Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _harga_

Harga Nutella Pengkalan Kubor Duty Free (20260531)

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 📝 Prakata Ini adalah rekod perbandingan harga terkini Nutella di EIS Edaran Impian Suri Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor ketika lawatan pada 30 Mei 2026 . Data harga diambil berdasarkan paparan semasa di premis dan digunakan untuk menilai pilihan paling berbaloi mengikut harga per gram. Rekod ini boleh dijadikan rujukan untuk perbandingan harga pada lawatan akan datang. 📍 Lokasi EIS Edaran Impian Suri (Duty Free) Shopping Center Pengkalan Kubor Duty Free Zone 💰 Jadual Harga Produk Harga Nilai / gram Nutella 750g RM28.90 ~RM0.0385 ✅ Nutella 350g RM15.90 ~RM0.045 Mini (3 unit) RM5.00 ~RM0.067 ...

Perbandingan Harga & Jenis Mentol LED Philips E27 untuk Downlight Dapur

Imej
PHILIPS mempunyai pelbagai koleksi mentol lampu LED, tetapi Master hanya fokus kepada mentol lampu untuk soket E27 kerana mentol soket ini digunakan pada downlight di rumah kami. Fakta Jenama (Rekod 2019): Philips merupakan jenama asal Belanda (Netherlands) yang sangat dipercayai. Setakat tahun 2019, Philips Lighting (Signify) memegang kedudukan sebagai peneraju No. 1 dalam pasaran pencahayaan global , mengatasi pesaing besar lain dari segi inovasi LED dan jumlah jualan tahunan. Isi Kandungan: Pilihan Utama Master: Philips LED Stick 7.5W Perbandingan Harga & Jenis Mentol Philips Galeri Gambar & Info Teknikal 💡 Kenapa Philips LED Stick Jadi Pilihan Master? Master telah memilih untuk menggunakan mentol Philips LED Stick E27 7.5W Cool Daylight kerana 3 sebab utama: Bentuk Slim: Siri Stick mempunyai bentuk yang kurus berbanding siri Essential dan MyCare yang bulat, membolehkannya muat sempurna dalam slot downlight . Kecerahan Efisien: Setiap slot menggunakan 2 mentol ...

Harga Tayar Kereta Rim Saiz 15 Inci

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nampaknya dah kena tukar tayar kereta Proton Persona 2009. Kereta Proton Persona menggunakan tayar 15 inci. Kandungan karangan ini: # Saiz Tayar # Harga 195/55/R15 # Harga 195/60/R15 Sudah tentulah Master nak menggunakan tayar murah tetapi berkualiti di Malaysia ni. Sebelum ni kami sudah menggunakan tayar Michelin, tayar Viking, dan tayar Continental sebagai tayar kereta kepada kereta Proton SAGA BLM dan Proton Persona. Tayar Continental mungkin takkan kami pertimbangkan untuk digunakan lagi kali ini, begitu juga dengan tayar Michelin, kerana kedua-duanya cepat haus kerana materialnya lebih kepada keselesaan dan cengkaman jalan basah. Semakin lembut tayar kereta lebih bagus tayar mencengkam permukaan jalan. Pak Lang Epul mencadangkan agar kami gunakan tayar Falken untuk menggantikan tayar Continental yang digunakan pada kereta Proton Persona kami sekarang. Saiz Tayar Kereta Proton Persona Elegance Pak Lang kata saiz tayar untuk kereta Proton Pe...

[t16l18] Semak Harga TESCO Bandar Baru Nilai

Imej
Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli-belah. Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana. Promosi Tesco minggu ini: Harga AVA Aroma Floral 1.8 liter ialah RM 5.55. Hadir bersama teknologi micro burst yang mungkin bermaksud ia akan menghasilkan letupan-letupan kecil semasa anda membasuh kain, hehe. Harga cecair pencuci kain BREEZE Liquid dengan haruman Comfort seberat 4 kilogram ialah RM 19.89 daripada harga asalnya RM 30.59. Wow... penjimatan hampir sebanyak RM 10 di situ! Pelembut fabrik DAIA 1800 mililiter pada harga RM 5.85. Harga pek isian semula untuk pelembut kain Goodmaid Floral 1.8 liter ialah RM 4.99. Letak je lah RM 5... nampak benor bohongnya tu. Kenapa mereka ni gemar benar letak 0.99 sen padahal akan digenapkan menjadi RM 1 juga nanti? Kerana daripada teori pemasaran, pelanggan akan berasakan harga sesuatu produk itu murah apabila bernombor ganjil. Yeah, ramuan penting dalam  Jus Alpukat kegemaran Mommy, si...

[t18e20] Krim Rambut Gatsby THC: Maksud Nama, Fungsi, Kandungi Alkohol, Rekod Harga

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Telah berkurun lama Master menggunakan minyak rambut atau krim rambut jenama Gatsby THC. Hanya krim rambut Gatsby sahaja boleh digunakan Master kerana beliau alah kepada jenama minyak rambut lain. Ada yang membuatkannya sakit kepala, ada yang baunya buat sakit kepala, dan ada pula krim rambut yang membuatkan Master bersin tidak berhenti-henti. [Kandungan] Maksud Nama Minyak Rambut Gatsby THC Fungsi Gatsby THC Minyak Rambut Gatsby Kandungi Alkohol Rekod Harga Minyak Rambut Gatsby THC Berkenalan dengan Gatsby Gatsby adalah jenama produk rawatan rambut yang menawarkan pelbagai jenis produk seperti gel rambut, minyak rambut, dan wax rambut. Gatsby berasal dari negara Jepun . Jenama produk perawatan rambut Gatsby dimiliki oleh Mandom Corporation Japan , pengeluar kosmetik dan produk kecantikan yang ditubuhkan pada tahun 1927 . Jenama Gatsby diasaskan pada tahun 1976 . Tiada maksud yang...

[t23j13] Perbandingan Harga Makanan Kucing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Faktor mempengaruhi harga makanan kucing Rekod Pembelian Makanan Kucing Jenis Kibbles Objektif Menyelongkar semula harga makanan kucing yang pernah kami beli, masukkan dalam satu jadual di mana kami boleh semak semasa kami mahu beli makanan kucing pada masa akan datang. Makanan kucing yang kami beli ada dalam dua bentuk iaitu kibble dan juga makanan basah. Tiada pula terjemahan kepada kibble ni tetapi ia adalah makanan haiwan haiwan jenis kering dalam bentuk pelet kecil. Kibble ini dijual ikut berat jadi kami akan bandingkan harga untuk 1 kilogram kerana berat setiap produk kibble ni berbeza ikut jenama, jadi kita seragamkan kepada 1 kilogram, senang sikit nak bandingkan. Makanan basah pula ada dalam bentuk beg kecil dan juga tin. Kita akan bandingkan harga untuk berat 1 gram. Faktor mempengaruhi harga makanan kucing Faktor-faktor yang mempengaruhi harga makanan kucing akan dimasu...

Harga Gas Memasak Hari Ini

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa ála alihi wasohbihi ajmaín.   Selamat sejahtera ke atas para pembaca interpretZZ yang sudi melawati laman blog ini buat kesekian kalinya. Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan sihat walafiat. 20200823: Pasar Mini Taman Seroja - RM 26.60 Beli gas ada tong gas. April 2020: Kedai Acheh Taman Mawar - Tong gas Petron GASUL - RM 26.60 Sempena bulan puasa ni Master gantikan tong gas kosong dengan tong gas baru, masih lagi di kedai Acheh Taman Mawar dengan harga RM 26.60. Sebenarnya Master terlebih dahulu ke Taman Seroja untuk tukar tong gas di sana, namun kehabisan stok. 02 Julai 2019: Kedai Acheh Taman Mawar - Tong gas Petron GASUL - RM 26.60 Sekali lagi Master beli tong gas Petron GASUL itu di Kedai Acheh sebagai backup kepada tong gas yang sedang digunakan. Harganya masih sama iaitu RM 26.60 bagi tong gas 16.8 kg. 11 April 2018: Kedai Acheh – GASUL tong besar – RM 26.60 Alkisahnya semalam g...

[t15b03] Senarai harga susu dibandingkan di Pasaraya PKT Wakaf Bharu

Imej
Dalam perjalanan menziarahi mangsa-mangsa banjir, kami singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu untuk membeli sedikit barangan untuk disumbangkan kepada mereka.   Pasaraya PKT ini sebenarnya adalah sebuah pasaraya yang mungkin tidak boleh dipanggil pasaraya pun. Ia adalah sebuah kedai dua tingkat yang menawarkan pelbagai barangan.   Sebagai sebuah pasaraya kecil tiada apa yang menjadikan ia sebuah pasaraya yang istimewa.   Namun satu "poster" berjaya menarik minat Tedi di mana pasaraya ini berusaha memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan semua harga susu isian dalam tin untuk dibandingkan oleh para pengguna.   Senarai 19 jenama susu itu ternyata agak unik di samping membantu Tedi mengenal beberapa produk yang Tedi tak pernah dengar.   Contoh jenama susu dan harganya adalah seperti berikut: Carnation Krimer Sejat 390g (RM 2.70) Crispo Krimer Manis (RM 2.30) F&N Kalsium Tinggi (RM 2.65) F&N Krimer Sejat (RM 2.70) F&N Susu Isian Sejat (RM 2.95) Gold Coi...

Harga Lampin Genki

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Karangan kali ini Tedi dedikasikan khusus buat merekod harga lampin Genki . Lampin Genki ini menjadi pilihan Mommy untuk dipakaikan kepada Nor Aina memandangkan harganya murah dan kualitinya tidak mengecewakan. Lampin Genki ni tidak bocor apabila Aina berak. Tedi akan susun harganya berdasarkan tarikh ia direkodkan. Rekod harga Lampin Genki Tape Mega S82 Ini adalah lampin Genki bersaiz S dengan kandungan 82 keping lampin 20171210, TESCO Putra Nilai, RM 29.90   Maksud Genki ‘Genki’ berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud ‘penuh dengan kehidupan’ dan ‘tenaga’ - sama seperti permata hati anda. Untuk memastikan bayi anda menikmati fasa bahagia dan sihat pada tahun-tahun awal masa kanak-kanak, kami komited dengan keperluan lampin bayi anda yang semakin meningkat, dari bayi baru lahir hingga kanak-kanak baru bertatih yang ak...

Rekod Harga Bateri AA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jalan pintas:  Rekod Harga Bateri AA ,  Apakah bateri alkali AA yang paling lama bertahan? ,  Jenama Bateri AA terkemuka Bateri AA atau orang selalu panggil Bateri Double A adalah salah satu benda yang penting dalam kehidupan kami. Bateri AA di kediaman kami selalunya digunakan pada alat kawalan jauh, jam dinding, tetikus dan paling banyak digunakan dalam barang permainan Aina dan Aidan yang melambak tu. Pernah juga beli secara pukal tetapi selalunya beli di kedai runcit apabila terdesak. Memandangkan betapa pentingnya benda bernama bateri AA ni maka Tedi memilih untuk merekodkannya dalam  interpretZZ sebagai sejarah dan juga penanda aras jika kami perlu membeli bateri saiz AA lagi.   Rekod Harga Bateri AA Tarikh   Harga   Jenama   Model   Unit  Harga Seunit  Kedai 20210627   13.90   Pan...

Rekod Harga Kopi Hang Tuah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Pendahuluan Lama dah Tedi nak terbitkan mengenai rekod harga serbuk kopi Hang Tuah ini memandangkan jenama kopi ni adalah salah satu kopi Malaysia yang terkenal. Tapi kami jarang beli kopi Hang Tuah maka Tedi pun tidak berasa ada keperluan sangat untuk menerbitkan rekod harga serbuk kopi Hang Tuah. Cuma apabila tiada rekod harga diterbitkan maka sukar untuk Master membandindkan harga kopi jenama Hang Tuah ni jika beliau teringin nak beli. Semalam Master telah memiliki 51% saham interpretZZ dan melantik dirinya sendiri sebagai CEO interpretzz, arahan pertamanya adalah untuk Tedi menerbitkan rekod harga kopi Hang Tuah secepat mungkin. Terpaksalah, apa nak buat.   Rekod Harga Buat masa sekarang memandangkan tidak cukup data maka kita sumbat semua jenis dalam satu jadual. Insha-Allah jika rekod melambak nanti kita pisahkan kepada beberapa jadual berlainan mengikut...

Harga Nescafé Classic di Malaysia

Imej
Lompat terus ke:  Coretan Tedi pasal Nescafé ,  Kedai jual Nescafe mahal ,  Sejarah Harga Nescafé Dibeli Master , dan Gambar-gambar yang berkenaan dengan harga Nescafe isian semula: . Coretan Tedi pasal Nescafé. Semua rakyat Malaysia mungkin tahu mengenai Nescafé, jenama kopi segera yang menjadi standard de facto di Malaysia. Ia dihidangkan dalam pelbagai rupa seperti Nescaffe O (tambah gula sahaja) panas atau sejuk, Nescafe Tarik (tambah susu dan dikacau serta ditarik), Nescafé Panas (tambah susu tanpa dikacau), dan juga Nescafé Ais. Nescafe Malaysia adalah produk kepada syarikat Nestle (Malaysia) Berhad yang sahamnya pada hari ini ditutup pada harga RM 146.00 seunit saham dengan keuntungan 52% pada tahun ini. Jika ada duit bolehlah beli saham mereka 1000 unit iaitu pada harga MYR 138,400.00. Saham Néstlé Malaysia adalah saham patuh syariah. Tedi tak tahulah apakah urusan Nestlé Products Sdn Bhd dalam Ne...

Harga Gula Pasir Kasar Hari Ini

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini Master ke kedai runcit untuk beli gula pasir Tiba-tiba sahaja bekalan gula pasir kasar di rumah kami kehabisan. Memandangkan negeri Selangor kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sempadan negeri ditutup menyebabkan kami tak dapat pergi ke pasaraya di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan. Bandar Baru Nilai adalah pusat komersial yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi dan mempunyai 3-4 buah pasaraya. Belum masuk pasaraya yang terletak di pinggir bandar itu. Terpaksalah Master pergi ke kedai runcit berhampiran. Harga gula pasir 1 kg RM 2.90 Harga gula pasir yang Master beli di kedai runcit yang lebih mesra dipanggil kedai Acheh itu ialah RM 2.90 satu kilogram, membuatkan Master agak terjeda. Rasanya macam selalunya harga gula pasir ialah RM 2.50 sekilogram. Master merujuk kepada Tedi malangnya Tedi tiada rekod harga gula pasir kasar selama in...

Minyak Masak Jagung

Imej
Mummy minta Master belikan minyak jagung sebab Mummy nak buat kek lobak merah untuk Aidan. Minyak jagung adalah minyak masak jagung iaitu minyak masak yang diperbuat daripada jagung. Jagung adalah salah satu produk keluaran Amerika Syarikat, jadi kita dapat melihat Amerika Syarikat sibuk menghentam minyak sawit iaitu minyak masak yang diperbuat daripada kelapa sawit, dan mempromosi minyak jagung. Jadi rasanya boleh elakkan guna minyak jagung ni, hehe. Tak tahulah kalau guna minyak jagung, kek akan berperisa jagung, tapi takkanlah kan? Kalau bandingkan minyak sawit dan minyak jagung, tentunya harga minyak jagung lebih mahal, biasalah Amerika Syarikat, mana boleh murah, mesti nak untuk tahap dewa. apa-apa pun boleh abaikan komen Tedi ni. Disertakan rekod harga minyak masak jagung a.k.a minyak jagung untuk panduan masa depan. Minyak Masak Jagung Mazola 550 mL, Kedai runcit Asat Zain 3 Salak Perdana, 20200527 - RM 8.50 Harga minyak jagung Mazola 550mL di kedai runcit Asat zain 3 di S...

Harga Susu Cair Tesco KB Malaysia #QB11

Imej
Misi mencari harga susu cair di TESCO Kota Bharu Malaysia diteruskan namun Tedi kehampaan kerana tiada susu cair di sana, yang ada hanyalah susu sejat dan krimer sejat. Tiba-tiba Tedi terfikir, adakah orang Malaysia memanggil susu cair itu sebagai susu sejat atau krimer sejat? Adakah susu cair yang dicari itu sebenarnya adalah susu sejat atau krimer sejat? Mungkin benar kerana susu sejat atau krimer sejat memanglah cair...

Harga Lada dan Cili di TESCO Putra Nilai

Imej
Semalam selepas sahaja kami bergerak pulang dari kenduri di Kampung Parit Sidang Seman di Sungai Rambai dalam daerah Jasin di Melaka , kami singgah di TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan untuk membeli bahan masakan bagi memenuhi keperluan nutrisi diet Mommy. Senarai Harga Pelbagai Jenis Lada di TESCO Putra Nilai Item   Harga   Lada Benggala Merah (Red Capsicum)   RM 15.99   Lada Benggala Kuning (Yellow Capsicum)   RM 15.99   Cili Besar Merah   RM 13.99   Cili Besar Merah   RM 11.99   Cili Padi Merah   RM 24.89   Cili Padi Kampung   RM 18.99   Cili Padi Thailand   RM 9.99           Produk yang Tedi survey kali ini adalah harga pelbagai jenis lada atau cili yang terdapat di Tesco Nilai tersebut. Tedi memang peminat lada dan cili kerana kepedasan mereka. Lada Benggala pula mungkin tidak berapa pedas, tapi ia ...

Popular