Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel minyak enjin a.k.a minyak hitam

Beza Petronas Syntium 500, 800, 1000 dan 3000

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah. Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit. Petronas Syntium 500, mineral Kita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan. Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali. Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini. Petronas Syntium 800, semi-sintetik Syntium 800 pula adalah minyak en...

[t23f23] Minyak enjin palsu: Terlalu murah untuk menjadi benar

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Minyak enjin palsu akan merosakkan enjin kereta anda, pemilik kenderaan diberi amaran Kesan penggunaan minyak pelincir enjin tiruan Di mana minyak enjin tiruan dijual? Minyak enjin tiruan sukar dikesan Mengenali minyak enjin Shell tulen Minyak enjin palsu akan merosakkan enjin kereta anda, pemilik kenderaan diberi amaran PETALING JAYA: Apabila eksekutif jualan Roger, 39, terjumpa minyak enjin jenama terkenal dijual pada separuh harga, dia ketagih. Dia tidak teragak-agak. Dia segera memesan produk itu, yang berharga RM60 atas platform e-dagang, dan menambah minyak  enjinnya sebaik minyak tiba. Ia adalah perjanjian yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Dan ia tidak benar. Beberapa hari kemudian, enjin keretanya mula panas, dan mengeluarkan bau hangus. “Kereta itu berasa amat berat jadi naluri pertama saya adalah menghantarnya ke bengkel. Mekanik memberitahu saya miny...

[t17l10] Harga Minyak Hitam Pennzoil di Malaysia

Imej
Tedi telah menemani Master cari minyak hitam full synthetic untuk Tok Abah. Bajet dalam RM 150, tapi Tedi dah tahu mustahil untuk dapat harga sebegitu. Sasaran kali ini adalah TESCO Putra Nilai dan stesen minyak Petronas di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Kali ini ada minyak hitam Pennzoil yang menambat hati Tedi untuk merekod harganya buat rujukan pada masa akan datang. Minyak Hitam Pennzoil Platinum Blitz semi synthetic 4 Liter 10 Disember 2017, di TESCO Putra Nilai, harga minyak hitam ini ialah RM 112.90. 20171210

Pengguna Komen Minyak Enjin Liqui Moly

Imej
Kandungan:   Minyak Enjin Mos2 leichtlauf 10w40 Semi Sintetik ,  Liqui Moly 10w40 berapa km? ,  Minyak Pelincir Enjin Toptec Liqui Moly 5wd40 Fully Synthetic . Minyak Enjin Mos2 leichtlauf 10w40 Semi Sintetik Warnanya tidak jernih seperti minyak pelincir enjin yang lain, berwarna kelabu gelap dan keruh. Pertama kali selepas mengisinya, enjin senyap semasa dihidupkan. Enjin berasa licin semasa dipandu dan tidak bergegar apabila minyak ditekan kuat. Kereta terasa lebih ringan semasa memecut, dan lebih licin semasa cruise . Dapat lebih penjimatan petrol.

T17B20 Harga Minyak Enjin Kereta Murah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tadi semasa merayau di Tesco Putra Nilai di Bandar Baru Nilai , Tedi perasan harga minyak enjin kereta murah daripada jenama Shell, sebelum ini pada 20170220 di TESCO Putra Nilai ada empat (4) jenis minyak pelincir enjin kereta a.k.a minyak hitam kereta a.k.a minyak enjin kereta di sana daripada jenama Shell , Mobile , dan juga Castrol . Rasanya macam Tedi tak pernah jumpa minyak enjin jenama Petronas di pasaraya. Kenapa ya? Minyak hitam dalam Bahasa Inggeris ialah " engine oil " Kandungan :  Harga Minyak Enjin Separuh Sintetik (Semi Synthetic) ,  Harga Minyak Hitam Sintetik Penuh (Fully Synthetic) ,  Minyak enjin kereta pilihan pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai ,  Jenis minyak hitam kereta pilihan , dan  Beli minyak enjin kereta di pasaraya berbanding bengkel? Berikut adalah harga minyak-minyak hitam tersebut direkodkan demi panduan pada masa h...

T18E10 Tukar minyak hitam Proton Persona

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Sekarang Tedi dan Master sedang berada di Pusat Servis Kenderaan SY Tyres and Services . Mommy dan bayi Nor Aina pula sedang berada di Kelantan kerana Mommy balik mengundi di sana. Tujuan kami berada di bengkel kereta ini adalah kerana Master nak tukar minyak hitam sintetik penuh Petronas Syntium 1000 . Harga minyak pelincir enjin fully synthetic Petronas Syntium 1000 ni adalah RM 200 . Manakala harga minyak hitam Petronas Syntium 800 adalah RM 130 . Ia adalah minyak enjin semi synthetic . Master memilih untuk menggunakan minyak enjin fully synthetic seperti biasa. Ia boleh capai jarak 10000 kilometer manakala Syntium 800 boleh capai jarak 7000 kilometer . Selalunya Master akan tolak 2000 kilometer kerana ambil kira pergerakan enjin ketika kereta tidak bergerak. Selain minyak hitam, penapis minyak ( oil filter ) turut ditukar. Harganya ialah RM 12. Kos buruh ...

Harga Minyak Enjin Liqui Moly Malaysia

Imej
Sebelum ini Tedi ada kongsikan komen beberapa pengguna minyak hitam atau minyak pelincir enjin berjenama Liqui Moly di Malaysia yang berkongsikan kebaikan dan keburukan penggunaan minyak enjin kereta Liqui Moly. Melalui komentar tersebut, membuatkan kita terasa nak cuba gunakan minyak enjin keluaran Jerman ni.  Tapi berapakah harga minyak enjin Liqui Moly di Malaysia ni? Murah atau mahal? Liqui Moly Leichtlauf HC7 Engine Oil 5W-40 4L Ideal untuk enjin petrol dan diesel moden dengan teknologi multivalve, turbocharger dengan atau tanpa caj udara penyejukan. Terutama apabila memerlukan selang masa yang panjang antara penukaran minyak enjin dan keperluan enjin tugas berat. Harga: RM 205 - RM 338 Liqui Moly Leichtlauf Special Tec AA Engine Oil 5W30 4L : RM 238 Liqui Moly Molygen Engine Oil 5W-50 4L : RM 295 - RM 338 Liqui Moly Molygen New Generation Engine Oil 10W-40 4L Terbaik untuk enjin petrol dan diesel moden dengan dan tanpa ekzos gas turbocharger. Untuk perlind...

Review Petronas Syntium 7000

Imej
Erm... lama juga Tedi ambil keputusan untuk mencoretkan kiriman kali ini. Mungkin kawan-kawan ada membaca beberapa kiriman Tedi sebelum ini yang bercerita tentang pengalaman kami dengan pelbagai jenis minyak pelincir enjin Petronas berjenama Syntium keluaran syarikat Petronas dari Malaysia. Kali ini Tedi ingin tahu pasal Syntium 7000 pula, kerana ada kawan yang bertanya pasal minyak enjin tersebut. Secara jujurnya Tedi menyatakan bahawa Tedi sekeluarga tidak pernah menggunakan minyak enjin tersebut. Tak pernah nampak pun di bengkel-bengkel yang kami singgah. Mungkinkah kerana harganya mahal? Harga Petronas Syntium 7000 4 liter Mengikut hasil carian Google, harga Petronas Syntium 7000 4 liter di Malaysia adalah RM 250 , tetapi itu pada tahun 2014 lah, tahun 2016 Tedi tidak jumpa pula harganya. Berita Harian pula melaporkan dalam berita mereka pada tahun 2015, harga Petronas Syntium 7000 adalah RM 260 , sudah naik RM 10 lah.... tahun ini mungkin naik lagi... tahun depan turun kot? Jika ...

Syntium 3000 memang mengkagumkan Tedi

Imej
Minggu lepas, 27-Jun, Master pergi hantar kereta untuk diganti minyak hitam dan minyak gear. Seperti biasa apabila ditanya minyak jenis apa untuk digunakan, Master akan jawab "guna minyak fully synthetic" . Tapi kali itu, Master ditanya lagi, "nak guna fully synthetic yang mana?" Rupa-rupanya di kedai itu ada 2 jenis minyak hitam sintetik penuh, iaitu Synthium 1000 yang biasa digunakan Master, dan Syntium 3000 yang Tedi tak pernah dengar. Mekanik tu kata, "Syantium 3000 lebih bagus, minyak dia lebih nipis, jadi performance kereta lebih bagus" yang mana Tedi tak berapa nak faham, kerana bagi Tedi, lebih tebal minyak lah lagi bagus sebab lebih banyak perlindungan terhadap enjin kereta. "Berapa ringgit?" , tanya Master sebelum membuat keputusan terakhir. "225 sahaja bos" Memandangkan harga minyak itu lebih mahal 25 ringgit sahaja berbanding minyak Syntium 1000 yang selalu digunakan, Master memilih untuk mencubanya sejauh 7...

Bagaimana mengesan minyak enjin palsu

Minyak enjin tiruan atau palsu dihasilkan untuk kelihatan seperti minyak tulen tetapi tidak mempunyai ciri-ciri peningkatan perlindungan dan prestasi. Minyak enjin palsu atau tiruan boleh jadi dihasilkan daripada minyak enjin yang dikitar semula atau minyak gred rendah yang diisytihar sebagai gred tinggi. Pemalsu telah membelanjakan lebih banyak wang dalam meniru pembungkusan daripada kandungan produk mereka, jadi jarang sekali seseorang dapat mengenal pasti minyak enjin palsu dengan memerhatikan pembungkusan kualiti yang kurang baik. Kepada pemerhati kasual, minyak enjin tiruan akan kelihatan bersih seperti yang asli baru. Analisis makmal dan ujian makmal diperlukan untuk menentukan minyak enjin palsu. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan untuk membeli minyak enjin daripada peniaga yang dilantik atau diberi kuasa untuk jenama minyak yang berkenaan. Minyak enjin kereta tulen dihasilkan oleh proses pecutan penyulingan yang mahal sebelum ia diadun dengan bahan tambahan untuk melin...

Macam Mana Nak Tahu Minyak Enjin Tiruan

Imej
Harga minyak enjin terlalu murah sehingga membuatkan anda curiga jika ia adalah minyak palsu atau tiruan? Jika anda bimbang bahawa mereka meletakkan minyak enjin yang digunakan di dalam kereta anda bukannya minyak enjin asli, anda boleh mengesahkannya dengan pemeriksaan pantas. Bau minyak. Minyak baru mempunyai bau perindustrian atau bau kilang, sejenis bau logam baru. Minyak enjin yang digunakan, walaupun tidak berapa digunakan, mempunyai bau bakar dengan sedikit bau minyak petrol. Warna Minyak Enjin Minyak baru kelihatan seperti minyak kanola menjadi gelap seperti warna minyak zaitun - tetapi sentiasa telus atau lutsinar. Jika ia mempunyai warna yang lebih gelap padanya - bermaksud ia telah digunakan. Kenyataan ini tepat untuk minyak enjin konvensional, manakala minyak enjin sintetik datang dalam pelbagai warna.   Definisi Definisi minyak": cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; minyak ang...

Popular