[t18c11] Tok Ma kelik ke Kota Bharu dari Bandar Baru Nilai menaiki bas Ekspres Mutiara
Malam ni Master hantar Tok Ma naik bas Ekspres Mutiara di Bandar Baru Nilai. Tok Ma nak pulang ke Wakaf Bharu setelah seminggu berada di Bandar Baru Salak Tinggi kerana menjaga cucunya, Nor Áina yang terpaksa dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya seminggu untuk membiarkan paru-parunya kuat setelah Aina menerima rawatan di Hospital Putrajaya selama seminggu kerana masalah pernafasan . Bas Ekspres Mutiara yang Tok Ma naiki itu adalah bas trip NK1. Bas trip NK1 dari Bandar Baru Nilai ke Kota Bharu (atau mungkin Kubang Kerian?) itu dijadualkan berlepas sekitar jam 8:30 malam. Master dan Tok Ma bergerak dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi ni sekitar jam 7 malam, sebelum masuknya waktu solat Maghrib. Waktu itu dipilih sebab Tok Ma nak jamak solat Maghrib dan Isya', jadi Tok Ma tak perlulah menunaikan solat fardhu Isya'di dalam perjalanan. Mereka singgah di Masjid Dato' Klana Petra Putra Nilai , di mana Master menunaikan solat fardhu Maghrib manakala Tok M...