Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bandar Baru Bangi

[t19a19] Aina pakai baju kebaya oren

Imej
# Gambar: Aina beraksi "peace" dengan memakai kebaya kanak-kanak berwarna oren. Umur Aina ketika ini ialah 1 tahun 10 bulan 28 hari. # Lokasi: Jalan 4/10c, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # Bila: 2019-01-19 jam 16:23 hari Sabtu. # Peristiwa: majlis akikah anak kawan Mommy. # Kamera: XiaomiR Redmi Note 5A # Gambar: senyum. Budak boring pakai kebaya oren sedang menghibur hati sendiri dengan tarian yang dia sendiri je tahu. # Lokasi: Jalan 4/10c, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # Bila: 2019-01-19 jam 16:38 hari Sabtu. # Peristiwa: majlis akikah anak kawan Mommy. # Kamera: XiaomiR Redmi Note 5A 20190119

[t17b05] Nan Extra Cheese di RSMY Bangi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut. Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi. RSMY buka dari jam 5 petang Kami pergi pada hari Sabtu, 4 Februari 2017 yang lalu, selepas pulang dari mendaki Air Terjun Lepo di Hulu Langat, malangnya kedai RSMY Bangi Cheese Nan itu tutup. Ketika itu jam menunjukkan masa di antara 4 hingga 5 petang. Kerana tidak berpuas hati tidak dapat makan Roti Nan Cheese Meleleh di kedai makan RSMY Bangi tersebut, kami berusaha untuk pergi ke sana semula pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, 5 Februari 2017, lebih-lebih lagi apab...

Aina ke Sonotron Tawakal Bangi

Imej
Semalam , Aina tinggal di rumah sahaja sebab tak berani nak biarkan dia bercampur dengan masyarakat awam, manalah tahu dia belum kuat lagi. Mommy cuti semalam  (20180322)  untuk jaga Aina. Mommy pun sakit kepala juga macam nak demam. Master sahajalah yang ke pejabat menaiki Subaru XV STI. Sengaja Master tinggalkan Proton Persona 2008 di rumah sebab Persona tu ada kerusi bayi ( baby car seat ). Manalah tahu jika Mommy perlu bawa Aina ke klinik jika ada kecemasan. Hari ini (20180323) Master pula bercuti sebab tengok dada Nor Áina berombak laju sekitar 50 kali per minit. Bayi berumur setahun sepatutnya degupan jantungnya di bawah kadar 30 kali seminit. Berbeza dengan hari Selasa (20180320) lepas, kali ni Aina agak aktif. Makan pun berselera sudah makan 2 kali pada jam 5:02 petang. Minum susu pula dah dekat 4 botol. Mommy kata nak bawa Áina ke Senotron Bangi, dengan temujanji ditetapkan pada jam 6 petang. Tak tahulah sempat tak tunggu Mommy gerak dari pejabat...

Makan di Fizo Mawar Kitchen

Imej
Ke Klinik Sonotron Tawakal Jumaat, 20180323, sekitar jam 7 malam. Kami terus bergerak menuju Seksyen 8 Bandar Baru Bangi kerana ada temujanji dengan Klinik Sonotron Tawakal pada jam 9:30 malam. Waze membawa kami melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di susur Kajang. Dari plaza tol Kajang ke Bandar Baru Bangi tidaklah jauh. Kemudian kami menuju ke Petronas seksyen 7 di Bandar Baru Bangi kerana Master nak menunaikan solat fardhu Maghrib. Selesai solat Maghrib, kami mula mencari kedai makan untuk disinggahi. Banyak kedai makan untuk disinggahi, tetapi pada waktu itu sudah 8 malam, dan masa sudah suntuk untuk menepati temujanji rawatan Aina di Sonotron Tawakal Bangi. Nasib baik ada beberapa kedai yang sederet dengan Sonotron Tawakal tu walaupun jaraknya agak berjauhan tetapi kurang-kurang dalam kawasan yang sama, tidak perlu keluar ke jalan besar jika mahu ke Sonotron Tawakal. Jika RSMY Bangi dalam kawasan yang sama mahu sahaja Master mengulang makan nan cheese meleleh di sana .   ...

Master di NPE Highway Challenge TQ

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   10-September, Sabtu : Hari ini menjadi satu titik sejarah apabila Master telah berjaya menyertai dan menamatkan larian half marathon pertama beliau. Rakaman sejarah ini dicatatkan melalui penyertaan beliau dalam perlumbaan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017, kali ini melalui siri kedua iaitu NPE Highway Challenge dengan jarak 21 kilometer . Kami bergerak dari rumah pada jam 3.30 pagi, singgah di Taman Seri Bangi untuk menjemput kawan Master di sana. Kami bertolak dari Bangi pada jam 4.00 pagi dan sampai di tempat letak kereta Sunway Piramid pada jam lebih kurang 4.30 pagi.   Perlumbaan Half Marathon Bermula Perlumbaan bermula di Lebuhraya NPE di hadapan Sunway Piramid pada jam 5.30 pagi. Master mengambil kedudukan di barisan paling belakang untuk elakkan kesesakan. Kebiasaannya para pelumba yang laju gila akan duduk di bahagian hadapan untuk elakkan ke...

Hantar Mommy ke Jazeerat El-Rahah, Bandar Baru Bangi

Imej
Sudah lama Mommy cari saloon rambut Muslimah di sekitar rumah. Saloon yang terhampir adalah di Bangi, mungkin susah nak cari saloon rambut muslimah ni sehinggakan kami terpaksa ke Bangi pula. Bangi adalah suatu kawasan yang agak kurang Master kenali dan jelajahi, jadi jalan di sana Master kurang ngerti. Pada mulanya kami set ke Hajaba, kerana dalam peta Jazeerat El-Rahah tu ada disebut pasal Hajaba. Semasa Mommy telefon pun mereka sebut pasal Hajaba. Sebenarnya sebelum itu Master cuba set Waze ke Jalan Seri Bangi 8/35, namun Waze tak kenal, maka kami terpaksalah berpandukan kepada Hajaba. Ini peta yang kami gunakan yang menyebut Jazeerat El-Rahah ni berada di 55-1 Jalan Seri Bangi, 8/35 Bandar Baru Bangi. Beberapa landmark adalah HAJABA dan MFC selain Kompleks PKNS.   Apabila set ke HAJABA, kami dihantar ke Jalan 8/5, bukan Jalan 8/35. Master terpaksa periksa Waze semula dan cari peta secara manual kerana ternyata apa yang ditunjuk dalam Waze itu adalah pals...

Singgah di Az-Zahrah dan Yummie

Imej
Melawat uncle Jedi di Hospital Az-Zahrah Pagi ni kami ke Hospital Az-Zahrah, melawat kawan Master yang baru selesai pembedahan tulang belakang. Pembedahan itu adalah untuk buang cakera tulang belakang beliau yang telah pecah dan menekan saraf tulang belakangnya. Pada mulanya beliau memang ada sedikit masalah tulang belakang, jadi beliau solat tarawikh gunakan kerusi. Entah bagaimana pada suatu hari ada budak lelaki yang tarik kerusi tu semasa beliau sedang solat tarawikh sehingga jatuh terduduk beliau dibuatnya. Moga ibu bapa lebih mengawal anak-anak mereka di Masjid atau surau mana tahu kes sebegini terjadi lagi. Alhamdulillah, uncle tu nampak okay dan dah boleh berjalan. Rasa macam kagum pula sebab baru lepas bedah dah boleh jalan dalam sehari sedangkan sebelum ni begitu seksa beliau berjalan. Uncle tu turut memberi beberapa tips penjagaan tulang belakang kepada Master kerana Master turut mengalami lenguh tulang belakang dek pemanduan yang lama setiap hari. Singgah di Kedai Yu...

Makan-makan di Paramount Coffee House Bangi Sentral

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Tiba-tiba sahaja Mommy ajak Master pergi ke Bangi, jalan-jalan cari makan. Kami ada 2 pilihan ketika itu yang dipilih melalui review di Facebook, memandangkan kami tak arif kawasan jajahan Bangi. Yang kami tahu, Bangi ada menawarkan banyak kedai makan yang selalu dihurungi manusia. Dua pilihan itu adalah Zawara Coffee dan Paramount Coffee House Bangi yang secara kebetulan terletak di kawasan zon niaga yang sama iaitu Bangi Sentral . Punyalah banyak kereta di Bangi Sentral, jadi semasa berpusing mencari kawasan letak kereta, Zawara Coffee terkeluar dari zon rayauan kami, kerana kami letak kereta di zon niaga bersebelahan yang bertentangan dengan Paramount Coffee House Bangi.   Persekitaran yang okay di Paramount Coffee House Pemandangan di hadapan kedai makan Paramount Coffee House Paramount Coffee House adalah sebuah kafe dan Tedi tidak biasa lepak di kafe, jadi jika dibandingkan dengan Secret Recipe (yang agak biasa dilawati)...

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...

Restoran Barra di Bangi di Selangor di Malaysia

Imej
Balik dari Pump on the Go, kami singgah makan di Restoran Barra sebab Mak Su Izzati kata makanan di sana sedap. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik Tak sia-sia rupanya makan di Restoran Barra ni. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik. Lauk kambing tu pun sedap, Tedi tak pasti masak apa? Mungkin kari kambing kot... lupa nak periksa namanya. Tedi rasa Roti Nan Cheese Mozarella di Restoran Barra ni lebih baik berbanding Roti Nan Extra Cheese di Restoran RSMY Bangi . Nan Cheese Mozarella dengan ayam tandori kari kambing di Restoran Barra Bangi. # Sunday, 15 September 2019, 18:56 # 20190915 # EFFECTS.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # XQ66+RH Bandar Baru Bangi, Selangor # KakP Pisang Cheese  Selain itu ada juga jualan oleh KakP Pisang Cheese di mana kami beli Pisang Keju dan Pisang Coklat. Rasanya sedap tapi makan sekali-sekala bolehlah kerana Tedi lebih sukakan pisang goreng biasa. Pisang Goreng Cheese KakP ni dituang susu pekat...

Kambing Perap, Karpet Aina, dan TeaLive

Imej
Newcastle United kalahkan Watford 1-0 Akhirnya Newcastle United berjaya memenangi perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019. Namun begitu, pertahanan Newcastle United masih teruk dan memerlukan penambahbaikan. Ayoze Perez berjaya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut setelah dibawa masuk mengantikan Muto yang mengalami kecederaan. Kambing Perap Menyengat Pergi memenuhi jemputan kenduri akikah anak kawan Mommy di Bangi, di kawasan Sungai Merab lebih kurang.  Di  kenduri akikah tu ada lauk kambing grill. Pakcik yang membakar kambing tu kata dia jual kambing perap tu dengan harga MYR 45 (empat puluh lima Ringgit Malaysia sahaja) untuk bungkusan satu kilogram. Qaleenas Kitchen | Kambing Perap Menyengat | 017-6026271 | campuran madu dan 15 (lima belas) rempah istimewa Pakcik tu kata produk kambing perap tu dibuat di kawasan Bangi dan dia sedia hantar secara percuma ke Salak Tinggi jika pembelian dalam 6 kilogram. Hafizh Shahrin dapat keduduka...

Pos Malaysia perkenal perkhidmatan baharu EziDrive-Thru

Imej
KUALA LUMPUR 9 Ogos 2016 – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerusi perniagaan kuriernya, Pos Laju melancarkan perkhidmatan terbaharu dengan memperkenalkan stesen pandu lalu dikenali sebagai EziDrive-Thru, yang merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, EziDrive-Thru diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka. Mohd. Khamil Jamil (dua dari kiri) dan Mohd. Shukrie Mohd. Salleh (kiri) menerima bungkusan daripada seorang pelanggan di stesen EziDrive Thru Pos Laju, Bandar Baru Bangi dekat Kuala Lumpur, semalam. “Perkhidmatan ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam kalangan syarikat kurier di Malaysia, bagi memudahkan orang ramai menggunakan Pos Laju tanpa perlu menghadirkan diri di pejabat atau kaunter Pos Laju. “Perkhidmatan ini dapat memberi kemudahan kepada usahawan untuk mela...

Sakinah ke Uptown Sports Bangi

Imej
21-Nov-2015 09:55 pagi hari Sabtu Sakinah galas beg pink Pony Tail ikut Master pergi main badminton di Uptown Sports Bangi Sony D2533 2015-11-21-0955 Ketika ini Master telah berjaya mengumpulkan satu pasukan untuk bermain badminton daripada kalangan rakan sekerja beliau. Mereka mula bermain di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi kerana pengasas kumpulan ini iaitu Master dan Mr Zack Zaidi tinggal berhampiran Bangi. Pada zaman kegemilangan pasukan ini, mereka turut menerima tajaan daripada bos Master untuk beli bulu tangkis. Tetapi akhirnya kumpulan ini telah di-hijack menjadi kumpulan riadah mendaki bukit sebelum ia terkubur kerana masalah kecederaan yang dialami oleh Mr Zack Zaidi. Sebelum terkuburnya pasukan ini, mereka juga aktif bermain di Pantai Dalam. Salah satu lokasi bermain badminton pilihan mereka di Bangi adalah di Uptown Sports yang menyediakan perkhidmatan sewa gelanggang badminton dan gelanggang futsal, malahan meja ping pong. Suasana di Uptown Sports ini memang seles...

Popular