Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hobi

Sungkupan Kulit Kuaci

Imej
Photoshoot raya Sekarang tengah berdiri di lobi sekolah kerana sebentar lagi ada sesi fotografi untuk sambutan hari raya yang bakal menjelma. Lama sangat menunggu cikgu besar menyertai kami, Tedi pun ambil kesempatan ini untuk menconteng apa yang patut.   Ubahsuai rumah siap Semalam siap sudah kerja-kerja pengubahsuaian bahagian hadapan rumah kami.,   Aina kurang minum susu Aina pula semalam kurang minum susu. Tak tahulah sebab apa? Nak kata demam, suhu badannya 36 darjah Celsius sahaja. Gambar Aina si bayi perempuan yang berumur 3 bulan 26 hari. Gambar diambil semasa dalam perjalanan menghantar Aina ke rumah Mak Lang Yan yang menjaganya semasa Master dan Mummy bekerja. Hidungnya bercalar dicakarnya sendiri. Kukunya keras dan melukakan hidungnya jika Aina menggaru hidung # Friday, 16 June 2017, 08:09 # 20170616 # DSC_8905.JPG # Sony D2533 # Lokasi gambar dirakam: https://goo.gl/maps/kaqm9Hs8q5B2FHmYA     Master dan kuaci Itu semua cuma sampingan sahaja....

Singgah di Barokah Nursery

Imej
Singgah ke Barokah Nursery, hajat nak beli batu hiasan untuk diletak di belakang rumah, satu lagi projek Mommy. Dulu beli RM 17 sekeping sekarang dah RM 25, alasan biasa, GST. Kami selalu ke sini memandangkan di sekitar Salak Tinggi ni susah juga nak cari tapak semaian macam ni. Beli dalam 15 keping, kena tempah dulu dan tunggu dalam seminggu kerana tiada stok. Stok yang ada dalam saiz 1 kaki kali 1 kaki, sedangkan Mommy nak saiz 1 kaki kali 2 kaki. 20150624

Tanda-tanda Kucing Anda Sayangkan Anda

Imej
Kalau nak dibandingkan dengan anjing pastilah kita semua tahu kucing lebih sukar untuk didekati dan dibuat kawan. Ramai orang yang bela anjing yang kata kucing tidak penyayang. Tapi pemilik kucing pasti takkan setuju dengan pernyataan ini. Kucing bukannya tak penyayang cuma ianya lebih sukar untuk menerima penyataan sayang daripada mereka. Jadi, bagaimana untuk tahu bahawa kucing kita sayangkan kita? Berikut adalah tanda-tanda yang mereka akan tunjukkan apabila kita telah memenangi hati mereka: Ekor kucing kita akan tegak dan bergulung sedikit Ekor kucing menceritakan segelanya. Berbeza pula dengan Doraemon yang tiada ekor. Begitu juga dengan kucing yang serupa macam Doraemon. Jika diabaikan Doraemon, untuk tahu seekor kucing itu secara umumnya baik moodnya dan lebih senang untuk dirapati adalah apabila ekornya tegak dan bergulung sedikit di bahagian hujung seperti tanda soal. Kucing kesayangan kita akan memberikan urutan Erm… dalam banya-banyak kucing Nek Mak, C...

Cara menghilangkan kesakitan atau ketegangan kaki selepas berlari

Imej
Selepas berlari 12 kilometer minggu ni, kaki Tedi rasa macam terbakar... Jadi bagaimanakah caranya untuk Tedi kembali pulih dan segar untuk larian seterusnya? Ada beberapa tips yang diberi oleh cikgu-cikgu Tedi seperti: Segera minum air selepas berlari agar badan terhidrat semula dengan minuman berelektrolit tinggi. Regangkan otot-otot major dan juga otot-otot yang berasa tegang. Golek dengan span pengguling jika ada otot-otot yang bermasalah. Lebih baik 25-30 minit selepas berlari dalam tempoh 10-15 minit. Makan makanan ringan dengan kadar 4 karbohidrat kepada 1 protein. Berendam dalam ais, suhu cukup sekadar ais mencair dalam 2 hingga 3 minit. Sejuk memanglah sejuk, tapi selepas tu otot akan berasa lega. Makan makanan sihat bersaiz sederhana, elakkan makanan tak sihat. Tidur dengan kaki ditinggikan ke atas untuk kurangkan tekanan darah di bahagian kaki, amat bagus untuk kaki bengkak. Dapatkan urutan. Mandi 10-15 dengan 4 cawan garam mandian Epsom dalam air panas untuk si...

Koleksi penabur lada sulah & garam

Imej
Bekas penabur garam Vintaj Percival Duffin's berwarna kuning dan bekas penabur lada sulah vintaj Elton Kirby's berwarna hijau tua. Dibuat daripada tin. Warna yang amat bersesuaian dengan diri Master yang menyokong pasukan bola sepak Kedah Darul Aman atau dikenali sebagai skuad Helang Merah. Terjumpa koleksi penabur lada sulah dan garam melalui Bing.com, rasanya menarik untuk dikongsi. Tak boleh nak beli dan simpan sama ada kerana tidak cukup wang atau tidak cukup ruang, tatap gambar pun cukuplah, kan? Bekas penabur lada sulah dan garam berbentuk Anjing Mini Schnauzer berwarna hitam dan putih. Tidak sesuai untuk kegunaan keluarga muslim.   Bekas penabur garam dan lada sulah Kaca Turquoise, sangat comel dilihat, tapi lama-lama nampak macam biasa-biasa sahaja.   Botol penabur lada sulah dan garam berbentuk Ayam Betina Vintaj sedang duduk atas pasu.   Bekas penabur lada sulah dan garam inspirasi Buah-buahan Itali. Sebotol tertera perkataan Toscana manakala sebotol lagi terter...

Popular