Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuala Lumpur

[t16e17] Tedi @ KL Towerthon

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 📊 Rumusan Masa & Peristiwa 🕒 Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi 🏃 Master dipanggil memulakan perlumbaan 🏁 Sampai di TH03 ☁️ Ke Sky Deck Rumusan Kronologi Towerthon 2016 Masa Peristiwa / Aktiviti 04:30 AM Bangun dan bersiap di hotel penginapan. 05:30 AM Tiba di kawasan berkumpul (Pendaftaran). 06:00 AM Solat Subuh & Pelepasan kelompok pertama. 06:45 AM Master dipanggil memulakan perlumbaan. 07:30 AM Tiba di garisan penamat (Tingkat TH03). 12:00 PM Check-out hotel & cari tempat makan. 05:30 PM Selamat tiba di Sepang. Hari Ahad yang lalu ( 15 Mei 2016 ) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Ku...

[t11l11] Sehari di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka. Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur. Sambil makan kenduri kita boleh pergi jalan-jalan beriadah di Tasik Titiwangsa ini. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga ke Tasik Titiwangsa, sebagai keluarga, kalau sebagai orang bujang tu mungkin dah banyak kali sebab Master dulu selalu berlari-lari anak di sekitar Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini. Maka, silalah layan koleksi gambar di bawah ya... Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa Antara hiasan yang ada termasuklah sampan kayu dan peralatan nelayan tradisional seperti lampu minyak tanah, bubu,jaring dan lain-lain # Sunday, 11 December 2011, 13:53 # 20111211-kenduri-yati-TM (9).JPG # Canon EOS 500D #   Gambar ke-14 adalah gambar plak perasmian Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa yang menceritakan siapakah yang merasmikan pe...

[t12e01] Jalan Putra, Kuala Lumpur, Malaysia

Imej
Jalan Putra Destinasi utama yang berhampiran: Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) yang dikenali dengan akronim PWTC. Hentian Putra, stesen bas untuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu, Kelantan). Pusat membeli-belah The Mall. Kemudahan tren terhampir: Stesen STAR-LRT PWTC. Stesen KTM Komuter Putra. Hotel Sani kelihatan di sebelah kanan apabila menghala ke Jalan Kuching atau PWTC (1 Mei 2012). Hotel Sani adalah salah sebuah hotel Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan PWTC Kuala Lumpur.   Hotel Seri Pacific di sebelah kanan apabila menghala ke Jalan Kuching atau PWTC (1 Mei 2012). Hotel ini adalah salah satu hotel Kuala Lumpur berhampiran PWTC Kuala Lumpur. 20120501

[T21J10] Singgah Habib Jewels Ampang, Kenny Hills Bakers, Menara Kuala Lumpur

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar nombor giliran bernombor 111 semasa Mummy mahu ambil cincin yang ditempahnya di Habib Jewels HQ di Ampang sebelum ini. Ketika ini Aina, Aidan, dan Master sedang menunggu dalam kereta. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena Covid-19 ni memang susah nak bersesak-sesak dalam sesebuah premis, jadi pilihan paling selamat untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah jangan masuk ke dalam premis tersebut. # BIF HABIB SECURITY STICK DO NOT ACCE SEAL IS L..MAGEL 111 Selamat datang ke HABIB AMPANG.TERIMA KASIH Anda akan dilayan sebentar lagi. # Sunday, 10 October 2021, 15:20 # IMG_20211010_152057.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Selepas selesai urusan ambil cincin Mummy kami ke kedai makan Kenny Hills Bakers cawangan Ampang. Hajat nak makan di sana tidak kesampaian kerana ramai pelanggan. Jadi kami bungkus sahaja. Tiada makanan berat di sini cuma ada pencuci mulut sahaja. ...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 12

Imej
Fargoes di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 Fargoes - lambang bermutu - semenjak 1970 # Tuesday, 1 May 2012, 12:45 # 20120501 # 120501-IdAzz-PBAKL 2012 (89).JPG # Canon EOS 500D #

Konvo Mak Su di IPG Kampus Bahasa Melayu

Imej
Hari ini konvokesyen Institut Pendidikan Guru hari pertama. Mak Su Izzati salah seorang penuntut IPG yang turut diraikan dalam konvokesyen kali ini sempena tamatnya pengajian beliau di Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi.. Orang memang ramai dan tapak konvo itu tidak berapa luas kerana terletak di atas bukit. Ada surau yang besar dan selesa. Makanan dan minuman pula dijual agak mahal. Ada air minuman segelas RM 3 membuatkan mereka yang ada ramai ahli keluarga agak garu kepala ketika mahu membelinya. Sesungguhnya dasar memeras pelanggan amat kuat di hati peniaga di Malaysia. Jika mereka tahu banyak permintaan kerana bekalan terhad, mereka akan naikkan harga ikut suka mereka. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Gambar di atas ni adalah semasa kami dalam perjalanan keluar daripada tapak konvokesyen di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Jalan sesak teruk disebabkan ada manusia yang meletakkan kereta di tepi jalan sehingga menjadi satu lorong...

Menara KL / KL Tower

Imej
Menara Kuala Lumpur / KL Tower pandangan dari Masjid Negara kelihatan juga Menara Maybank 20111231

Tedi di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur

Imej
Ini panorama di sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 . Pesta ni merupakan acara tahunan dan setakat ini lokasinya tetap di Pusat Dagangan Dunia Putra ( Putra Trade World Centre ) atau lebih dikenali PWTC yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur . Jika kawan2 naik kereta, boleh letak kereta di Hentian Putra dengan bayaran RM 3.00 sekali masuk, nak makan minum boleh di sana, solat pun sebab aktiviti beli buku ni selalunya seharian. Selain naik kereta boleh juga naik STAR-LRT, turun di stesen PWTC. Boleh juga naik komuter aliran Sentul-Pelabuhan Klang atau Rawang-Seremban (dua2 boleh), turun di Hentian Putra. Kedua2 aliran komuter ni menggunakan laluan yang sama, tapi Hentian Putra ni merupakan stesen terakhir yang kedua2 aliran ni kongsi. Bas? Tedi tak tahu. Serius. Percayalah. Tak percaya? Lantaklah. Ada Tedi kisah? Ramai la manusia di sana. Tedi snap  gambar sikit2 je. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas ah nak upload  banyak2, Tedi sibuk nak...

Rumah Biru Identiti Kampung Baru Kuala Lumpur

Imej
Oleh Nadzreen Shah Mat Salim rencana@hmetro.com.my Kampung Baru di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan menyebabkan Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum kini hanya tinggal nama. Menyusuri sejarah, kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 378.93 hektar itu bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1990 mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan dan mengamalkan gaya hidup kampung. Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Ini menyebabkan ramai generasi yang ada berpindah keluar dan me­nyewakan kepada orang luar. Justeru, usaha perlu dilakukan bagi memastikan keunikan Kampung Baru terutama seni bina yang ada dipertahankan bagi menjaga warisan Melayu dan tatapan kepada pelancong luar. Terletak di lingkungan segi tiga emas...

UM Press / Penerbit Universiti Malaya

Imej
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 PWTC Booth Penerbit Universiti Malaya / University of Malaya Press / UM Press University of Malaya Press Pantai Valley, 50603 Kuala Lumpur Tel: +603 7957 4361 / +603 7967 5880 Sebahagian  buku menarik yang diterbitkan Penerbit Universiti Malaya: Jepun: Sejarah sebuah negara Malaysia at the United Nations Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Pertahanan Jepun Sejarah China Moden 20120501

Jalan Bangsar

Imej
Jalan Bangsar adalah jalan yang sibuk dan agak popular. Kami selalu gunakan jalan Bangsar apabila hendak ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan Jalan Bangsar adalah pintu masuk ke Kuala Lumpur. Apabila lengang suasana di sekitar jalan ini agak mendamaikan, namun apabila sibuk, agak mencengkam jiwa. Di sekitar jalan Bangsar ni ada kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menempatkan dua keluarga saudara-mara sebelah Mummy. Jalan Bangsar pad 31.12.2011 arah menghala ke KL Sentral, daripada NPE (New Pantai Expressway) dan juga Jalan Pantai Baharu, sebelum UOA Bangsar dan Stesen LRT Putra Bangsar   Kelihatan bangunan Maybank Bangsar dan UOA Bangsar di kiri Jalan Bangsar apabila menghala ke Kuala Lumpur atau KL sentral  

Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2

Imej
Tedi membesar bersama kenangan di sekitar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Tidak dapat Tedi lupakan bagaimana Menara TM gah di kawasan Jalan Pantai Baharu ketika kawasan Kerinchi masih belum dipanjat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya pada zaman itu kamera digital adalah sesuatu yang eksotik. Laman ini akan menyimpan beberapa foto menara-menara tersebut sekadar apa yang ada. Menara TM, Bangsar  juga dikenali sebagai Menara Rebung di kalangan peminat filem Avengers ia dikenali sebagai Stark Tower kerana rekaannya yang hampir sama dengan rekaan menara filem superhero tersebut. TM Annexe, Bangsar terdapat 3 menara di mana 2 daripadanya milik TM, iaitu TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 menara yang ketiga itu jika namanya mungkin Annexe 3 telah terbengkalai, dan kemudiannya disiapkan dan diduduki oleh Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Persekitaran Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 Koleksi gambar: 19 Februari 2019  |  28 September 2016: Puncak Rebung |...

POSLaju di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa

Imej
Mummy nak kirim alas papan seterika kepada Mak Long Ili yang dibeli daripada kawan Mummy. Masalahnya kawan Mummy ni kalau dia nak pos alas papan seterika yang dibeli oleh para pelanggan, dia akan pos satu-satu. Gila ka apa? Tak mesra pelanggan sungguh! Macam ni lah orang Melayu meniaga, nanti kalau tak sokong kata dengki la apa la.... Tedi tak marah pun, sengaja Tedi menambah perkataan supaya cukup 500 perkataan. Biasalah tu kan dalam karangan kita kena merapu nak bagi nampak panjang berjela-jela biarlah cikgu atau kawan-kawan malas nak baca. Mummy cari mana boleh pos alas papan seterika tu gunakan POSLaju Malaysia, satu syarikat penghantaran atau syarikat kurier nasional di Malaysia. Tedi syak ia ada kena mengena dengan POS Malaysia juga, tak tahulah sama ada adik-beradik atau anak-beranak. HQ POSLaju Malaysia iaitu cawangan POSLaju Kuala Lumpur terletak di Brickfields yang pernah kami singgah suatu masa dahulu untuk kutip kiriman yang tidak dapat dihantar. POSLaju Brickfields ni...

Surau An-Nur Hidayah di Pantai Permai

Imej
20 Disember 2018, 20:06, Khamis Gambar panorama Surau An-Nur Hidayah. Suasana ketika kuliah Maghrib. Surau An-Nur Hidayah memang aktif dalam menjalankan aktiviti yang malangnya lebih dihadiri oleh orang tua. Kelihatan mimbar, kerusi urut, kipas berdiri, pembesar suara, lampu kalimantang dan kipas angin. Gambar ini dirakam menggunakan kamera telefon Xiaomi Redmi Note 5A dan dihasilkan oleh Google Photos Assistant. Apa yang agak menarik mengenai Surau An-Nur Hidayah ini ialah: Ruang musafir yang turut menempatkan bahan-bahan bacaan. Berkongsi bumbung dengan PASTI ataupun TASKI, Tedi tak ingat apa nama pusat asuhan kanak-kanak Islam tu Sebenarnya adalah bangunan aras bawah rumah pangsa yang dipasang bumbung pada kawasan kosong di antara dua unit bertentangan. Menyediakan air minuman.

Berjalan ke UniKL Kuala Lumpur

Imej
12 Feb 2009 08:55 Khamis Gambar semasa Master dalam perjalanan pergi kerja ke UniKL Kuala Lumpur. Pada masa itu Master menggunakan LRT atau Komuter untuk berulang-alik ke UniKL Kuala Lumpur. Kalau naik LRT, turun di Stesen LRT Dang Wangi, tapi nak kena tukar train di Masjid Jamek. Kalau naik komuter, boleh naik di Stesen KTMB Bank Negara, tapi nak kena menapak jauhlah melepasi SOGO dan sebagainya. Gambar ini menunjukkan sebuah kereta Perodua Kelisa diekori sebuah van sedang melepasi persimpangan berlampu isyarat, di mana ketika itu ramai penunggang motosikal sedang menanti giliran mereka untuk meneruskan perjalanan. Kelihatan juga landasan monorail.

Master di UXChange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental

Imej
Hari ini kami keluar awal dari rumah ke Bangsar South, kerana Master ada kursus UXchange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur . Kami bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi pada jam lebih kurang 6.40 pagi. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang sejam, maka kami tiba di Bangsar South sekitar jam 7.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan pagi tadi kurang kesesakannya di Lebuhraya Pantai Baharu , tetapi berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk di Lebuhraya Maju Putrajaya hala Kuala Lumpur.

KL112? (Tedi suka ikan)

Imej
Sesat di Kuala Lumpur. Hari ini Master bawa Tok Ayah dan Nek Mak ke Kuala Lumpur kerana Tok Ayah ada urusan kerja di sana, namun kesesatan setelah cuba mengelakkan kesesakan jalan yang luar biasa. Tedi: Eh master. Master: ... Tedi: Sapa naik moto ramai2 tuh? Master: Polis. Tedi: Nape dia hadang jalan? Master: Coz dia taknak bagi orang lalu. Tedi: Biarla orang nak lalu. Kan orang bayar roadtax? Master: ... Tedi: Nape dia tak bagi jalan? Master: Ada perhimpunan, dia taknak bagi orang pergi sana kot? Tedi: Owh, sekolah Tedi pun ada himpunan. Tapi cikgu suruh pergi. Master: Sapa cikgu Tedi? Tedi: Cikgu besar Pogy la, sapa lagi? Master: Owh. Tedi: Master, diorang ni buat himpunan apa? Kenapa kita tak pergi? Master: KL112 alias Himpunan Shamsidar Tamrin??? Tedi: Sapa tu? Master: Entah, artis kot? Semua berita suka dia. Tedi: Owh, jumpa artis... patut orang nak pergi. Master: ...

Popular