Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel animasi dari Google Photos

[t19j10] Aidan meniarap

Imej
Tiba-tiba sahaja Aidan meniarap di depan kami dan melakukan aksi berenang kuak kupu-kupu. Sebenarnya Aidan telah beberapa kali meniarap tapi selalunya tak lama dan bukan atas tilam yang landai. Hari ini dia meniarap atas tilam landai yang menyukarkan bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari tu menggolekkan badannya. Aidan juga mengangkat kepala dan buat aksi nak merangkak. Ini adalah kali pertama kami dapat rakam aksi beliau begini. Perkembangan bayi si Aidan ni pada usia 4 bulan 13 hari telah menunjukkan usaha untuk bergolek dan meniarap. Aidan juga telah mengangkat kepalanya semasa meniarap sekaligus mengelakkannya daripada lemas. Harus diperhatikan bahawa bayi yang baru belajar meniarap mungkin akan kepenatan dan kelemasan terutama di atas alas yang lembut. Kolaj jujukan gambar perkembangan bayi dengan aksi Aidan mula meniarap. Ketika ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari. Thursday, 10 October 2019, 21:53 # IMG_20191010_215344-COLLAGE # Kamera telefon pintar ...

[t19i18] Aidan 3 bulan 20 hari

Animasi Aidan ajak daddy borak pada jam 11:30 malam. Masa orang nak tidur adalah masa Aidan sibuk nak berbual. Pada masa ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berumur 3 bulan 20 hari yang memakai baju bayi berjenama Fiffy. # Wednesday, 18 September 2019, 23:27 # 20190918 # IMG_20190918_232721-ANIMATION.gif # Xiaomi Redmi Note 5A # Rumah #

[t20c22] Aina angkat kain di jemuran #dudukDiRumah

Imej
    Hari Ahad pertama setelah seluruh Malaysia disuruh berkurung duduk dalam rumah kerana Covid-19. Aina membantu Master mengangkat kain di jemuran. Kasihan dia tidak dapat keluar rumah. Keluar angkat kain pun cukuplah. Pada mulanya Master melarang Aina daripada melakukannya kerana Aina ni jenis ganas main tarik je pakaian tu semua habis dengan penyidai pun kalau tak nak tumbang, mahu nak patah dibuatnya.    Tetapi setelah teringat kisah Dr Bruce Banner (Incredible Hulk) dalam filem Avengers: End Game yang menyatakan bertahun-tahun dia (Dr Bruce Banner) mengambil masa melawan Incredible Hulk, kenapa dia tidak menyatukan sahaja dirinya (bijak) dengan Incredible Hulk (gagah)?     Maka Master pun berkatalah kepada dirinya, daripada Master melarang Aina daripada melakukan sesuatu yang mahu dilakukannya (kerana takut Aina timbulkan masalah), lebih baik Master ajar Aina melakukannya dengan betul! Ternyata tak sampai beberapa helai kain, Aina dah berhenti pergi m...

[t20j29] Kata nak tidur, tapi duk berjoget pula; Sambal Penyet Mummy

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan menari untuk lagu Baby Shark Doo Doo Doo. Jam 8:15 malam konon nak naik atas ke bilik tidur untuk tidur, tapi ini pula yang dibuat mereka. Memang kalau nak buatkan mereka ni tidur tak boleh bawa kedua-duanya naik ke bilik sekali. Selalunya kena bawa Aina dulu kerana dia tidak tidur siang dan asyik tahan mata. Apabila baring seorang diri selalunya dia akan terus lena. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun 8 bulan 9 hari, manakala Aidan pula berumur 1 tahun 5 bulan dan 1 hari. # Thursday, 29 October 2020, 08:15 # 20201029 # VID20201029081540-ANIMATION.gif # *** Rasanya Tedi salah memahami animasi ini, sebenarnya kejadian berlaku pada jam 8 pagi jadi ini bermaksud mereka berjoget setelah bangun tidur. Walau bagaimanapun Tedi malas nak tukar cerita pada caption di atas kerana ia adalah fakta yang benar cuma tersilap masa dan ketikanya. Hihihih. ...

[t20c09] Aina dan Aidan tunggu pesanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan kononnya sedang menunggu pesanan makanan masih belum tiba di meja. Aina berusia 3 tahun 20 hari. Aidan pula sudah mencecah 9 bulan. # Monday, 9 March 2020, 13:02 # VID20200309130051-ANIMATION.gif # Hari ini Aidan ada temujanji di Klinik Kesihatan Salak. Setelah menghantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak, Master bawa Aina bersarapan roti canai di kawasan rumah kami setelah tidak menemui kedai makan yang sesuai untuk disinggahi di sekitar kawasan klinik. Setelah selesai temujanji Aidan kami pergi makan di sebuah kedai makan yang Tedi belum dapat imbau di mana lokasinya. Kelihatan macam Remy Ayam Kampung. Kemudian kami ke AEON Nilai. Master bawa Aina makan roti canai di kedai mamak di kawasan perumahan kami setelah hantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak. # Monday, 9 March 2020, 10:42 # 20200309 # IMG_20200309_104246.jpg # Xi...

[T14D12] Aktiviti di Pulau Mabul Sabah hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Suasana di kawasan kampung Pulau Mabul Sabah pada jam 07:04 pagi. Kelihatan anak-anak Pulau Mabul Sabah sedang menuju ke Masjid Maqbul untuk belajar mengaji. Sayangnya ini sahaja gambar mereka yang Tedi sempat rakam dan kelabu asap pula tu. Kelihatan juga gerai menjual pisang goreng. # Saturday, 12 April 2014, 07:04 # 20140412-mabul (10).JPG # Canon EOS 500D # Beberapa buah bot nelayan yang disimpan di daratan di Pulau Mabul Sabah. # Saturday, 12 April 2014, 07:05 # 20140412-mabul (11).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D Æ’/7.1 1/50 18 mm ISO100 # Gambar sebuah bot fiber bernama Cyber Shot dan ada label Yamaha (mungkin bot fiber ini menggunakan enjin bot sangkut Yamaha) ditambat pada tiang sebuah rumah air di Pulau Mabul. # Saturday, 12 April 2014, 07:07 # 20140412 # 20140412-mabul (15).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D #   Kedai Runcit di Pulau Mabul Kelibat Kedai Runcit Fattah ini pula membuatkan Tedi tertanya-tanya bagaimanakah...

T20E01 Hentakan Elsa

Imej
Kandungan: Siapa Elsa?  |   Apakah itu Hentakan Elsa?  |  Jatuh cinta dengan Frozen? Hentakan Elsa. Entah bila Aina belajar koreografi tarian Elsa semasa dia menyanyikan lagu Let It Go ini? Kelihatan tepat dan betul-betul nak serupa. Ini adalah kali kedua Aina menonton Frozen. Sekuel Frozen iaitu Frozen 2 tidak pula digemarinya, tengok tak tengok je, tapi kalau filem Frozen memang dia akan menari keliling rumah. Kami memang gelak sakan terutama apabila tiba masa dia mengusutkan rambutnya meniru gaya Elsa menguraikan ikatan rambutnya. # Friday, 1 May 2020, 22:40 # 20200501 # VID20200501223943-ANIMATION.gif # Siapa Elsa? Rasanya mesti kalian kenal siapa Elsa tapi kalau tak kenal, Tedi selitkan sedikit info mengenai Elsa dalam Frozen: Elsa dari Arendelle adalah watak fiksyen yang muncul dalam filem animasi ke-53 Walt Disney Animation Studios bertajuk Frozen. Dia disuarakan oleh pelakon dan penyanyi Broadway, Idina Menzel (utama), Eva Bella (kanak-kanak) dan ...

Aina Mengasuh Aidan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Animasi Aina sedang menuang minyak angin untuk disapu ke perut Aidan semasa nak pakaikan baju bayi lelaki tersebut. Sapu minyak angin ke perut bayi dan tapak kaki bayi lelaki tujuannya untuk elakkan kembung perut. Kelihatan juga bantal merah polka dot Mickey Mouse dan bantal pink Minnie Mouse. # umur Aidan : 2 bulan 1 hari # umur Aina : 2 tahun 5 bulan 9 hari # Monday, 29 July 2019, 18:28 # MOV_8497-ANIMATION.gif # 20190729 #   ~20190729~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aidan sit-up; Color Riche Matte

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Gambar animasi Aidan menunjukkan cara yang betul untuk melakukan sit-up. Sofa bayi yang baru dibeli Mummy memudahkan Aidan untuk melakukan sit-up berulangkali menjadikan perkembangan bayi si Aidan ni mungkin tidak berapa jitu. Aidan ketika ini adalah bayi lelaki berumur 4 bulan 9 hari. # Sunday, 6 October 2019, 09:11 # IMG_20191006_091123-ANIMATION.gif # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #    Perkembangan bayi Aidan ni dikomen oleh Mak Ngah Zira sebagai langkah pertama untuk bayi belajar meniarap. Nampaknya tak lama lagi si Aidan ni boleh meniaraplah ye. Color Riche Matte Cuba gincu bibir Color Riche Matte 287 Beige Reveur # Sunday, 6 October 2019, 18:58 # 20191006 # DSC_9714 # Sony G3226 # Tesco Putra Nilai # https://goo.gl/maps/jVZ8wcWLxhezePzz6  # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Aina suap Aidan

Imej
Rakaman aksi Aina nak menyuap adiknya si Aidan. 20200307 Animasi Aina menyuap Aidan padahal tiada apa pun yang disuapnya. Aidan pun layan sahaja perangai kakaknya. Redha... Aina memakai baju Frozen, masa ni dia obses dengan Elsa. Elsa adalah satu watak dalam cerita Frozen tu, entah apa yang menariknya watak Elsa ni sampaikan budak-budak 3 tahun pun boleh taksub dengannya? # umur Aina : 3 tahun dan 18 hari # umur Aidan : 9 bulan 10 hari # Saturday, 7 March 2020, 11:54 # 20200307 # VID20200307115413-ANIMATION.gif # 20200306 Sibuk kakak Aina nak suap adik Aidan. Kalau tiba-tiba senyap je dua orang beradik ni, adalah benda yang dibuatnya tu, salah satunya Aina suap Aidan. Kerepek pun disuapnya apatah lagi nasi, biskut. Aidan pula pantang disuap memang dimakannya semua itu walaupun dia tiada gigi. # umur Aina : 3 tahun dan 17 hari # umur Aidan : 9 bulan 9 hari # 20200306 # VID20200306222033-ANIMATION-2.gif #  

Ajak-ajak Ayam

Imej
  Maksud "ajak-ajak ayam"  |  Mummy beli baju saiz besar # Animasi Aina ajak-ajak ayam pelawa makan Baby Guide perisa sayur ketika di AEON Mall Nilai. # 2019-02-05 jam 22:09 hari Selasa. Maksud "ajak-ajak ayam" Ajak-ajak ayam bermaksud sesuatu pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh, mungkin metafora daripada perbuatan seseorang memanggil ayam untuk diberi makan, tak perlu bersungguh-sungguh kerana ayam akan datang berkejaran. Tak kisahlah ayam tu nak datang makan atau tidak, dedak sudah ditabur, dan ayam telah dipanggil, pandai-pandailah nak makan ataupun tidak. Jika digunapakai pada manusia pula tentunya untuk menunjukkan seseorang yang mempelawa untuk menyedapkan hati atau sebagai budi-bahasa, jika undangannya diterima, dia akan meraikan tetamunya itu, tetapi jika undangannya tidak diterima, tidak pula dia bersungguh-sungguh mengajak... mungkin mengucapkan alhamdulillah di dalam hati. Tetapi lain pula dengan Aina ni, bukan tahap ajak-ajak ayam dah ni, seba...

Joget Bola bersama Aina, tersepit di kereta sport

Imej
Koleksi animasi dan gambar ketika kami ke rumah Mak Lang Yan di Taman Melor, Nilai. Kami nak hantar coklat dan baju yang dibeli Mummy di Langkawi, selain ambil buah jambu batu yang Tok Mak belikan. Ketika ini Tok Mak dan balik ke Negeri Sembilan, manakala Pak Cik Judin masih ada di rumah Mak Lang Yan. Aina berjoget? atau senamrobik? ,  Tersepit celah kereta sport ,  Hijack lori trailer ,  Ikhwan membawa diri ,  "Joget" dalam ejaan jawi ,  Maksud perkataan "joget" . Aina berjoget? atau senamrobik? Perkara: Animasi Aina menunjukkan cara bersenam menggunakan bola menurut irama muzik dari basikal abang Irfan semasa kami ke rumah Mak Lang Yan untuk menghantar coklat dan mengambil buah jambu batu. Tak pastilah sama ada Aina berjoget atau bersenam? Bila: 2019-02-06 jam 21:40 hari Rabu Tersepit celah kereta sport # Budak kecil Aina ni banyak akal pula. Selain duk joget apabila mendengar muzik basikal abang Irfan, dia juga menyelit masuk nak naik kereta sport ab...

Animasi Aina tunggang rusa

Imej
12 Januari 2019 jam 12:46 tengahari hari Sabtu Animasi Aina menunggang permainan rusa merah yang Mommy beli di Nilai 3. Video dirakam dengan Redmi Note 5A 2019-01-12-1246 dan animasi dihasilkan Google Photos Assistant. Tiba-tiba rajin pula Aina menunggang mainan rusa merah tu padahal sebelum ni Aina takut nak naik, paling kuat pun Aina dukung rusa merah tu dan terbalikkannya. Tak tahulah apa dendam Aina dengan rusa tersebut.

Aina, Irfan, Ikhwan

Imej
7 Januari 2019 jam 10:10 malam hari Isnin Animasi si Aina, Adam Irfan dan Ikhwan duk minum susu kotak Dutch Lady. Tok Mak dan Tok Ayah singgah ke rumah sambil datang jemput Mak Lang Yan. Dirakamkan menggunakan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-07-221011 dan animasi disediakan oleh Google Photos Assistant. 7 Januari 2019 jam 10:09 malam hari Isnin Aina mengintai susu kotak Dutch Lady abang Irfan. Abang Irfan pula sibuk bermain Lego. Gambar burst dirakam menggunakan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-07-220925 dan animasi dihasilkan oleh Google Photos Assistant

Popular