Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik
[Kandungan] Bagaimana Memilih Kasut Badminton? Tapak Kasut Badminton Alas Dalam (Kusyen) Ringan Saiz Rumusan Bagaimana Memilih Kasut Badminton? Ini adalah satu soalan yang sangat baik kerana kasut badminton adalah nadi kepada permainan badminton di samping raket. Ramai orang yang membeli raket yang terbaik untuk bermain badminton tetapi mengabaikan kasut yang mereka pakai di dalam gelanggang badminton. Kasut badminton yang baik akan membantu kita bergerak dengan cekap di dalam gelanggang. Kasut badminton yang baik juga akan mengelakkan kita daripada tergelincir apabila beraksi menentang seteru di dalam gelanggang. Apa yang penting adalah kasut badminton yang kita pakai seharusnya membantu kita bergerak ke mana-mana arah. Tapak Kasut Badminton Perkara yang paling penting tentang kasut badminton adalah daya tarikan dan cengkaman. Pemilihan tapak kasut badminton yang betul akan bergantung kepada gelanggang yang digunakan. Secara umumnya kita bermain menggunakan gelanggang kayu, PU, dan ju...