Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201605

Tedi @ KL Towerthon | 20160517

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 📊 Rumusan Masa & Peristiwa 🕒 Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi 🏃 Master dipanggil memulakan perlumbaan 🏁 Sampai di TH03 ☁️ Ke Sky Deck Rumusan Kronologi Towerthon 2016 Masa Peristiwa / Aktiviti 04:30 AM Bangun dan bersiap di hotel penginapan. 05:30 AM Tiba di kawasan berkumpul (Pendaftaran). 06:00 AM Solat Subuh & Pelepasan kelompok pertama. 06:45 AM Master dipanggil memulakan perlumbaan. 07:30 AM Tiba di garisan penamat (Tingkat TH03). 12:00 PM Check-out hotel & cari tempat makan. 05:30 PM Selamat tiba di Sepang. Hari Ahad yang lalu ( 15 Mei 2016 ) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Ku...

T16E18 Jepun miliki lebih banyak stesen caj elektrik berbanding stesen minyak

Imej
Satu soal-selidik di Jepun menunjukkan bahawa negara itu mempunyai lebih banyak stesen untuk caj tenaga elektrik pada kereta berbanding bilangan stesen minyak. Soal selidik tersebut dijalankan oleh syarikat pembuat kereta Jepun, Nissan. Bilangan stesen caj tenaga elektrik kereta di Jepun adalah 40,000 buah berbanding 35,000 buah stesen minyak. Keputusan kajian tersebut membolehkan para pegawai di syarikat pengeluar kereta tersebut menyimpulkan bahawa kereta elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah di sana kerana banyaknya infrastruktur atau kemudahan yang membolehkan para peminat kereta untuk memiliki dan menggunakan kereta berkuasa elektrik. Selain itu, penggunaan kereta elektrik dan hibrid di Jepun turut menerima sokongan daripada kerajaan Jepun yang memberikan subsidi untuk pemilikan kenderaan sedemikian. Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kereta berkuasa elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah? Mungkin apa yang akan dikatakan kepada kita hanya: ...

Jemput Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung | 20160511

Imej
Malam ini kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk sambut ketibaan Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung. Kapal terbang tiba jam 9 malam, dan lebih 30 minit kami menunggu di Balai Ketibaan almaklumlah bahawa kedudukan dari parking kapal terbang tu ke pintu Balai Ketibaan memang jauh. Keterangan  Bayi lelaki bernama Irfan ini kelihatan comel dan tenang, sedang duduk di tempat duduk khas bayi yang dipasang pada sebuah troli bagasi. Mereka berada di luar kawasan yang ditandakan oleh papan tanda besar BALAI KETIBAAN ANTARABANGSA (atau International Arrival Hall). Irfan sedang menunggu kedatangan Tokki dan Tok Irfan yang dijangka keluar dari pintu balai ketibaan itu tidak lama lagi. Melalui cermin dan pintu kaca di belakang Irfan, beberapa kaunter TOURISM MALAYSIA dan pergerakan penumpang yang baru tiba dapat dilihat. Irfan mungkin tidak sabar untuk bertemu datuk dan neneknya, sementara troli di bawahnya, dengan tulisan yang bermula UNTUK KEGUNAAN..., bersedia unt...

[t16e29] Pasar Kemboja (bangunan) Parit Buntar

Imej
11:30, Pasar Kemboja, Parit Buntar. Hari ini sepatutnya gerak balik ke Sepang, namun seperti biasa Mommy nak kederat (berjalan) pula. Persinggahan jalan-jalan cari pasar Parit Buntar kami kali ini adalah Pasar Kemboja. Hasrat awalnya nak ke Pasar Kemboja yang betul-betul pasar di tepi jalan, tapi apabila tiba sahaja di Permatang Tok Mahat, kami rasa ditipu Waze kerana hanya tiang-tiang khemah yang kelihatan. Tapi Waze ternyata tidak bersalah kerana setelah Master bertanya kepada warga stesen petrol Petronas berdekatan, mereka memaklumkan bahawa waktu operasi Pasar Kemboja Parit Buntar itu adalah sehingga jam 1 petang sahaja, dan hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja. Jadi kami menukar arah ke Gudang Pasar Kemboja atau Bazar Kemboja atau Tedi panggil juga Kompleks Pasar Kemboja kerana destinasi ini adalah di dalam sebuah bangunan kekal. Lokasinya adalah:   Kualiti enam bulan sahaja? Jadi kami ke singgah di Pasar Kemboja yang di dalam bangunan. Orang lokal kata harga di sini mahal ...

[t16e26] Lee Chong Wei: Saya mampu terus jadi No. 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم PETALING JAYA 26 Mei - Datuk Lee Chong Wei percaya, dia mampu kekal sebagai pemain No. 1 negara dalam tempoh dua tahun lagi jika terus aktif di pentas antarabangsa. Malah, seandainya dia memilih untuk menyahut cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar membawa cabaran Malaysia dalam Piala Thomas 2018, peranan yang akan dimainkan pastinya perseorangan pertama dan bukan ketiga. Sejurus selepas Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark dalam separuh akhir di Kunshan, China, Jumaat lalu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan bahawa kejohanan tersebut adalah penampilan terakhirnya dalam Piala Thomas. Bagaimanapun, selepas mendengar pandangan Khairy, yang mahu Chong Wei terus membantu pasukan negara dalam Piala Thomas 2018, sekali pun sebagai perseorangan ketiga, pemilik dua pingat perak Sukan Olimpik itu menyatakan kesediaan untuk menyahut pelawaan tersebut. “Saya tidak fikir saya hanya akan bermain sebagai perseorangan ketiga (dalam ...

[t16e06] Festival Catur Terbuka DPULZE ke-2 di Cyberjaya

Imej
Festival Catur Terbuka DPULZE ke-2 Berita baik kepada semua peminat catur, DPULZE Cyberjaya akan mengadakan Festival Catur Terbuka DPULZE ke-2 seperti ketetapan berikut: Lokasi: DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya, Aras LG. Tarikh: 7 - 8 Mei 2016 , (pusingan pertama jam 10 pagi). Penganjur: DPulze Shopping Centre dan Tesla Chess Academy . Festival ini menawarkan hadiah sehingga RM 7,550  (tujuh ribu lima ratus lima puluh Ringgit Malaysia) dan hanya terbuka kepada 200 peserta terawal yang mendaftar. Pemenang pertama boleh memenangi RM 1000  (satu ribu Ringgit Malaysia) dalam bentuk wang tunai. Aturcara festival: 7 Mei 2016 08:00 - 09:30 : Pendaftaran dan mesyuarat peserta. 10:00 - 12:00 : Pusingan 1 dan 2. 12:30 - 13:30 : Makan tengahari. 13:30 - 17:30 : Pusingan 3, 4, dan 5. 8 Mei 2016 10:00 - 12:30 : Pusingan 6 dan 7. 12:30 - 13:30 : Makan tengahari. 14:00 - 17:00 : Pusingan Blitz (9 pusingan). 17:30 : Penutupan dan pemberian hadiah. Maklumat lanjut boleh didapati di Laman We...

[t16e07] Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Bertemu Ziela Jalil Mummy minta autograf pada novel bertajuk Permata Hati dan bergambar bersama artis pelakon Ziela Jalil semasa di booth Karya Seni Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di MAEPS Serdang. # Saturday, 7 May 2016, 15:59 # Kamera: SONY ILCE-5000 # Gambar: DSC09758 # Lokasi: MAEPS Serdang # ~20160507~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16e01] Bercuti di Melaka

Imej
Dataran Pahlawan Megamall Melaka Ketika menanti si Irshad membeli-belah sempat jugalah Tedi merakam gambar di Dataran Pahlawan Megamall Melaka ni. Bagi kami tiada apa untuk dilakukan di sini, kalau nak ke gedung membeli-belah banyak ada di Kuala Lumpur, tak perlu ke Melaka ni. Tapi kalau Irshad haruslah kena shopping barang permainan hehehe. Animation World  di  Dataran Pahlawan Megamall   Melaka  yang memerlukan beberapa orang pekerja untuk mengisi jawatan-jawatan berikut: Business Operator Retail Manager (Pengurus Runcit) Supervisor (Penyelia) Sales Promoter Abang-abang dan kakak-kakak yang berminat bolehlah menghubungi abang Syauqi di talian 0199868987 . Gambar iklan kerja kosong di Animation World di Dataran Pahlawan Megamall Melaka.   # 20160501 15:33 #   Gambar pintu masuk ke Animation World di Dataran Pahlawan Megamall Melaka.   Perigi Hang Tuah Gambar DSC_3515.JPG merekodkan bahawa Mummy dan Master kemudiannya berada di sekitar Perigi H...

[t16e08] Aston Villa heret Newcastle untuk tersingkir bersama mereka

Imej
Newcastle hanya mampu seri dengan Aston Villa. Nasib kita kini seperti telur di hujung tanduk, dan kita tahu kini bahawa nasib Newcastle United terletak kepada baki 1 perlawanan terakhir. Namun sebelum perlawanan menentang Tottenham itu, The Toon mungkin akan tersingkir lebih awal jika Sunderland berjaya menewaskan Evertoon dalam perlawanan di pertengahan minggu nanti. Peluang yang ada pada Newcastle hanyalah apabila Sunderland kalah dalam baki 2 perlawanan mereka manakala Newcastle menang menentang Tottenham, satu perkara yang agak mustahil memandangkan Sunderland berjaya menundukkan Chelsea 3-2 dalam perlawanan malam tadi. Harapan semakin kelam, Newcastle sudah terjebak kakinya dalam kelompok penyingkiran mengekori Norwich City yang sudah pasti akan tersingkir, dan hanya keajaiban sahaja dapat membantu kita. Penyokong Aston Villa tiada semangat kesukanan. Menyoroti perlawanan semalam Tedi kecewa dengan sikap penyokong Aston Villa yang mengganggu perlawanan dengan mencampak bel...

[t16e20] Sampai sudah.. XV STI kepanasan

Imej
Alhamdulillah, kami selamat tiba setelah Master bergelut dengan dua kali bayangan semasa memandu. Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Su Jim meneruskan perjalanan mereka ke Batang Benar pula. Lain kalilah cerita pasal bayangan tu. Perkongsian mengenai bayangan tersebut dikongsikan dalam kirirman " [T16E21] Bayangan Ketika Memandu ". Kereta Subaru XV STI mengeluarkan bunyi besi kepanasan, kalau kekawan pernah dengar bunyi besi kepanasan tu tentu tahu bahawa ia seperti bunyi tin  Milo apabila dibakar api. Ini pertama kali Tedi dengar mungkin sebab ini kali pertama XV STI tu travel habis-habisan dalam sehari. Semalam ia bergerak dari Sepang ke Ipoh . Pagi tadi ia ke  Nibong Tebal sebelum ke  Bukit Mertajam dan pulang semula ke Sepang. Dalam perjalanan ke Sepang kami singgah di RNR Tapah di mana Tedi rakamkan dalam kiriman  Beriklan dengan netqlix . Rasakanlah penangan ujian panduan Master dan Mommy.. hehe. Okayla, Tedi nak tidur, esok nak sekolah. Gambar panel pe...

[t16e21] Rush Hour: Landing Time

Imej
18:30, Kota Bharu. Baru mendarat di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa setelah tidur dalam penerbangan berdurasi 50 minit. Tadi terkocoh-kocoh berlari kejar cari pintu balai berlepas. Penerbangan jam 5:30 petang, dan jam 4:30 baru tiba di KLIA2. Jam 5:10 petang pintu balai berlepas akan tutup jadi kami memang kena berlari. Check in pun lewat tadi, dapat pula hot seat . Tapi hot seat tu cuma dapat duduk depan saja pun, seat sama ja macam biasa. Sudahlah jauh berjalan ke balai berlepas tu. Berpeluh jugalah dibuatnya. Flight jam 5:30 petang, kami bergerak jam 3 lebih, tiba di ERL Salak Tinggi jam 4:00 petang. Tren seterusnya hanya akan tiba dalam 22 minit. Sampai di KLIA2 dalam jam 4:30 dan terus berlari kejar kapal terbang. Benarlah kalau nak naik kapal terbang di KLIA2 ni kena 2 jam sebelum kapal terbang berlepas, bukan seperti naik bas, turun kereta boleh terus naik bas. Naik kapal terbang di KLIA2 mula-mula kena check in, lepas tu lalui pemeriksaan imigresen, le...

[t16e02] Klebang Original Coconut Shake

Imej
Sempena melancong ke negeri Melaka kali ini, Mummy ajak beli Klebang Original Coconut Shake. Tempat ni terkenal dan ramai orang sanggup beratur untuk mendapatkan minuman Coconut Shake di sini. Gambar: Pintu gerbang ke tempat letak kereta Klebang Original coconut Shake Teks: WALL's Klebang Original Coconut Shake. Selamat Datang (pintu masuk). Dilarang masuk (pintu keluar). Waktu berniaga Isnin - Ahad 11:00 pagi hingga 6:30 petang. Bila: 2016-05-02 jam 14:22 hari Isnin Kamera:  telefon pintar Sony D2533 Lokasi: 5, 75200 Klebang, Melaka, Malaysia Memang ramai orang di sini. Ada dua kedai yang satu resoran yang sebuah lagi jual coconut shake sahaja di tepi jalan. Ramai orang beratur nak beli  coconut shake ni. Gambar: Orang ramai sedang beratur untuk beli Klebang Original Coconut Shake. Peristiwa: Mummy beratur nak beli coconut shake. Kamera: telefon pintar Sony D2533 Bila: 2016-05-02 jam 14:24 hari Isnin. Lokasi: 5, 75200 Klebang, Melaka Nak tiba ke gerai jual coconut sh...

[t16e26] Versi Baru Tidak Semestinya Lebih Bagus

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, petang tadi selesai juga proses pemasangan sistem terbaru PBO yang diusahakan Master selama ini. Proses yang dimulakan petang semalam itu pada awalnya lancar kemudian tersekat kerana ada masalah keserasian di antara Windows service dan sistem pelayan. Hanya pagi tadi Master menemui kunci kepada permasalahan tersebut. Terima kasih kepada bro Nizam, Naqi, dan terutamanya Ilham yang telah membantu memasang sistem tersebut. Tinggal bahagian pengesahan di bahagian pangkalan data perlu diperhatikan. Mungkin pagi nanti Master perlu mencadangkan aliran kerja yang baru untuk menggunakan sistem terbaru itu. Kemasukan data daripada sistem POS di luar nampak bagus, cuma ada beberapa kelompongan yang perlu diperhatikan, mungkin disebabkan oleh enjin servis yang lama atau mungkin juga kerana POS itu tidak beroperasi lagi. Master kembali berbelah-bahagi sama ada untuk kekal dengan enjin SFTP yang digunakan sekarang atau menggunakan Web API. Kalau ik...

[t16e10] Hadiah buat ibu dan kakak tersayang

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sedih Tedi baca warkah kali ini, tentang seorang budak yang mungkin tidak mengerti apa-apa mahu membeli hadiah untuk kakaknya, dan seorang makcik yang mungkin mendapat pengajaran daripada pengalamannya bersama budak lelaki itu. Daripada kisah ini Tedi dapat hayati konsep rezeki, di mana Allah akan berikan rezeki atau bantuan kepada seseorang melalui apa sahaja cara atau melalui siapa sahaja sama ada kita sedar atau tidak. Lebih bahagia jika kita yang dipilih Allah untuk menjadi medium sampaikan rezeki kepada orang lain. Jadi jangan kedekut kerana apa sahaja yang kita kongsi itu ternyata lebih terasa manisnya. Telah beberapa kali Tedi baca kisah ini dan Tedi tidak pernah bosan membacanya. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi surat ini.   Bertemu seorang budak lelaki di pasaraya Aku sedang berjalan berhampiran sebuah pasaraya, apabila ku lihat seorang juruwang memulangkan s...

[t16e30] Will Hughes jadi sasaran Newcastle United?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم DERBY County star Will Hughes could be a summer transfer target for Newcastle United, according to reports. Newcastle are preparing for life in the Sky Bet Championship following relegation from the Premier League. Rafa Benitez has agreed to stay on as manager and is expected to overhaul his squad during the close season. The Sun claim that Benitez's top targets include Rams midfield ace Hughes, along with Brighton defender Lewis Dunk and Leeds United starlet Lewis Cook. Hughes missed a large part of the 2015-16 with a serious knee injury, which he suffered on the opening day at Bolton. However, he recovered to help the Rams reach the Championship play-offs, starting the final five games of the campaign. The England Under-21 international has previously been linked with a string of top Premier League clubs. ~20160530~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

[t16e28] Merayap di Padang Kota Lama cari pasembor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Lama juga draf ni terperam, sudah 6 tahun. ish ish ish. Alang-alang sudah terserempak Tedi kemaskini dan terbitkan sahajalah. Ceritanya kalau tidak silap selepas kami hadiri majlis kenduri kahwin sepupu Mummy sebelah Kelantan, kami pergi ke Padang Kota Lama , Georgetown , Pulau Pinang untuk makan pasembor . Kami tiba di sana sekitar jam 7:30 malam . Selebihnya biarkan sahaja gambar berbicara. Gambar bangunan Dewan Bandaran (Town Hall) di Jalan Padang Kota Lama di Georgetown di Pulau Pinang di Malaysia di mana kami letakkan kereta di hadapannya ketika jalan-jalan cari makan Pasembor. Dapat dilihat melalui gambar ini bahawa banyak kenderaan dan sukar untuk mendapatkan petak letak kereta. # Saturday, 28 May 2016, 19:33 # 20160528 # 1464435177901.jpg # HUAWEI H30-U10 # Lokasi: https://goo.gl/maps/rkUBUPCMXXmPiVaR7  # Gambar Rojak Sotong yang menjadi salah satu pilihan...

[T16E22] Kelapa Jeli RM1 di Tesco Kota Bharu

Imej
Akhirnya setelah selesai beberapa urusan di Tesco Kota Bharu termasuk  beli kain di Nagoya Tesco Kota Bharu , kami bergerak pulang. Keluar dari Tesco, kami terserempak dengan seorang pakcik di tempat letak kenderaan. Dia jual Kelapa Jelly RM1. Pada mulanya kami tak perasan sangat tapi selepas faham apa yang pakcik tu promosikan, kami berhenti sekejap. "Nak beli ke bang?" tanya Mommy kepada Master. "Belilah dua" cadang Master. Bukan nak minum sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis minuman. Bukan nak makan sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis makanan. Kepada sesiapa yang tidak tahu, kelapa jelly ini sebenarnya adalah agar-agar dengan isi kelapa di dalamnya. Jika disebut dengan perkataan Inggeris sepenuhnya sepatutnya ia dipanggil coconut jelly. Tapi nak kongsi rezeki dengan pakcik tu yang nampaknya tidak meminta-minta, dan berniaga tanpa memaksa. Tengok-tengok Mommy beli 5, saja je nak tolong pakcik tu berniaga. Ketika kami dalam...

[T16E21] Bayangan Ketika Memandu

Imej
Tengah tunggu kereta dicuci di Car Wash 64. Di sini kereta dibasuh dalam bangunan, Proton Saga BLM upahnya RM 10 siap vakum, manakala bagi mini SUV upahnya RM13 termasuk vakum. Sambil tunggu layan blog kejap, tak tahu nak buat apa. Kiriman semalam mengenai kepulangan kami dari Bukit Mertajam telah menimbulkan beberapa persoalan apabila Tedi ada sebut tentang bayangan semasa memandu. Bayangan semasa memandu disebut juga "lintasan" oleh segelintir manusia atau mungkin juga istilah itu lebih popular di kalangan manusia. Apa yang selalu disebut orang adalah "ada benda melintas". Benda apa? Wallahu'alam.   Master mengalami "lintasan" Hal "benda melintas" ini adalah sesuatu yang dipandang sinis oleh Master sehinggalah dia mengalaminya pada suatu siang. Pengalaman pertama itu adalah pengalaman yang paling menyentak jantung sehingga terasa mahu luruh jantung dibuatnya. Pengalaman pada malam itu pula, adalah lintasan yang tidak menyentak jantu...

[T16E23] Keropok Lekor Identiti Malaysia

Imej
Kandungan:  Tok Ma gorengkan keropok lekor  |  Keropok Losong bukan dari Terengganu? |  Keropok lekor duta Malaysia?  |  Jenis ikan untuk keropok lekor  |  Jenis keropok lekor di Malaysia 22:41, Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Kami sedang berada di Balai Berlepas menunggu kapal terbang AirAsia penerbangan AK6445 jam 11:15 ke Kuala Lumpur. Semoga penerbangan lancar dan kami tiba awal di KLIA2 kerana kami perlu menaiki ERL ke Salak Tinggi sebelum jam 1 pagi.   Tok Ma gorengkan  keropok lekor Petang tadi Tok Ma gorengkan keropok lekor. Nama lain bagi keropok lekor ialah keropok batang atau disebut juga keropok gote (kalau Tedi tak salah eja) di negeri Kelantan.  Kawan-kawan pernah makan atau dengar pasal keropok lekor? Kalau tak pernah mungkin kawan-kawan bukan orang Malaysia. Keropok lekor ni adalah makanan ringan orang Pantai Timur Semenanjung Malaysia selalunya berasal dari neg...

Popular