Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201902

Hadiah hari lahir daripada kak Putri, abang Ipin, dan kak Aira | 20190226

Imej
Pengasuh Aina beri hadiah sempena hari jadi kedua tahun Aina ketika Master pergi jemput Aina. Hadiah beg galas bertemakan kucing berwarna kelabu itu diletakkan dalam satu beg kertas dengan tema puteri comel. Lucunya, semua orang tahu Aina ni sebenarnya penakut sikit dengan kucing betul. Kalau nampak kucing melintas, memang dia akan cepat-cepat cari perlindungan! Tapi pelik tapi benar, bila dapat hadiah beg galas bertemakan kucing ni, dia punya seronok tu lain macam. Mungkin sebab versi kartun ni nampak comel dan tak 'mengiau' kot, jadi dia pun berani nak peluk dan bawa ke mana-mana. Terima kasih banyak-banyak buat umi Ogy sekeluarga atas hadiah yang sangat bermakna (dan berani) untuk Aina ni! Aina dapat hadiah sempena ulangtahun hari lahirnya yang kedua tahun daripada kakak Putri, abang Ipin dan kakak Aira. Terima kasih juga buat umi Ogy. # 26 Feb 2019 jam 21:19 malam hari Selasa # IMG_20190226_211947 20190226 201902 # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A ...

Nasihat Jujur Beli Kereta

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pada suatu hari ketika satu majlis makan-makan di rumah kami bersama kawan-kawan program diet yang disertai Mommy, Tedi terdengar seorang pakcik bertanya kepada seorang pakcik yang lain. Pertanyaannya adalah untuk meminta pandangan kereta apa yang patut dibelinya. Tedi dah terdetik dalam hati dan ingin tahu, kereta apa yang akan dicadangkan, sebab selalunya manusia ni akan mencadangakan dan memuji kereta-kereta yang mereka suka. Tedi percaya bahawa pakcik yang ditanya itu akan mencadangkan mana-mana jenama kereta. Belilah kereta apa pun, asalkan... Belilah apa kereta kau nak beli, asalkan kereta automatik. Terkejut beruang juga Tedi mendengar nasihat itu. Benar sungguh pandangan pakcik yang ditanya itu, belilah kereta automatik. Secara jujurnya itu adalah nasihat yang paling jujur Tedi pernah dengar. Secara jujurnya juga Tedi akui bahawa Tedi tak pasti jika kereta manual masih dij...

Kadar Teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315. Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam. Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah. Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2? Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2 Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB Kenapa takut naik teksi bermeter...

[t19b10] Solat hajat sempena keselamatan Mummy dan adik Aina

Alhamdulillah, selepas Maghrib tadi selesai satu majlis solat hajat untuk mendoakan keselamatan Mummy dan adik Aina. Master beli 20 bungkus nasi ayam di Restoran Sukamari, nampak tak cukup, tapi dah tawakkal kepada Allah. Mula-mula takut tak habis, mujur ramai juga kanak-kanak yang datang. Malangnya berlaku satu kesilapan dek terlepas pandang, kami tak sediakan air minuman. Maklum sahajalah ini kali pertama anjurkan solat hajat di surau. Master nak bancuh air di surau pun dia tak fasih di mana tersimpannya semua perkakasan. Nampaknya lepas ini Master kena rajin-rajinkan diri untuk membantu apa-apa persiapan membancuh air di surau. Selepas Isya, master pergi beli jarum ( lancet ) untuk Mummy gunakan bersama peralatan Accu-Chek FastClix yang digunakan untuk mengukur kadar gula dalam darah. 1 drum ada 6 jarum, dan harga 1 drum ialah RM 3. Jika beli sekotak iaitu 102 jarum harganya RM 51 (lima puluh satu Ringgit Malaysia sahaja). Master beli lancets tersebut di sebuah farmasi di TESCO...

[t19b14] Warung Jenderam Impian

Imej
Gambar warung yang kami singgah pada waktu pagi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Makanannya sedap dan tidak membosankan. # Warung Jenderam Impian # sarapan pagi : nasi lemak berlauk, mee goreng, bihun goreng, lontong, kuih-muih # sedia menerima tempahan, no telefon 016-7660420 # mee sup utara, bihun sup utara, nasi ayam penyet # gambar dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A pada 14 Feb 2019 jam 08:02 pagi hari Khamis # 20190214-080251 # 20190214 # 201902  

T19B24 Tukar Penapis Minyak dan Palam Pencucuh Proton Persona

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini kami servis kereta di bengkel kereta Tip Top Rezqi di Kosmopleks. Keterangan   Harga Upah tukar minyak hitam kereta   RM 20.00 Penapis minyak (oil filter)   RM 15.00 Upah tukar palam pencucuh (spark plug)   RM 10.00 Harga palam pencucuh (spark plug) kereta Proton Persona 1 set   RM 60.00   Iklan Kerja Kosong TIP TOP REZQI MENJUAL ALAT GANTI SERVIS, DIAGNOSIS & BAIK PULIH KENDERAAN No. 8, Jalan 1, Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor WAKTU PERNIAGAAN SABTU-KHAMIS 9.00 am-1.00pm 7:00pm JUMAAT Tutup 018-954 9796 012-408 0584 019-219 1778 JAWATAN KOSONG 1) MEKANIK (Foreman) 2) PEMBANTU Sila Hubungi : 019-2191778 (Nuar) 012-4080584 (Sue) MyDebit SERVIS VISA WE ACCEPT PAYMENTS Air POS AIR COND HIGH LAMP POLISH BEFORE ADA DISINI RIZ # Sunday, 24 February 2019, 13:42 # 2019024 # IMG_20190224_134229.jpg # Xiaomi Redmi Note 5...

Mengkaji Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

Imej
Sebagai pecutan terakhir sebelum membeli tayar kereta baru saiz 195/60/R15 (rim 15 inci) untuk kereta Proton Persona transmisi manual kami, Tedi akan mengkaji mengenai salah satu calon tayar kereta saiz 15 baru itu iaitu tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun Malaysia untuk memastikan tayar Falken bagus tak? Pengenalan kepada Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun adalah tayar kereta kategori Premium Touring Summer direka untuk kegunaan kereta penumpang. Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun menggantikan tayar Falken ZE914. Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun telah digantikan oleh tayar Falken ZIEX ZE310 EcoRun. Posisi tayar Falken ZIEX ZE914 dalam beberapa jenis ujian: 2017 Auto Express Summer Tyre Test - kedudukan ke 7 dari 11 tayar. 2017 AZ Summer Tyre Test - kedudukan ke 10 dari 10 tayar. 2016 AMS SUV / 4x4 Tyre Test - kedudukan ke 5 dari 9 tayar. Harga tayar kereta Falken ZIEX ZE914 EcoRun saiz 15 di Malaysia 195/50/R15 : RM 154 hingga RM 162 195/50/R15 : R...

Pergi Klinik Kesihatan Salak tapi tiada elektrik, maka ke TESCO kita

Imej
   Sepatutnya pada petang Isnin (25 Feb 2019), Mummy dan Aina ada pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Salak pada jam 2 petang.    Oleh yang demikian, Mummy duduk di rumah bersama Aina, manakala Master pergi bekerja pada waktu pagi dan ambil cuti separuh hari pada waktu petang.    Apabila kami bergerak ke Klinik Kesihatan Salak, kelihatan jalan sesak kerana beberapa lampu trafik tidak menyala di sepanjang jalan. Rupa-rupanya tiada elektrik. Keadaan ini turut melibatkan Klinik Kesihatan Salak, patutlah tempat letak kereta lengang sahaja, selalunya susah nak dapat tempat letak kereta di Klinik Kesihatan Salak.    Temujanji Mummy untuk pemeriksaan kehamilan ditunda kepada pagi hari Rabu (27 Feb 2019).    Kemudian kami ke TESCO untuk membeli-belah. # Aina posing tunjuk mulut comot di TESCO Putra Nilai, belum bayar dah sibuk nak makan roti tawar Gardenia. # 25 Feb 2019 jam 16:34 hari Isnin # dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Red...

Rekod harga susu Sustagen Junior 1+

Imej
Harga susu Nankid Optipro langkah 3 telah naik gila-gila sejak menggunakan pembungkusan baru pada tahun 2019 ini. Beza bungkusan baru susu tepung rumusan Nankid Optipro tu cuma kelihatan pada rupa luarannya sahaja sedangkan berat kandungan susu masih 1.3 kg (kilogram) tetapi kenaikan harganya adalah di antara RM 20 hingga RM 30. Kami telah mencuba susu Sustagen Junior 1+ kepada Aina dan nampaknya Aina sesuai dengan susu Sustagen Junior 1+. Setakat karangan ini dikarang, harganya paling murah ialah RM 49.88 sehingga RM 62.79. Ada beberapa susu yang lebih murah tapi pada masa ini ujikaji ke atas Aina akan dihentikan. Seperti biasa rekod ini diwujudkan sebagai rujukan pada masa akan datang. 25 Februari 2019  |  07 Februari 2019 25 Februari 2019 Sustagen Junior 1+ perisa Asli susu tepung rumusan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun. Berat bersih 1.2 kg (kilogram). Harga RM 62.79 sekotak. # 25 Februari 2019 jam 16:48 hari Isnin # 20190225_164823 20190225 201902...

Projek Ganti Bateri Kunci Kereta Proton Persona

Imej
Salah satu projek penambahbaikan kereta Proton Persona Elegance keluaran tahun 2009 warna kelabu transmisi manual ialah menggantikan bateri kawalan jauh kunci kereta Proton Persona tersebut. Jika kawan-kawan tak tahu Proton Persona Elegance yang mana ia adalah Proton Persona lama sebelum Proton Persona SV dan boleh dikatakan Proton Persona SV adalah versi ringkas kepada Proton Persona Elegance. Salah satu masalah yang akan timbul jika baterki kunci kereta Proton Persona ni lemah ialah sukar nak kunci dan buka pintu dan jarak dekat diperlukan untuk membuka dan mengunci pintu. Pada mulanya kami sangkakan masalah itu pada butang kunci tu kerana jika ditekan kuat ia akan berfungsi. Tapi setelah menggantikan bateri kunci kereta Proton Persona Elegance kami tu kini ia berfungsi seperti baru. Bateri saiz apakah untuk ganti bateri kunci kereta Proton Persona? Ini adalah persoalan pertama ketika mahu gantikan bateri kunci kereta kerana kami tak tahu saiznya. Namun setelah dikaji, bateri ku...

POSLaju di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa

Imej
Mummy nak kirim alas papan seterika kepada Mak Long Ili yang dibeli daripada kawan Mummy. Masalahnya kawan Mummy ni kalau dia nak pos alas papan seterika yang dibeli oleh para pelanggan, dia akan pos satu-satu. Gila ka apa? Tak mesra pelanggan sungguh! Macam ni lah orang Melayu meniaga, nanti kalau tak sokong kata dengki la apa la.... Tedi tak marah pun, sengaja Tedi menambah perkataan supaya cukup 500 perkataan. Biasalah tu kan dalam karangan kita kena merapu nak bagi nampak panjang berjela-jela biarlah cikgu atau kawan-kawan malas nak baca. Mummy cari mana boleh pos alas papan seterika tu gunakan POSLaju Malaysia, satu syarikat penghantaran atau syarikat kurier nasional di Malaysia. Tedi syak ia ada kena mengena dengan POS Malaysia juga, tak tahulah sama ada adik-beradik atau anak-beranak. HQ POSLaju Malaysia iaitu cawangan POSLaju Kuala Lumpur terletak di Brickfields yang pernah kami singgah suatu masa dahulu untuk kutip kiriman yang tidak dapat dihantar. POSLaju Brickfields ni...

Tukar Tayar Kereta di Hotel Dashbox Cyberjaya

Imej
Semalam Mummy pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan susulan. Mummy pergi naik GRAB kereta Proton Persona pada waktu makan tengahari. Aina pula tinggal di rumah pengasuh, jadi semalam sebaik sahaja Master habis kerja, Master terus pergi jemput Aina di rumah pengasuh. Mummy pula menanti ketibaan kawan beliau yang bekerja di Cyberjaya menjemputnya untuk makan malam. Tempat mereka makan malam ialah di Dashbox Hotel Cyberjaya. Aina nak keluar dari car seat Laluan yang Master ambil kali ini adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya atau lebih dikenali dengan Maju Expressway atau MEX. Pemanduan agak lancar, kami berhenti sebentar di hentian RNR Seri Kembangan untuk membetulkan posisi duduk Aina yang mula meronta nak keluar daripada car seat. Tetapi sebenarnya ini adalah satu pencapaian yang agak mengkagumkan di mana Master berjaya  travel bersama Aina tanpa kehadiran Mummy. # Aina mula nak keluar dari car seat baby. Tangan dah berjaya dilepaskan dari belt car seat. Sing...

Popular