Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aktiviti

The Quran Project (6 foto)

Imej
The Quran Project yang Tedi maklum merupakan projek dakwah melalui pemberian terjemahan al-Quran percuma. Bila Tedi tunjukkan gambar2 ini kepada Master, dia hanya diam. Tidak berubah. Tidak pernah diubah. Billion yang membacanya. Berjuta yang menghafaznya. Pernahkah terfikir, kenapa? Berbeza sungguh mentaliti Muslimin Malaysia dengan muslimin di luar negara. Kalau boleh muslimin di sini mahu "sembunyikan" al-Quran supaya mereka sahaja "memilikinya". Kemudian apabila pihak-pihak tertentu membawa maksud terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia, mereka dihentam dengan kutukan karut-marut, mencalar imej Islam sendiri. Bukannya Tedi sokong mereka yang membawa masuk Bible Melayu tu, cuma dakyah sepatutnya dilawan dengan dakwah. Omongan ditentang dengan ilmu. Tapi Tedi percaya yang Muslimin Malaysia hanya bising2 membantah itu, tidak melalui hujah atau debat ilmiah, kerana kurang ilmu. Ilmu al-Quran tu pun mungkin hanya di takuk lama. Malaysia perlukan lebih ramai Zakir...

T14J09 Mari mewarna bermula dengan angka kosong

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Kepada kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik yang ada anak tu, aktiviti mewarna mungkin satu cara meluangkan masa bersama. Mewarna Angka 0 Jadi Tedi mahu kongsikan gambar Tedi ni. Sila warna mengikut kreativiti masing-masing ya!  Semoga kalian bergembira melaksanakan aktiviti ini.  Beruang dan Angka 0 Gambar seekor beruang sedang memegang angka kosong Sumber:  https://coloringhome.com/number-zero-coloring-pages Jujukan Bintang-bintang Gambar lukisan jujukan bintang-bintang membentuk seakan angka 0. Sumber:  https://coloringhome.com/number-zero-coloring-pages   ~20141009~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Kursus perkasa pemandu pelancong masjid

Imej
  Kursus Pelancongan Siri 1/2012  Anjuran: Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)   Tempat:   Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Peserta:  45 orang petugas dan sukarelawan yang bertugas sebagai pemandu pelancong di jabatan kerajaan atau agensi pelancongan. Fokus: Khidmat pelanggan dan kemahiran berkomunikasi Objektif: Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam merancang dan menguruskan tugasan sebagai pemandu pelancong. Modul: Ceramah, kemahiran komunikasi, komunikasi berkesan, kemahiran mendengar, dan latihan mengendalikan pelancong dan pelawat yang melawat ke masjid. Kandungan keratan akhbar: Kursus perkasa pemandu pelancong masjid BAGI memberi pendedahan dan informasi terkini mengenai bidang tugas sebagai pemandu pelancong masjid, Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tel...

Canon Camera "Gila-Gila" Sale

Imej
Gambar ni masa Mommy dan Master bawa Tedi window shopping produk keluaran Canon, salesman nak tunjuk berapa jauh boleh zoom. Disebabkan gambar tu ada kat sini, kawan-kawan rasa Master & Mommy beli tak? Hehehe. Canon Camera "Gila-Gila" Sale! 27 Ogos - 27 September 2011 20110924

Semporna sambut Minggu Penyu.

Imej
Disambut bersempena Hari Penyu Dunia pada 16 Jun. 5 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam pertandingan menghasilkan replika penyu daripada bahan terbuang. Hasil pameran kreatif yang dihasilkan para peserta beserta dengan mesej berkaitan penyu, telah dipamerkan dan dihakimi pada pembukaan Turtle Exhibition yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia , Perpustakaan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang bertempat di Perpustakaan Semporna . Majlis itu berlangsung pada 19 Jun lalu. Pertandingan itu dimenangi oleh SMK Datuk Panglima Abdullah , diikuti naib juara SMK Tagasan dan SMK Agama Tun Sakaran di tempat ketiga. Pemupukan awal kesedaran terhadap perlindungan penyu di kalangan murid sekolah diharap akan membantu kelansungan hidup kawan Tedi ni. Kumpulan komuniti Wanita Pulau Omadal pula mengadakan jualan kraftangan daripada daun pandan di mana hasilnya akan digunakan untuk menyokong usaha pelindungan di Semporna Priority Conservation Area . ...

Keputusan bancian UNICEF berkenaan kepentingan kanak-kanak

Imej
Baru2 ni UNICEF minta pandangan Master berkenaan perkara2 yang perlu ditambahbaik untuk kanak2 di Malaysia. 14 Mei 2013, UNICEF hantar keputusannya: Keutamaan kepada orang ramai ialah melindungi kanak-kanak daripada penganiayaan ( abuse ), pengabaian ( neglect ) dan keganasan ( violence ). Mungkin itulah harapan rakyat Malaysia selama ini apatah lagi di Malaysia ni entah berapa banyak kes penganiayaan kanak-kanak dilaporkan. Keputusan mengikut ranking : 18.26% - Melindungi kanak2 daripada penganiayaan, pengabaian & keganasan . 14.11% - Memastikan semua kanak2 mendapat cukup makanan berzat . 12.03% - Pengimunan kanak2 untuk melindungi mereka daripada penyakit. 12.03% - Memastikan kanak2 mendapat air minuman bersih & selamat di samping kemudahan sanitasi . 10.79% - Memastikan kanak2 sekurang2nya tamat sekolah rendah . 10.37% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang hidup atau bekerja di jalanan (gelandangan). 8.30% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang h...

Lembaga Zakat Selangor lanjutkan waktu operasi

Imej
Berita baik bagi mereka yang ingin membayar zakat, Lembaga Zakat Selangor melanjutkan waktu operasi mereka pada 29 Disember 2012 sehingga 31 Disember 2012. www.ezakat.com.my 20121228

Tiada K-POP di Festival Belia 2013

Imej
Khairy Jamalludin, Menteri KBS memaklumkan no more K-POP pada Festival Belia 2013 , malahan aktiviti Forum Perdana turut diselitkan & akan disertai beliau pada malam ini. Semoga para K-POPpers dapat menerima keadaan ini dengan fikiran terbuka & tidak terburu-buru menganjurkan perhimpunan tanpa permit. Tedi salute la pakcik KJ walaupun mungkin keadaan ini adalah hasil usaha pihak penganjur. Oleh itu Tedi salute  juga pihak penganjur yang bersusah-payah memerah fikiran & keringat untuk merancang & menjayakan aktiviti ini.  Ini aktiviti terkini yang Tedi sempat printscreen  tadi. Agak Islamik juga aktiviti yang dianjurkan. Lawat  http://www.festivalbelia.gov.my/   untuk maklumat lanjut. 23 Mei 2013

Popular