[t22l25] Kedai Makan Kak Ani Ajil
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Mencari Nasi Lemak Ikan Aya Lokasi Kedai Makan Kak Ani Ajil Mencari Nasi Lemak Ikan Aya Rupa-rupanya bukan senang nak memenuhi permintaan Tok Mak nak makan nasi lemak, nasi dagang bersambalkan ikan aya . Kebanyakan kedai yang Master singgah jual nasi lemak biasa-biasa sahaja ala-ala Kuala Lumpur juga. Takkanlah kami dari jauh datang Terengganu ni nak makan nasi lemak biasa-biasa saja, mestilah nak merasa juga sarapan pagi ala Terengganu. Ketika berasa hampa kerana gagal menunaikan amanah yang diberi dan banyak juga kedai telah dilawati sama ada diterjah atau melalui carian Google atau bertanya pemilik kedai-kedai (yang diterjah tadi), akhirnya Master ternampak papan tanda Kedai Makan Kak Ani ini. Niat Master ini adalah kedai makan terakhir akan dikunjungi pada pagi ini jika tiada juga apa yang dicari, beli sahajalah apa yang ada. Tetapi nasib kami baik, ada juga rezek...