Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ketenteraan

Nahas MH 370: Amerika Syarikat hantar USS Pinckney, USNS John Ericsson dan US Navy P-3C Orion

Imej
Bantuan sebagai menghormati permintaan kerajaan Malaysia? BERNAMA melaporkan bahawa Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal tentera laut mereka untuk membantu usaha cari dan menyelamat kapal terbang MH 370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing. Kedutaan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa penghantaran aset tentera mereka itu adalah di atas permintaan kerajaan Malaysia. Tedi memang dah agak mereka akan hantar bantuan sebegitu kerana ada rakyat mereka yang terlibat dan pesawat yang terlibat adalah produk mereka yang menawarkan ribuan peluang kerja kepada rakyat mereka. Bantuan ini pada pendapat Tedi adalah sangat bagus kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam menangani nahas pesawat dek kesibukan penerbangan di negara mereka sendiri.   USS Pinckney (DDG 91)     USS Pinckney adalah kapal pemusnah berpeluru berpandu daripada kelas Arleigh Burke yang membawa 2 buah helikopter MH-60R yang boleh dilengkapi dengan kelengkapan mencari dan menyelamat.   USNS John...

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

[t13h13] INS Vikrant: Kapal pengangkut pesawat pertama buatan India diperkenalkan.

Imej
Kapal Pengangkut Pesawat (Aircraft Carrier) pertama dibina di Asia. Kapal Pengangkut Pesawat (KPP) adalah salah satu jentera penting tentera laut jika mahu berperang di lautan luas. KPP sinonim dengan Amerika Syarikat yang meletakkan tenteranya di merata tempat di dunia. KPP penting dalam membantu melindungi konvoi kapal perang kerana jet pejuang yang dibawanya boleh digunakan untuk melindungi konvoi daripada pesawat musuh. KPP pada zaman moden digunakan sebagai markas untuk menyerang musuh, sedangkan pada masa dahulu ia lebih efektif menenggelamkan kapal selam. Di Asia kita sedia maklum dengan kehadiran KPP dalam tentera Jepun dan China. Di Asia Tenggara pula, hanya Filipina memiliki KPP veteran yang diwarisi daripada Amerika Syarikat. Kini India setapak (atau mungkin beribu tapak) lebih maju apabila memperkenalkan KPP binaan mereka sendiri, INS Vikrant. INS Vikrant masih perlu menjalani banyak ujian sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India. Beliau dijangka akan meny...

Jika Kereta Kebal Mudah Dimusnahkan Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?

Imej
Jika Kereta Kebal dengan Mudah Boleh Dimusnahkan oleh Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2? Selalu Tedi tonton dalam filem perang seperti filem lama Rambo, si hero boleh memusnahkan kereta kebal dengan menggunakan senjata anti kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa semasa dalam perperangan. Benarkah sebuah kereta kebal dengan mudah boleh dimusnahkan oleh senjata itu? Jadi apa akan berlaku semasa kereta kebal Malaysia terkial-kial mendaki bukit-bukau di dalam hutan? Bukankah dengan mudah musuh yang hanya berjalan kaki boleh memusnahkannya menggunakan roket anti kereta kebal? Pertama, saya percaya anda terlalu percaya bahawa sebuah kereta kebal amat lemah apabila diserang oleh roket anti kereta kebal. Saya pernah mendengar seorang anggota kereta kebal mendakwa bahawa mereka telah dilatih agar tidak takut dengan roket anti kereta kebal. Memandangkan saya tidak pernah menembak menggunakan apa-apa senjata, saya percaya dengan kata-katanya iaitu...

T18E19 Foto Askar Melayu Perak, 1920-an

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Terkedu sebentar Tedi tengok foto di bawah ni. Gambar tujuh orang askar Melayu Perak pada tahun 1920 Gambar yang dipercayai diambil di Ipoh pada tahun 1920-an ini dilelong di e-bay ( http://www.ebay.com/itm/malay-malaysia-PERAK-IPOH-Group-of-Soldiers-1920s-RP-/230424260286 ) oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ketika ini USD$25. Ia adalah foto askar Melayu iaitu gambar askar sebenar bewarna hitam putih. Ini bukan gambar daripada askar games tau! Askar dikenali juga sebagai tentera atau perajurit. Dalam loghat Perak disebut sojar yang Tedi anggap berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu  soldier . Memang rare  foto ni, kalau dapat dalam keadaan terpelihara, memang baguslah. Ketika ini Tedi terfikir, tiadakah syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mahu membida, menyimpan dan mempamerkan gambar bersejar...

Deftech perkenalkan variasi AV8 Gempita di DSA 2018

Imej
KUALA LUMPUR - Anak syarikat DRB Hicom Bhd, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), hari ini memperkenalkan varian terbaharu, kereta perisai beroda (AMV) yang paling canggih, AV8 Gempita – Pengawasan (SURV) dan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh (RCWS). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - Foto Bernama SURV dan RCWS, yang sedang dipamerkan pada pameran Defence Services Asia ke-16 (DSA 2018), merupakan sebahagian daripada dua varian dalam 12 variasi AWV AV8 Gempita yang sedang dipersiapkan untuk penghantaran kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah satu kontrak yang dianugerahkan pada 2011, merangkumi reka bentuk, pembangunan dan pembuatan 259 unit Gempita. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech Lt Kol Datuk Amril Samsudin berkata, SURV akan digunakan oleh Unit Infantri Mek...

USS Ronald Reagan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   USS Ronald Reagan (CVN-76) Class: Nimitz > Ronald Reagan     gambar kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan milik tentera laut Amerika Syarikat sedang belayar di lautan luas membiru USS Ronald Reagan adalah sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat yang dinamakan sempena nama bekas presiden negara barat itu. USS pula adalah singkatan kepada United States Ship atau Kapal Negeri-negeri Bersekutu atau dimaksudkan sebagai kapal tentera laut Amerika Syarikat. Ia dikategorikan dalam kelas Nimitz iaitu kelas kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear. Perkataan super  itu pula khusus untuk kapal pengangkut pesawat bersaiz besar.   ~20120613~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Lirik Lagu Darah Satria

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Darah Satria adalah tajuk sebuah filem berlatarbelakangkan ketenteraan. Kiriman ini adalah berkenaan lirik lagu tema filem tersebut. Tedi tonton dalam YouTube sedutan filem ni, fuh rasa berkobar nak jadi tentera. Kerajaan Malaysia perlu menghasilkan lebih banyak filem sebegini dan diulang tayang banyak kali di kaca televisyen supaya dapat cuci otak anak-anak muda supaya bersemangat patritotik mempertahankan negara.   Lirik Lagu Darah Satria Lautan luas banjaran gunung Rezeki nan melimpah Bawah langitnya kami bernaung Rasa kasih tercurah Tanah airku bumi bertuah Tiada bandingannya Rela bersatu ganding tenaga Mendaulatkan tenaga Dengan sepenuh keazaman Semangatmu nan waja Keranamu rela berkorban Engkaulah pertiwi yang tercinta Darah satria Darah satria Berkobar di dada Tinggalkan ibu Tinggalkan ayah Serta sanak saudara Membuktikan kesetiaan kita Kepada bumi Malaysia Dengan sepenuh keazaman Semangatmu nan waja Keranamu rela berkorba...

Tejas sertai Tentera Udara India

Imej
Dua buah Pesawat Tempur Ringan Tejas  sertai Tentera Udara India mulai Jumaat lepas. Mereka adalah sebahagian daripada Squadron 45 "Flying Daggers" yang turut akan menerima 18 buah pesawat Tejas lagi termasuk 4 buah pesawat latihan pada 2018. Pesawat itu dinamakan Tejas daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud radiance oleh bekas Perdana Menteri India, Atal Bihari Vajpayee. Pesawat Tempur Ringan (LCA) milik India adalah pesawat terkecil dan paling ringan dalam kelas Pesawat Tempur Supersonik Pelbagai Fungsi. Pesawat pejuang Tejas adalah pesawat pejuang satu enjin, guna sayap kompaun delta, tiada ekor yang direka Tentera Udara India dan Tentera Laut India. Setiap skuadron pesawat tempur Tejas akan kandungi 20 buah pesawat, termasuk 4 buah pesawat simpanan. Barisan pesawat tempur ringan baru India dibina untuk menggantikan cabang pesawat ringan Tentera Udara India yang kebanyakannya dibarisi oleh MIG-21 dan Mirage 2000. Teknologi Tejas jauh lebih hebat berbanding MIG-21 y...

Pesawat pengebom B-1B Lancer terhempas lagi.

Imej
Pesawat pengebom B-1B Lancer milik USAF terhempas. Sebuah pesawat pengebom B-1 milik US Air Force terhempas setelah mengalami masalah di udara pada jam 9 pagi, 20 Ogos 2013. Kejadian berlaku di kawasan terpencil berhampiran bandar Broadus di Montana, ketika mereka mengadakan latihan rutin. 4 orang anak kapal berjaya menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting.  Penduduk di kawasan itu melaporkan mereka melihat anak-anak kapal melenting keluar sebelum pesawat itu meletup. Penduduk Ekalaka pula melaporkan mereka melihat kepulan asap di mana pesawat pengebom B-1 itu jatuh. Jurucakap Ellsworth Air Force Base di Rapid City menyatakan 4 orang terselamat dan hanya cedera ringan. Tiada maklumat lanjut diberikan kepada orang awam. Pangkalan udara itu merupakan pangkalan kepada skuadron 28th Bomb Wing yang menerbangkan dan menjaga 28 buah pesawat B-1. Sedikit sejarah pesawat pengebom B-1B Lancer. B-1B Lancer merupakan pesawat pengebom udara-ke-darat yang direka untuk men...

Pentagon benarkan iPhone & iPad untuk kegunaan ketenteraan

Imej
Spy  Tedi di bahagian teknologi militer melaporkan bahawa kaum manusia di Amerika Syarikat telah mengambil langkah drastik dengan membenarkan penggunaan iPhone dan iPad untuk tujuan ketenteraan. Perkara ini menimbulkan keraguan bagi Tedi atas tujuan mereka berbuat demikian, kerana sebelum ini hanya produk BlackBerry diberikan pelepasan. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memberikan pelepasan itu bagi mana2 gajet Apple yang beroperasi di atas sistem operasi iOS 6 . Selain itu gajet Samsung yang beroperasi atas sistem operasi Android juga diberikan pelepasan jika ia ditambahbaik dengan perisian Knox . Tedi akan cuba adakan mesyuarat dengan semua panel penasihat ketenteraan Tedi bagi membincangkan ancaman ini. Sumber: iPhones, iPads get Pentagon approval for military use 18 Mei 2013

Popular