu di kedai emas Habib Jewels yang terletak di tingkat tanah AEON Mall. ...

[t22a09] Aidan dan Aina disahkan dijangkiti HFMD

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Semalam semakin banyak ketulan kecil timbul pada bahagian kaki dan tangan Aina. Kami bawa Aina dan Aidan klini Amal Medik Kota Warisan untuk diperiksa. Doktor kata Aina dan Aidan mungkin dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Dia keluarkan surat rujukan kepada Nilai Medical Center. Sekitar Maghrib kami bawa Aina dan Aidan terus ke Nilai Medical Center. Selepas diperiksa doktor pakar disahkan bahawa Aina dan Aidan dijangkiti HFMD. HMFD adalah singkatan kepada Hand, Feet, and Mouth Disease atau dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut. Tiada rawatan untuk penyakit ini cuma pesakit perlu dikuarantin selama 10 hari. Ia dianggap tidak kritikal cuma mungkin akan menjadi serius jika pesakit kekurangan air selalunya akibat kehilangan selera makan dan minum kerana sakit tekak dan ulser dalam mulut.   Kronologi Aidan dan Aina dijangkiti HFMD Setelah didalami dida...

[t19g15] Aina 2 tahun 4 bulan 26 hari

Imej
Gambar Aina semasa berumur 2 tahun 4 bulan dan 26 hari. Monday, 15 July 2019, 14:35 | DSC_8281-COLLAGE.jpg | Sony G3226 20190715

[T19D06] Beli Baju Adik di Midvalley

Imej
Kami ke Midvalley pada hari Sabtu lalu untuk mencari barangan bayi buat si adik yang bakal lahir nanti. Tetapi tempat letak kereta penuh, mungkin kerana ada Baby Fair di Midvalley Mall, maka kami meletakkan kereta di Menara TM sebelum memanggil perkhidmatan GRAB. Tunggu pemandu GRAB datang menjemput kami di Menara TM. Destinasi kami ialah Midvalley. Tambang yang dikenakan ialah RM 7 (tujuh Ringgit Malaysia sahaja). Kami tumpang letak kereta di sini kerana tempat letak kereta Midvalley penuh. # Saturday, 6 April 2019, 14:55 # IMG_20190406_145541 # 20190406 # Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Aina lena tertidur dalam stroller di lobi Menara TM sementara menanti ketibaan pemandu GRAB yang akan membawa kami ke Midvalley. # Saturday, 6 April 2019, 14:57 # IMG_20190406_145712 # 20190406 # Xiaomi Redmi Note 5A # Menara TM # Gambar Aina sedang bermain belon semasa menunggu Mummy pilih baju adik di AEON Mid Valley Megamall. # Saturday, 6 April 2019, 16:14 # IMG_20190406_161430 # 2019040...

[T19B23] Bergambar di Nicepixel Studio sempena hari lahir ke-2 tahun Aina

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Paramount Coffee House Putrajaya Sesi photoshoot di Nicepixel Studio Makan di Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ Putrajaya Aina sedang berposing duduk atas untuk satu sesi photo shoot sempena ulang tahun hari lahirnya yang kedua di Nicepixel Studio di Conezion Commercial IOI City Putrajaya. Elok pula dia boleh duduk pose macam itu mungkin disebabkan oleh jurugambar yang berusaha menarik perhatiannya. # gambar: belon happy birthday 2nd, sofa, patung mainan lembut, lampu berdiri, pasu bunga hiasan, meja hiasan.   # IMG_20190223_132018 20190223  # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A  # lokasi: L-G-01, Ground Floor, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3 IOI City Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya   Paramount Coffee House Putrajaya Kami tiba awal di Conezion Commercial. Kita tidak boleh terus masuk ke dalam Nicepixel Studi...

Tangis Hantu Calciyum

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Aina memang pantang nampak satu produk tenusu keluran Fernleaf bernama Calciyum. Fernleaf Calciyum ni adalah makanan berbentuk yogurt (dadih dalam Bahasa Malaysia) difokuskan kepada kanak-kanak. Mummy akan bekalkan Aina dengan satu Fernleaf Calciyum setiap hari Aina ke rumah pengasuhnya. Jika ke pasaraya TESCO Putra Nilai selalunya kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 2 bulan ni akan menangis meraung minta dibelikan Calciyum. Selepas diambil Calciyum masuk dalam troli dia sibuk nak pegang, kemudian sibuk nak buka Calciyum tu. Kadangkala Aina akan berhenti meminta apabila Master kata "tak boleh", tapi selalunya dia akan meraung juga selagi permintaannya tidak ditunaikan. Budak ni memang hantu Calciyum pantang nampak mesti berjurai air mata dramatis minta dibelikan. # Gambar Nor Aina semasa berumur 2 tahun 2 bulan 8 hari menangis sebab minta dibelikan Calciyum #...

Aina Mengasuh Aidan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Animasi Aina sedang menuang minyak angin untuk disapu ke perut Aidan semasa nak pakaikan baju bayi lelaki tersebut. Sapu minyak angin ke perut bayi dan tapak kaki bayi lelaki tujuannya untuk elakkan kembung perut. Kelihatan juga bantal merah polka dot Mickey Mouse dan bantal pink Minnie Mouse. # umur Aidan : 2 bulan 1 hari # umur Aina : 2 tahun 5 bulan 9 hari # Monday, 29 July 2019, 18:28 # MOV_8497-ANIMATION.gif # 20190729 #   ~20190729~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aina Muntah Dua Kali

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini 24 Mei 2019 (ketika kiriman ini ditaip), kami bawa Aina ke Kota Bharu untuk belikan dia Beyblade, gasing mainan daripada siri animasi Beyblade yang kini jadi kegilaan kanak-kanak. Nak belikan Aina Beyblade sebab tak mahu dia rebut Beyblade Irsyad – biarlah Aina tak pandai main pun, cuma pandai cerai-beraikan Beyblade tu sahaja. Lompat ke:  Nak Cari Beyblade buat Aina  |  Aina Muntah di Kedai Eco RM 2.10 Pasir Pekan  |  Beli beyblade RM 15 dan stadium Beyblade RM 12 di KB Mall  |  Singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu, beli Beyblade lagi  |  Bersihkan Muntah dalam Kereta selepas Makan Colek  |  Aina Muntah dalam Tidur Nak Cari Beyblade buat Aina Master pun tak faham kenapalah budak-budak zaman sekarang ni rajin main Beyblade yang mudah tercerai tu? Buang masa nak pasang balik. Pandai orang Jepun reka mainan ya...

Popular