Kepala silinder enjin kereta Mommy retak!
Kisah mengenai kesan timing belt putus yang terpaksa kami tanggung pada kereta Proton SAGA BLM. Kandungan : Tiada masalah? , Tukar bengkel. , Uji radiator , Semuanya ketentuan Illahi. Semalam seperti dirancang, Master membawa kereta Mommy ke bengkel. Sebelum itu kami ke kedai cuci kereta, sebab enjin kereta perlu dicuci untuk kenalpasti di mana kebocoran minyak enjin berlaku. Nasib baik di kawasan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi ada kedai cuci kereta yang menyediakan perkhidmatan cuci enjin. Cuci luar kereta, dalam kereta dan enjin kereta cuma RM 15 . Walaupun Tedi agak tak setuju kerana mereka basuh enjin gunakan air, tapi nak buat macam mana lagi? Selepas siap, kami bergegas ke bengkel Keystone Motor Sport yang sebelum ini overhaul kereta Mommy kerana timing belt putus. Sampai sahaja di sana, Master mengadu mengenai kekeringan air radiator dan juga kebocoran minyak, untuk kali kedua....