Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202003

Penarafan Pemain: Kedah 2 - 0 Selangor, Liga Super 2020

Liga Super 2020 KEDAH 2 - 0 SELANGOR 📍 Stadium Darul Aman , Alor Setar 🔍 Analisis Taktikal Tedi: Kedah menang melalui dominasi di sektor Kanan dan Paksi Tengah . Gandingan Rizal Ghazali dan Azamuddin Akil mematikan sayap kiri Selangor , manakala Renan Alves membentuk dinding kebal di tengah yang menghampakan penyerang lawan. 🟢 KEDAH Shahril Sa'ari 7/10 Berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos. Rizal Ghazali 8/10 Cemerlang menutup ruang sayap kanan dan mematikan ancaman Syazwan Zainon . Irfan Zakaria 7/10 Aksi solid membantu kelab baru merekodkan kemenangan tanpa bolos. Renan Alves 8/10 🏆 MOTM Ketua pertahanan yang kental dan menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan. Shakir Hamzah 7/10 Kental di kiri walaupun menerima kad kuning. Fadzrul Danel 8/10 Pemain muda yang menyumbang kepada pertahanan yang sangat kental. Baddrol Bakhtiar 7/10 Mengawal tengah dengan efektif namun menerima kad kuning akibat terjahan. Azamuddin Akil 8/10 Ancaman utama di sayap dan men...

[t20c26] Ada Apa dengan Tom Yam?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Entah kenapa Tedi macam terpanggil untuk berbicara mengenai tomyam, mungkin kerana tomyam adalah kuah kegemaran Tedi? [Kandungan Ada Apa dengan Tom Yam] Maksud Nama Tom Yam Jenis-jenis Tom Yam Tom Yam Bagus untuk Selsema? Adakah Tom Yam banyak kalori? Adakah Tom Yam mengandungi gula? Apakah itu Nasi Goreng Tom Yam? Maksud Nama Tom Yam Tomyam berasal dari negara Thailand. Perkataan tomyam sebenarnya berasal daripada 2 perkataan iaitu Tom dan Yam. Tom bermaksud rebusan. Yam bermaksud sayuran pedas dan masam. Tomyam terkenal dengan rasanya yang pedas dan masam, ditambah rempah dan herba yang wangi. Jenis-jenis Tom Yam Ada banyak jenis tomyam mengikut bahan yang dimasukkan ke dalamnya seperti tomyam daging, tomyam ayam, tomyam seafood (makanan laut), dan tomyam campur. Tedi pernah makan tomyam yang dimasukkan isi ikan tetapi Tedi tak pernah jumpa tomyam ikan. Dalam banyak-banyak tu T...

[t20c15] Aqiqah Aidan dan hari lahir Aina

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami mengadakan majlis kesyukuran sempena aqiqah Aidan dan hari lahir Aina. Sebenarnya hari ini bukanlah hari lahir Aina, kerana Aina lahir dalam bulan February. Sengaja kami adakan sambutan hari lahir buatnya sebagai kenangan. Jam 11:21 pagi petugas kambing golek sedang menghiris daging kambing. Ketika ini telah ada tetamu yang hadir tetapi kambing golek ini akan mengambil masa satu jam untuk siap dihidangkan. Nasib baik para tetamu memuji masakan mereka ini. Tetapi la kan, adakah tetamu yang cakap makanan tidak sedap kepada tuan rumah? Tak ada kan? # Sunday, 15 March 2020, 11:21 # IMG20200315112153 # OPPO Reno2 # Hari ini sebenarnya merupakan hari ulangtahun kelahiran Mak Lang Yan. Keluarga dari belah Master dan Mummy turut hadir memeriahkan majlis. Hanya mak long Umie tak dapat hadir. Mummy turut menempah jurugambar untuk merakam gambar suasana kenduri tersebut. Bilang...

[t20c22] Aina angkat kain di jemuran #dudukDiRumah

Imej
    Hari Ahad pertama setelah seluruh Malaysia disuruh berkurung duduk dalam rumah kerana Covid-19. Aina membantu Master mengangkat kain di jemuran. Kasihan dia tidak dapat keluar rumah. Keluar angkat kain pun cukuplah. Pada mulanya Master melarang Aina daripada melakukannya kerana Aina ni jenis ganas main tarik je pakaian tu semua habis dengan penyidai pun kalau tak nak tumbang, mahu nak patah dibuatnya.    Tetapi setelah teringat kisah Dr Bruce Banner (Incredible Hulk) dalam filem Avengers: End Game yang menyatakan bertahun-tahun dia (Dr Bruce Banner) mengambil masa melawan Incredible Hulk, kenapa dia tidak menyatukan sahaja dirinya (bijak) dengan Incredible Hulk (gagah)?     Maka Master pun berkatalah kepada dirinya, daripada Master melarang Aina daripada melakukan sesuatu yang mahu dilakukannya (kerana takut Aina timbulkan masalah), lebih baik Master ajar Aina melakukannya dengan betul! Ternyata tak sampai beberapa helai kain, Aina dah berhenti pergi m...

AEON Mall Nilai Directory

Imej
2022 GF 1F 2F 2020 GF 1F Lokasi AEON Mall Nilai 2022 GF Services (Perkhidmatan) G-01   KL Remit Exchange G-03   L&L Locksmiths ATM-01   Bank Islam ATM ATM-02   RHB Bank ATM     Maybank ATM Fashion & Accessories (Fesyen & Perhiasan) G-06   Poh Kong G-07   Rhapsody G-08   Naturh G-09   Sasa G-10   The Body Shop G-16   Jack Studio G-17   Common Sense G-18   Levi's G-19   Skechers G-20   Clarks G-28   Pandora G-29     G-30   Giordano G-31   Focus Point / Komugi Food & Beverage (Makan Minum) G-32 G-32A   Chizu & Honzu G-33   Big Apple Donuts & Coffee G-35   Roti Boy G-39   Vivo American Pizza & Panini G-40   Black Canyon G-41   The Windmill G-42   Krispy Kreme KG-01   MBG Fruitshop KG-02   MBG Fruitshop KG-03   Auntie Anne's KG-05   Baskin-Robbins Specialty G-02   myNEWS.com G-05   Tai Tai Shop G-...

[t20c09] Aina dan Aidan tunggu pesanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan kononnya sedang menunggu pesanan makanan masih belum tiba di meja. Aina berusia 3 tahun 20 hari. Aidan pula sudah mencecah 9 bulan. # Monday, 9 March 2020, 13:02 # VID20200309130051-ANIMATION.gif # Hari ini Aidan ada temujanji di Klinik Kesihatan Salak. Setelah menghantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak, Master bawa Aina bersarapan roti canai di kawasan rumah kami setelah tidak menemui kedai makan yang sesuai untuk disinggahi di sekitar kawasan klinik. Setelah selesai temujanji Aidan kami pergi makan di sebuah kedai makan yang Tedi belum dapat imbau di mana lokasinya. Kelihatan macam Remy Ayam Kampung. Kemudian kami ke AEON Nilai. Master bawa Aina makan roti canai di kedai mamak di kawasan perumahan kami setelah hantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak. # Monday, 9 March 2020, 10:42 # 20200309 # IMG_20200309_104246.jpg # Xi...

Kasut lari Master: ASICS Gel-Excite 6

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Kasut ASICS Gel-Excite 6 pengganti kasut BROOKS Ghost 7 Setiap makhluk akan dimamah usia, begitu jugalah halnya dengan kasut Brooks Ghost 7 milik Master . Akhirnya Master terpaksa menggantikannya. Tetapi jika kasut Brooks Ghost 7 itu dibeli memang khusus untuk berlari sama ada di atas jalanraya atau di laluan bukit, kasut terbaru Master ini iaitu dari jenama ASICS model Gel-Excite 6 adalah untuk kegunaan harian ke pejabat di samping untuk dipakai ketika Master menyertai mana-mana aktiviti larian atau memanjat menara ( towerthon ). Mungkin Tedi pernah sebut bahawa Master sebenarnya mencari kasut lari dari jenama Under Armour kerana rekaannya yang nampak kukuh dan tahan lasak namun rekaan yang Master cari tidak ditemui di mana-mana kedai yang kami singgah. Sebaliknya kasut lari untuk Aina pula yang Master beli . Pandangan atas dan tapak kasut lari terbaru Master iaitu ...

Binaan pertama Aina: Kapal

Imej
Aina sedang memperagakan karya pertamanya menggunakan bongkah mainan jenama tak tahu yang pasti bukan LEGO yang mahal tu. Aina menamakan binaannya ini sebagai "Kapal". Tak pastilah sebab apa? Mungkin sebab dia baru menonton The Pirates di saluran TVN yang menunjukkan sekumpulan lanun memburu Ikan Paus. Tetapi apabila diperhatikan, betullah, nampak macam kapal... hihihi... Bukan senang nak suruh Aina posing macam ni, memang bertuahlah kalau dapat tangkap gambari dia posing. # umur Aina : 3 years, 1 months, and 4 days # Tuesday, 31 March 2020, 22:43 # 20200331 # IMG_20200331_224322_HHT.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

Aina suap Aidan

Imej
Rakaman aksi Aina nak menyuap adiknya si Aidan. 20200307 Animasi Aina menyuap Aidan padahal tiada apa pun yang disuapnya. Aidan pun layan sahaja perangai kakaknya. Redha... Aina memakai baju Frozen, masa ni dia obses dengan Elsa. Elsa adalah satu watak dalam cerita Frozen tu, entah apa yang menariknya watak Elsa ni sampaikan budak-budak 3 tahun pun boleh taksub dengannya? # umur Aina : 3 tahun dan 18 hari # umur Aidan : 9 bulan 10 hari # Saturday, 7 March 2020, 11:54 # 20200307 # VID20200307115413-ANIMATION.gif # 20200306 Sibuk kakak Aina nak suap adik Aidan. Kalau tiba-tiba senyap je dua orang beradik ni, adalah benda yang dibuatnya tu, salah satunya Aina suap Aidan. Kerepek pun disuapnya apatah lagi nasi, biskut. Aidan pula pantang disuap memang dimakannya semua itu walaupun dia tiada gigi. # umur Aina : 3 tahun dan 17 hari # umur Aidan : 9 bulan 9 hari # 20200306 # VID20200306222033-ANIMATION-2.gif #  

Mock New Instance Creation Gunakan PowerMockito

alhamdulillah, setelah berusaha selama 3 jam untuk membantu kawan Tedi siapkan baiki unit test dia, akhir selesai juga. Tedi dah mengantuk benar ni. Masalahnya dalam unit test dia tu tak konsisten keputusan yang dihasilkan. Di local Intellij Idea Tedi fail, pada mesin kawan Tedi, okay pula. Run dalam sonar local Tedi dan kawan Tedi, dua-dua pass. Masalah besar ialah ia sentiasa fail dalam SonarQube server. Tension betul sebab kalau tak lepas gatekeeper ni memang code ni takkan dapat merge ke dalam branch hotfix. Gunakan branch hotfix malam ni sebab ada isu produksi. Akhirnya pemilik unit test ni beri idea untuk mock creation of new FileOutputStream, sebab Tedi asyik dapat FileNotFoundException. Setelah tersengguk-sengguk memikirkan solusi, akhirnya ketemui jua cara mock new instance creation. @Test public void testWrite() throws Exception { FileOutputStream fileOut = Mockito.mock(FileOutputStream.class); PowerMockito.whenNew(FileOutputStream.class).withAnyArguments().then...

Gradle 4.10 : Could not update time stamp for

Pelik benar masalah ni tak boleh build Gradle dengan error seperti di bawah: Penyelesaian : Setelah puas menggodek akhirnya baru Tedi perasan bahawa command gradle tu run dalam folder System32, puncanya kerana Tedi tidak sertakan command untuk tukar directory, sepatutnya kena letak dulu E: sebab nak run dalam directory E:. Masalah ini berlaku sebab Tedi tukar komputer (notebook/laptop) riba dan skrip masih kekal yang lama. Error : C:\WINDOWS\system32>cd E:\IdeaProjects\BackendService\web-ext C:\WINDOWS\system32>call gradle --refresh-dependencies --stacktrace clean deploy -Penv=dev FAILURE: Build failed with an exception. * What went wrong: Could not update time stamp for C:\Windows\System32\.gradle\4.10.3\gc.properties * Try: Run with --info or --debug option to get more log output. Run with --scan to get full insights. * Exception is: org.gradle.api.UncheckedIOException: Could not update time stamp for C:\Windows\System32\.gradle\4.10.3\gc.properties at org.gra...

Ada mall tak di KLIA2?

Itulah bunyi soalan seorang pakcik kepada Master pada beberapa tahun dahulu. Baru sekarang Tedi terdetik untuk menyambung ulasan Tedi. "Tiada. Ada pun kedai-kedai macam lapangan terbang biasa sahaja." - jawab Master dengan yakinnya. Namun ternyata jawapan Master itu tidak berapa tepat bagi diri Tedi. Ini adalah bersandarkan kepada fakta bahawa KLIA2 telah direkabentuk kepada 2 bahagian iaitu bahagian  mall dan bahagian lapangan terbang. Ia dibina dengan idea untuk menjadikan KLIA2 sebagai hub membeli-belah selain berfungsi sebagai lapangan terbang. Mall bermaksud satu kawasan membeli-belah yang besar yang tertutup (mungkin dalam satu bangunan) dan tidak ada lalu-lintas kenderaan di dalamnya . Ini bermakna jika kawan-kawan tidak mahu menaiki kapal terbang, sebaliknya hanya mahu membeli-belah, anda masih boleh singgah ke sana. Berkenaan harga barangan di sana tiada pula Tedi semak dan periksa. Kebanyakan kedai di sana adalah kedai pakaian dan perhiasan, tetapi masih a...

Luar Jendela

rimbunan nyiur dialun bayu suasana di luar jendela rumput nan menghijau lembu kambing di laman suasana di luar jendela intai angkasa awan berkepul rambut berombak menyapu dahi terkenang kisah aku dan dia walaupun hanya seketika kasihnya terasa kenangku di bibir jendela --- aku tak boleh terima tuduhan mereka kepada dia yang mendidikku tanpa jemu lembut suaranya menegurku ingati Allah setiap masa --- usia tuanya mengajar aku kenal Tuhan Yang Maha Esa menyekutukan Tuhan ulas mereka aku takkan pernah menelannya itu tuduhan yang entah apa --- Allah Maha Berkuasa Engkau Penentu segala Tempatkanlah rohnya di kalangan mereka yang beriman jauhkan dirinya dari neraka-Mu jadikan amal baikku kifarah buat dirinya --- rimbunan nyiur dialun bayu suasana di luar jendela intai angkasa awan berkepul rambut berombak menyapu dahi terkenang kisah aku dan dia walaupun hanya seketika kasihnya terasa kenangku di bibir jendela bangkitlah cucuku tunaikan amanahmu kepada Tuhan Maha Berkuasa k...

Popular