[t16b23] Sambar kasut Brooks Ghost 7 di al-Ikhsan, Bangi
Setelah kenyang perut, kami cuci mata pula Selesai sahaja makan di Paramount Coffe , Mommy ajak kami melawat kawasan sekitar, maklumlah di kawasan itu terdapat banyak butik. Mommy juga kata dia ada nampak kedai barangan sukan al-Ikhsan Factory Outlet ada di sekitar ketika kami sibuk mencari petak letak kereta. Tanpa berlengah kami segera ke sana, dan apabila sampai sahaja di kedai sukan tersebut, kelihatan ramai manusia menyerbunya. Kedai itu ada 3 tingkat yang dibuka kepada pelanggan sempena jualan promosi tersebut. Tingkat pertama terletaknya longgokan kasut berlari, kasut futsal, dan bermacam-macam kasut. Tingkat 2 pula ada jual peralatan bola sepak dan futsal termasuklah jersi replika. Buat pertama kali Tedi melihat kasut bola keranjang yang turut diletakkan di tingkat tersebut. Tingkat 3 pula lebih banyak barangan futsal. Master turun ke tingkat 1 dan di sana dia berpusing-pusing meninjau kasut berlari dengan spesifikasi yang agak pelik iaitu tapak kasut berlari itu mestilah berc...