Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201105

Jersi 2011-12 Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم NEWCASTLE United hari ini mendedahkan jersi tempat-sendiri yang akan digunakan pada musim depan. Jersi keluaran Puma itu yang telah pun sedia untuk pra-tempahan, akan mula dijual pada 19 Mei. Newcastle menyertakan gambar-gambar kapten Kevin Nolan dan penjaga gol utama, Steve Harper memperagakan jersi tersebut – juga turut melancarkan 1 versi edisi terhad yang mempunyai jata kelab emas untuk pemegang tiket bermusim. Rekabentuk jersi ini pada pandangan interpretZZ, amatlah melanggar tradisi, di mana hanya 2 line putih di depan dada. Kalau tak silap, dulu ada ura-ura rekabentuk jersi Malaysia sebegini yang telah mendapat kritikan disebabkan terhasilnya tanda salib apabila ruangan untuk penaja disediakan. Gambar pemain Newcastle United memperagakan jersi yang bakal digunakan pada musim 2011-2012   20110504

[t11e30] Menunaikan Umrah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Melawat Ladang Unta Salah satu aktiviti semasa Mummy dan Master menunaikan umrah ialah melawat ladang unta. Mereka ke sana dengan pakaian ihram kerana selepas itu mereka pergi berniat di miqat untuk menunaikan umrah. Bau unta ini sungguh kuat dan melekat di pakaian ihram walaupun Master duk jauh-jauh. Selain bergambar dengan unta para pengunjung boleh cuba krim wajah berasaskan susu unta. Boleh juga beli susu unta dalam botol. Sayangnya Master tidak sempat mencuba susu unta kerana ia basi setelah disimpan semalaman. Master dan Mummy bergambar berlatarbelakangkan sekawanan unta di ladang unta. Bergambar dengan unta jauh-jauh pun boleh melekat bau unta di pakaian kita. # Monday, 30 May 2011, 12:28 # 20110530 # Kamera: Canon DIGITAL IXUS 80 IS # Gambar: IMG_7048 # Gambar mata seekor unta di ladang unta di Arab Saudi mungkin berhampiran Telaga Hudaybia di kawasan Shamaisah. # Monday, ...

[t11e13] Sport Arena dan Century Square, Cyberjaya

Imej
Sambil melepak di pejabat Master di Century Square sempat juga Tedi bermain-main dengan Canon Digital IXUS 80 IS. Fungsi yang Tedi paling suka pada kamera IXUS 80 IS ni adalah tapis mengikut warna di mana kita boleh pilih satu warna dan kemudian tangkap gambar, objek yang paling sinonim dengan warna tersebut akan menyerlah. Sebagai contoh di bawah ni apabila Tedi pilih warna coklat, ia akan filter out warna lain, tinggal warna paling sinonim dengan coklat sahaja menyerlah. Selalunya Tedi akan pilih warna yang di tengah-tengah untuk hasilkan gambar yang suram. Apabila tiba waktu balik kerja, Master selalu berehat di kedai makan di Sport Arena. Di kawasan ini jugalah para penyewa meletakkan kenderaan mereka. Tiada bayaran parking yang dikenakan, tapi siapa lewat memang susahlah nak dapat parking . Pada waktu malam sebegini tidak hairan ada banyak kereta di sini, kerana ramai yang bekerja mengikut shift iaitu pada waktu malam, mungkin kerana mereka perlu support syarikat antarabangsa s...

Popular