Ya Rasulullah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pagi ini Tedi mahu berkongsi satu nasyid yang amat syahdu yang bertajuk Ya Rasulullah yang dipopularkan kumpulan nasyid dari Malaysia, Raihan . Nasyid ini adalah salah sebuah lagu yang berjaya membuat Tedi menangis dek kesyahduan dan pengharapan seorang umat kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam. Alangkah Indahnya Hidup Ini... Lirik nasyid ini beberapa kali menekankan ayat " Alangkah indahnya hidup ini " sehinggakan ramai yang menganggap tajuk nasyid Ya Rasulullah ini bertajuk "Alangkah Indahnya Hidup Ini...". Munsyid: Raihan Album: Senyum Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku tatap wajahmu Akan pasti mengalir air mataku Kerana pancaran ketenanganmu Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat ku kucup tanganmu Moga mengalir keberkatan dalam diriku Untuk mengikut jejak langkahmu Ya Rasulullah, Ya Habiballah Tak pernah k...