Lukisan Kereta Lembu
Alhamdulillah, dapat juga Tedi meluangkan masa mengadap komputer riba Lenovo T420s ini untuk mencoret kesinambungan kepada kiriman Tedi yang bertajuk Kereta Lembu yang pernah Tedi kirim hampir 5 tahun yang lalu. Pada masa tu Tedi masih belum kenali apa itu Kereta Lembu. Kali ini Tedi kembali pula menyelongkar beberapa gambar lukisan kereta lembu sebagai sumber ilham untuk melukis gambar kereta lembu. Lukisan Kereta Lembu oleh Free Meditation Gambar lukisan berwarna kereta lembu dinaiki seorang wanita yang ditarik seekor lembu dengan latar belakang hutan. Agak menarik kerana ada bayang-bayang kereta lembu tersebut. Cara-cara melukis kereta lembu oleh Youtube Lukisan berwarna kereta lembu dipandu seorang manusia berlatarbelakangkan dua buah rumah, pokok, pokok kelapa, burung beterbangan, dan langit biru. Kartun kereta lembu untuk mewarna oleh Bail Gadi Gambar kartun ringkas kereta lembu hitam putih untuk latihan mewarna. Lakaran Strok Hitam Putih Kereta Lembu oleh Hema ...