Tak jadi terbang ke Kota Bharu | 20141226
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Rakyat Malaysia Umumnya Mengetahui Bencana Banjir yang Sedang Dahsyat Melanda Negeri Kelantan Darul Naim Gambar suasana banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu di negeri Kelantan di negara Malaysia. Garaj dan padang sekolah ditenggelami air. Kronologi Keputusan dan Situasi Semasa di Lapangan Petang tadi, sekitar jam 3.30 petang, Mommy sepatutnya terbang ke Kota Bharu (Kelantan) dari KLIA 2 . Manakala Master pula akan menyusul usai kerja pada jam 8.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang . Mommy petang tadi hanya menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas, menunggu di luar pintu sambil menanti berita terkini daripada keluarga di Kelantan . Akhirnya Mommy memilih untuk tidak menaiki penerbangan tersebut kerana Jambatan Sultan Yahya Petra telah ditutup dan Pasir ...