Review tayar Viking CityTech CT5
Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu. Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar . Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual . Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini . Jadi review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja. Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5: Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radi...