Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jabatan Insolvensi Malaysia

64632 rakyat Malaysia bankrap sejak lima tahun lepas

Imej
64,632 Rakyat Malaysia Bawah 44 Tahun Diisytihar Bankrap Sumber: Bernama (Simposium Celik Kewangan 2018) KUALA LUMPUR - Jabatan Insolvensi Malaysia mendedahkan seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun telah diisytiharkan bankrap sejak lima tahun lepas. Sebagai tambahan, seramai 13,338 individu juga telah diisytiharkan muflis setakat September tahun ini. Perangkaan ini menyerlahkan kepentingan celik kewangan dalam institusi keluarga. Masalah kewangan sering bermula daripada kurangnya ilmu perancangan. "Saya percaya disiplin fiskal perlu bermula dari rumah. Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka mengenai perbezaan antara keperluan dan kemahuan ." — Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Pendidikan kewangan amat penting untuk kestabilan institusi keluarga yang membawa kepada pengukuhan perbelanjaan berhemat bagi negara. Inisiatif badan bukan berasaskan keuntungan dan institusi kewangan di sekolah-sekolah amat dipuji bagi m...

Semakan hak milik hartanah kini boleh dilakukan dalam talian

Imej
KUALA LUMPUR - Sebuah sistem carian bersepadu yang membolehkan orang ramai menyemak daftar hak milik hartanah, kebangkrapan dan status syarikat secara dalam talian telah dibangunkan di portal e-Tanah. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Noor Azlin Kasim menunjukkan cara menggunakan perkhidmatan ‘Single Window Search’(SWS) sistem carian bersepadu di portal awam e-tanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sistem itu dibangunkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi memudah dan menjimatkan masa pemohon untuk menyelesaikan urusan hartanah. "Prosedur sebelum ini memerlukan pemohon hadir ke mana-mana jabatan yang terlibat hanya untuk menyemak hak milik, status kebangkrapan dan syarikat secara carian berasingan. Sistem carian bersepadu ini membolehkan pemohon menyemak ketiga-tiga carian tersebut melalui portal dalam talian...

Tak perlu takut Jabatan Insolvensi

Imej
JABATAN  Insolvensi Malaysia (MdI) sentiasa bersedia membantu mereka yang diisytiharkan muflis untuk keluar daripada kebankrapan. Tanggapan bahawa muflis adalah penghujung hidup perlu diperbetulkan, sebaliknya harus dilihat sebagai pelindung dengan individu terbabit bekerjasama dengan MdI selaku pentadbir bagi melakukan penstrukturan semula hutang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebankrapan ikuti temu bual bersama Pengarah Insolvensi negeri Perak, Hezlin Haldi bersama wartawan Sinar Harian, Ismaniza Ahmad di Pejabat Jabatan Insolvensi negeri Perak, Ipoh, baru-baru ini. Kebanyakan mereka yang dibankrapkan takut untuk tampil ke Jabatan Insolvensi, malah banyak persepsi mengatakan Jabatan Insolvensi yang memberi status muflis kepada seseorang. Benarkah begitu? Peranan Jabatan Insolvensi adalah mentadbir kes-kes kebankrapan, bukannya memberikan status muflis. Pihak kami hanya menjalankan tindakan selepas mahkamah mengeluarkan perintah muflis terhadap seseorang yang mana da...

Popular