Bacaan Tedi: Alkisah sebiji burger
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man : Alkisah sebiji burger daripada sumber http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ust-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/19382-alkisah-sebiji-burger. Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya. Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelapa rannya bertambah. Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya… “Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu. “Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu. “Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,...