Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas

Aina di Warung Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas | 20181014

Imej
Makan-Makan Sarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas Pagi ni kami pergi bersarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas . Walaupun nama warung tu tertulis Kok Lanas , ia sebenarnya di Desa Salak Permai . Memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 6 minit sahaja daripada rumah kami, maka Tedi isytiharkan warung ini sebagai salah sebuah tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi . Warung ini menjual makanan seperti nasi kerabu, ayam bakar, daging bakar, nasi dagang, nasi berlauk, dan nasi lemak. Aina pula telah berjaya meminta keropok daripada tuan kedai. Bagi makan nasi lemak adalah dalam 5 suap dia makan. 20181014

[t18k06] Aina ketika 1 tahun 8 bulan 15 hari

Imej
Makan-Makan Singgah Lagi di Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas Sekali lagi kami ke Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas yang Tedi pernah kisahkan sebelum ini . Ini mungkin kali kedua kami sekeluarga ke sini dan kali ketiga buat Master . Biasalah kan Mommy mesti nak cari makanan Kelantan dan ini tempat baru buat Mommy dan kira masih fresh , belum jemu dan bosan lagi. Memandangkan Tedi dah pernah ceritakan perihal kedai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas ni, tiadalah masa untuk Tedi ulangi lagi. Nak cari tajuk untuk karangan ini pun sudah cukup payah kerana Tedi bukan nak ceritakan lagi mengenai gerai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas . Aina dan Ayam Bakar Cuma kali ini nak kongsi gambar Nor Aina sedang makan ayam bakar dengan peel mengada-ngadanya tu. Biasanya Aina tak suka makan ayam macam Master tapi entah kenapa kali ini Aina gemar pula makan ayam bakar tersebut, siap makan seketul drumstick . Setakat tengok gambar kolaj di atas tidak menggambarka...

Popular