Dengar kempen Skymaster Solutions Sdn Bhd
Biasalah aktiviti dengar kempen ni selalunya dengan kelab pelancongan, jadi bagi Tedi ini adalah perniagaan yang sah. Kempen Vending Machine Vending Machine ni kalau diterjemahkan guna Bing atau Google maksudnya ialah Mesin Layan Diri, iaitu mesin yang menjual apa-apa produk yang kita sendiri layan diri masukkan duit dan ambil barang yang dibeli. Pada masa ini juga sudah ada mesin layan diri yang tidak gunakan duit sebaliknya gunakan kad prepaid atau kad bayaran seperti Touch 'n Go. Kempen dimulakan dengan pertanyaan, "Berminat tak dengan perniagaan tanpa modal?" Apabila mendengar soalan macam tu, Master dah malas nak layan. Nak menipu la tu. Mana ada perniagaan tanpa modal? Tapi kempen mereka okay je sebenarnya kalau nak dijadikan pelan perniagaan. Skymaster Solutions Sdn Bhd kata mereka akan sediakan tapak lokasi, mesin, pembekal dan penyelenggaraan. Pemilik cuma perlu membayar dari MYR 75 sehingga MYR 1000 kepada Skymaster Solutions Sdn Bhd untuk sewa tapak dan ...