Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tedinosaurus

Dinosaur bermuncung buaya, berkaki itik diperkenalkan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Paradigma baru Diet Pertarungan: Spinosaurus vs T-Rex Filem Rujukan Pemangsa setinggi 50 kaki ini adalah satu-satunya dinosaur yang banyak menghabiskan masanya di dalam air. Raksasa yang dinamakan Spinosaurus aegyptiacus itu telah lama diketahui saintis melalui penemuan fosil beberapa lama dahulu, cuma kebanyakan tulang-tulangnya musnah di Jerman semasa Perang Dunia ke-2 . Sekarang, selepas 70 tahun, rangka baru ditemui di Maghribi yang memberitahu dinosaur ini adalah lebih akuatik daripada apa yang disangkakan. Spinosaurus mempunyai leher yang jinjang , tangan depan bercakar dan kuat , rahang yang kuat dan tulang padat seperti Penguin . Dia berenang di dalam air dengan kaki rata yang mungkin berselaput , seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Journal Science yang baru diterbitkan. Konsep lama Spinosaurus, ketika ia disangkakan hidup di daratan. Raksasa ini juga ...

[T14K18] Dinosaur Malaysia Berasal dari Siam

Imej
KUALA LUMPUR – Penemuan fosil dinosaur di Gunung Gagau dekat Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seperti diumumkan Menteri Besar Terengganu kelmarin dipercayai daripada kumpulan dinosaur yang berasal dari Korat, Thailand. Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu, Mohd. Zukeri Abdul Ghani berkata, negara ini bukan tumpuan haiwan prasejarah tersebut, sebaliknya haiwan itu dipercayai sebahagian daripada dinosaur yang berhijrah dari Thailand memasuki negara ini bagi mencari makanan. Menurut beliau, dinosaur dikenal pasti tinggal di kawasan dataran atau tanah yang luas seperti Korat manakala tanah di Semenanjung Malaysia tidak sesuai sebagai tempat tinggal dinosaur. “Lazimnya dinosaur hidup dalam kumpulan besar dan dataran di Semenanjung kecil berbanding kawasan seperti Korat yang menjadi kawasan habitatnya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Semalam Kosmo! melaporkan kewujudan dinosaur di Malaysia suatu ketika dahulu semakin terbukti dengan penemua...

[T21H26] Saintis Mesir temukan fosil paus berkaki empat

Imej
KAHERAH: Para saintis menemukan fosil ikan paus berkaki empat dan dipercayai merupakan haiwan amfibia di Mesir . Penemuan itu menunjukkan fosil tersebut dari kumpulan paus yang sudah pupus ketika proses evolusi haiwan itu dari hidupan di darat ke laut yang dikenali sebagai Protocetidae . Gambar imaginasi hidupan Protocetidae yang dikatakan sejenis paus yang sedang berevolusi daripada hidupan darat kepada hidupan laut. Fosil haiwan unik tersebut ditemukan di celah batuan Eocene di kawasan yang dinamakan Fayum Depression di sebuah gurun barat Mesir yang sebelum ini dipercayai merupakan lautan. Fosil yang dinamakan Phiomicetus anubis itu dianggarkan mempunyai badan sepanjang tiga meter dan berat 600 kilogram. Ketua pengkaji, Abdullah Gohar dari Pusat Palaentologi Vertebrata di Universiti Mansoura (MUVP) berkata, paus berkaki empat itu berkemungkinan berasal dari Afrika. Phiomecetus anubis merupakan kunci kepada spesies ikan paus dan merupakan penemuan penting untuk Mesir serta...

Woolly Mammoth Yuka dipamerkan di Jepun.

Imej
Dah lama Tedi tak tulis mengenai Woolly Mammoth ni. Kali ni ceritanya mengenai Yuka, bangkai Woolly Mammoth yang paling terpelihara di dunia. Yuka kini berada di sebuah dewan pameran di Yokohama, Jepun. Bangkai Mammoth betina berusia 39000 tahun itu dijumpai di Siberia, dengan bahagian atas torso beliau di atas ais, manakala bahagian selebihnya tersimpan dalam ais. Bahagian yang terdedah telah habis dimakan pemangsa. Manakala yang terlindung dalam ais pula begitu terpelihara sehinggakan saintis boleh mendapatkan darahnya. Bahagian yang terpelihara adalah bahagian bawah torso, 2 kaki dan belalainya. Begitulah cara Allah subhanahu wa ta'ala menunjukkan kekuasaan-Nya, dipelihara bangkai 39000 tahun untuk kita kaji. Yuka didedahkan kepada media. Kastam memeriksa Yuka. Yuka diiringi kakitangan pameran. Kiriman Tedi mengenai Wooly Mammoth: Mammoth pupus dek perlanggaran kosmik? Bangkai Mammoth berusia 10000 masih berdarah ditemui di Siberia. Sumbe...

Tulang dinosaur pertama Arab Saudi ditemui

Imej
Timur Tengah bukanlah kawasan popular buat Ahli Paleontologi. Seekor Titanosaur Ini adalah kerana bukti kewujudan dinosaur di sana hampir tiada, seolah kes MH 370 yang masih menjadi misteri. Bezanya kini manusia tidak lagi boleh memperlekehkan kewujudan dinosaur di Timur Tengah kerana baru-baru ini sekumpulan saintis antarabangsa menjumpai bukti kewujudan dinosaur di Arab Saudi di kawasan pantai Laut Merah . Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal sains PLOS ONE , hampir sebulan lalu. Ahli paleontologi Uppsala University di Sweden, Dr Benjamin Kear berkata bahawa tidak adil untuk mengatakan tiada penemuan di Arab Saudi selama ini, cuma masalahnya ialah bahagian yang ditemui terlalu kecil dan " boleh dimasukkan ke dalam kotak kasut . " Entah kenapalah beliau menggunakan kotak kasut? Tak faham Tedi dibuatnya. "Sebelum ini kami boleh meneka jenis dinosaur berdasarkan serpihan kecil yang ditemui, cuma kami tidak boleh membina dinosaur itu semula. J...

Burung terawal ditemui! Dawn 10-juta tahun lebih tua daripada Archaeopteryx

Imej
Burung 'Dawn', Aurornis xui, dipercayai hidup pada 150 juta tahun dahulu dan diselaputi bulu-bulu pelepah, namun berkemungkinan tidak boleh terbang Fosil ditemui di China, dengan ciri-ciri: Saiz sebesar ayam (jangan ingat dinosaur semuanya besar jer ) Set gigi segitiga halus Diselaputi bulu dari hampir keseluruhan kepala ke kaki Dijangka mempunyai bulu panjang yang direka untuk terbang Fosil lengkap (semua anggota badan ada, susah nak jumpa fosil camni ) Ditemui di kuari di Liaoning Province berhampiran sempadan Korea Utara. ... .... Fosil Aurornis Xui yang ditemui di sebuah kuari di Liaoning Province ....  .... Aurornis Xui ada hubungan saudara dengan Archaeopteryx? Aurornis Xui membuktikan Archaeopteryx adalah seekor burung. Archaeopteryx adalah burung yang boleh terbang. Gambaran artis. http://en.wikipedia.org/wiki/Archaeopteryx Aurornis xui berkait dengan Archaeopteryx , burung-dinosaur-terbang yang pertama (tak semua burung-dinosaur boleh terbang). Kedua-duanya dari kel...

Dinosaur pertama Malaysia ditemui di Pahang

Imej
Dinosaur pertama di Malaysia ditemui fosilnya di Pahang oleh sebuah pasukan ahli paleontologi antarabangsa. Penemuan fosil gigi ini adalah hasil kajian selama 2 tahun bermula pada tahun 2012. ... Kajian diketuai ketua penyelidik dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, Prof Madya Masatoshi Sone. Selamba je dia pegang fosil tu ek? Kalau Tedi lah kan, Tedi tak berani sentuh... Mungkin itu beza di antara seorang pakar dengan seekor beruang comel? Kajian ini melibatkan kerjasama Universiti Malaya dengan 2 buah universiti Jepun iaitu Waseda University dan Kumamoto University. Ketua penyelidik Waseda University, Professor Ren Hirayama, seorang pakar paleontologi reptilia mengenalpasti bahawa salah satu daripada gigi yang ditemui, dikenali sebagai UM10575 adalah milik kepada dinosaur spinosaurid. ... Lokasi penemuan adalah di Pahang namun lokasi sebenar dirahsiakan untuk mengelakkan penyamun tarbus melaksanakan operasi merompak khazanah negara. Penemuan ini membuka perdeb...

Bangkai Mammoth berusia 10000 masih berdarah ditemui di Siberia

Imej
Bangkai Mammoth yang masih terpelihara membolehkan sampel darahnya diambil untuk usaha2 pengklonan Banyak betul berita mengenai penemuan haiwan-haiwan purba pada akhir2 ni. Terbaru ialah mengenai penemuan bangkai  Mammoth Wooly yang terpelihara dan masih berdarah. Darahnya itu akan membolehkan kaum manusia yang kadangkala tak berapa betul untuk berusaha mengklon raksasa purba itu. Kononnya untuk kembalikan mereka daripada kepupusan.  Come on lah manusia! Gajah yang ada sekarang korang taknak pelihara, sibuk pula nak hidupkan semula Mammoth?   Foto bertarikh 13-Mei  oleh North-Eastern Federal University di Yakutsk menunjukkan seorang penyelidik sedang bekerja berhampiran sebahagian bangkai seekor Mammoth betina yang telah ditemui di sebuah pulau yang terletak jauh di Arctic Ocean. Saintis Russia kata mereka dah ekstrak sampel darah daripada bangkai itu. Sumber:  Mammoth blood? Siberian discovery sparks some wild and woolly claims   ...

Dinosaur baru, Nasutoceratops Titusi ditemui di Utah

Imej
Apabila terbaca mengenainya, Tedi pasti Tedi akan mengharungi satu hari yang panjang. Bukan senang nak jumpa spesies dinosaur baru. Hari ini macam rasa dapat hadiah apabila terbaca satu artikel mengenai penemuan dinosaur terbaru ni. Seharian juga Tedi membaca artikel-artikel yang berkaitan. Nak hadamkan semua & kemudian menaip kiriman ini mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu. Serba sedikit mengenai Nasutoceratops Titusi: Maksud nama: Nasutoceratops Titusi: Nasutoceratops - muka bertanduk dan berhidung besar. Titusi - nama ahli paleontologi ( Alan Titus ) dari Grand Staircase-Escalante National Monument . Beliau merupakan ahli paleontologi yang merangkumi kawasan di mana fosil itu ditemui di selatan Utah. Juga digelar " Dinosaur Syaitan " kerana punyai tanduk panjang. Dikatakan sepupu kepada Ceratopsid yang popular iaitu Triceratops . Ceratopsid adalah kumpulan dinosaur yang ada tanduk di kepala dan perisai/duri di badan mereka. Ciri-ciri:...

Popular