Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peringatan buat Master yang selalu lupa

T16E26 Usah Negatif Wahai Master

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Berfikiran negatif adalah satu hal yang nyata membawa kesan dalam kehidupan kita. Master juga pernah negatif sebelum ini apabila mendapati bahawa bonus yang diperolehi adalah tidak seperti apa yang dijangkakan dan digembar-gemburkan. Master terlupa agaknya bahawa rezeki itu adalah ketentuan Allah subhanahu wa taala. Bukan manusia bergelar bos atau pengurus yang menentukan rezeki para pekerja. Bukan juga manusia yang memegang jawatan di jabatan sumber manusia yang menentukan rezeki manusia. Master terlupa agaknya bahawa bonus yang banyak itu adalah rezeki, dan bonus yang sedikit itu adalah rezeki juga. Mengimbau kembali pada permulaan kembara Master di atas bahtera pekerjaannya itu, dia mempunyai satu tujuan yang jitu, iaitu untuk membantu manusia di luar sana yang bernama pelanggan. Master pernah bercita-cita tidak mahu pelanggannya berdukacita atau menanggung kerugi...

Sesak dada ...

Imej
Mungkin ini dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga? Peribahasa "sudah jatuh ditimpa tangga" yang bermaksud ditimpa kemalangan yang bertimpa-timpa mungkin amat sesuai menerangkan keadaan Master pada masa ini. Minggu lepas baru sahaja hantar kereta Mommy ke bengkel sebab kepala silinder enjin sudah retak. Kereta tu masih belum siap lagi sebab barangnya hanya akan sampai esok. Memandangkan kami tidak mempunyai kenderaan lain untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur, Master telah meminjam kereta kawannya iaitu sebuah Proton Savvy AMT. Proton Savvy adalah kereta keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) menggunakan teknologi kereta continental dari Renault. Usahasama menghasilkan SAVVY adalah usahasama di antara syarikat PROTON dan Volkswagen. AMT pula bermaksud Auto-Manual Transmission di mana sistem gear Proton Savvy AMT ini membolehkan kita memandu sama ada menggunakan gear manual atau gear automatik. Contoh kereta Proton SAVVY yang Master pinjam. Semoga tiada...

Jangan dedahkan aurat anda.

Imej
Pakailah pakaian yang sesuai ketika solat. Ada manusia yang solat dengan memakai baju yang singkat atau ketat, dan apabila mereka ruku' atau sujud, aurat mereka terdedah. Apatah lagi ada lelaki yang suka memakai seluar londeh! Apabila sujud nampak boxer ! Nasib baik nampak boxer ! Tu pun dah meloyakan jemaah di belakang. Ada lagi teruk yang terdedah lurah punggung... eeei... kekadang Tedi pelik kenapa manusia sebegini ada? Bagaimana mereka ni boleh dikatakan cukup hebat kerana berjemaah namun tak jaga tatacara solat berjemaah? Jika aurat terdedah lebih daripada masa yang diambil untuk mengucapkan Subhanallah sebanyak 3 kali, solat anda terbatal. Selain itu elakkan pakaian yang mengganggu jemaah lain contohnya pakaian dengan gambar-gambar atau tulisan. Bagi lelaki pula, elakkan pakai seluar atau pakaian yang melebihi buku lali.  20141112

Surau Besar vs Surau Kecil

Imej
Hampir 2 (dua) minggu surau sementara di taman perumahan kami dibuka. Seperti lazim mana-mana surau yang kecil dan baru dibuka, bilangan jemaahnya kurang. Terkadang lebih 5 (lima) orang, terkadang hanya seorang jemaah. Ketika inilah Master akan berbelah bahagi. Mudah pergi ke surau besar, bilangan jemaahnya ramai, tanggungjawabnya semakin kecil. Ke surau besar hanya perlu hadir dan menyertai jemaah sebagai makmum. Berbeza dengan di surau kecil, bilangan jemaah yang sedikit menjadikan tanggungjawab semakin besar. Terkadang terpaksa menjadi muazzin, terkadang terpaksa pula menjadi imam. Lebih haru apabila terpaksa menjadi muazzin dan imam. Bagi mereka yang penuh ilmu di dada, tentu tidak menjadi masalah, namun bagi mereka yang punyai ilmu suam-suam kuku, ia amat berat, seolah bulldozer  melanyak buah ciku. Tidak hairanlah jika ada makmum yang pada mulanya meramaikan surau kecil, kemudiannya menjadi takut dan bimbang ditolak menjadi imam, mem...

QS: Berhala tak patut disembah

Imej
Surah Al-'Araf: Ayat 194-198 Hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang layak disembah kerana Dia-lah Pencipta seluruh alam. Kenapa manusia harus menyembah selain daripada-Nya yang hanya sekadar makhluk serupa dengan keadaan manusia itu sendiri. Apatah lagi berhala-berhala yang kaku, buta, bisu, pekak, tidak dapat menolong diri mereka sendiri apatah lagi manusia. Entah-entah, berhala itu sendiri berdukacita kerana dizalimi oleh kesesatan manusia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang. Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (194)  Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat denganny...

Qanaah - kecukupan

Petang tadi Ustaz Uda Kassim datang berceramah sempena Ramadhan di sekolah Tedi. Ceramahnya adalah berkaitan dengan qanaah ataupun dalam Bahasa Melayu maksudnya kecukupan . Tedi main catit sahaja apa yang Ustaz Uda Kassim sebut jadi maaflah jika kandungannya tunggang terbalik. Lawan bagi miskin adalah mencukupi. Miskin adalah musuh keimanan sebab itu tidak disebut miskin sebaliknya mencukupi. Ada 2 jenis orang susah, 1. makin susah makin kufur 2. Makin susah makin beriman Syaidina Ali - hampirlah kemiskinan itu menjadi punca kepada kufur. Dan orang tua-tua pernah berkata bahawa kerana miskin tergadai agama. Jadi tidak hairanlah suatu ketika dahulu ada isu ibu tunggal yang miskin didapati berada di gereja kerana gereja membantu mereka dari segi kewangan. Tapi bukan kerana miskin sahaja seseorang boleh jadi kufur, sebaliknya seorang yang miskin dan berasa tidak mencukupi yang mendorong kepada kekufuran. Begitu juga si kaya yang tidak berasa berkecukupan, turut diheret ke lemb...

Ibadah yang utama di bulan puasa

Imej
Kuliah  oleh  USTAZ FAKHURRAZI  berkenaan  ibadah yang patut  diutamakan  dalam  bulan  Ramadhan . Seperti  biasa Tedi catit  mana yang sempat  sahaja . 1 - Solat Fardhu Apabila tidak menunaikan solat fardhu, kebajikan yang lain tak diterima termasuklah puasa. Tunaikan solat berjemaah pada awal waktu kerana dalam al-Quran diceritakan ada neraka Wail disediakan bagi mereka yang menunaikan solat tapi tak khusyu dan lalai. Solat yang dilakukan pada lewat waktu adalah diterima tapi di dalam kemurkaan Allah 2 - Sedeqah  wajib  iaitu zakat dan nafkah . Sumber: Dahsyatnya Pahala Mencari Nafkah Zakat ada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Perintah solat selalu diiringi dengan perintah zakat. Perempuan boleh bayar zakat fitrah. Syarat wajib zakat: Islam, merdeka, harta sempurna milik, cukup haul (setahun), cukup nisab (nilai 85g emas setahun). Zakat afdhal bayar dulu kepada ahli keluarga yang bukan ta...

La tahzan dan tawakkal

Imej
Siri bercakap dengan Allah subhanahu wa ta'ala. Master kata, Allah sentiasa berkomunikasi dengan kita. Sebab itu Allah bagi kita agama, supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya dan menjadikan agama itu sebagai panduan. Banyak cara Allah berkomunikasi dengan kita, cuma kita tidak sedar. Suara muadzin atau bilal melaungkan azan contohnya, adalah panggilan Allah untuk kita menghadap-Nya. Kuliah agama adalah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah subhanahu wa ta'ala. http://matematikacerdas.wordpress.com/2009/12/10/kumpulan-ceramah-dan-kultum/ Suara khatib berkhutbah, atau ustaz berceramah, adalah peringatan Allah kepada kita melalui hamba-hamba-Nya yang mewarisi tugas kenabian. Dan tentunya ayat-ayat Allah sendiri, yang disampaikan melalui Rasul-Nya, yang menjadi mukjizat dan terpelihara sehingga kiamat, ayat al-Quran adalah pembimbing paling baik dan terulung, dijelaskan lagi melalui hadith-hadith Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam. Malangny...

Ramadhan menolak fitnah ke atas Syaitan La'natullah

Imej
Benarkah Syaitan La'natullah dibelenggu pada bulan Ramadhan? "Kalau benar, mengapa masih ramai manusia mebuat kejahatan di muka bumi?" Tentu ramai di antara manusia yang pernah terfikir sedimikian. Tidak ketinggalan di kalangan beruang, Tedi pun pernah memikirkannya, dan Tedi pernah dengar banyak pendapat daripada kawan2 yang tension kerana manusia ni jahat sangat! Di antaranya: Syaitan la'natullah terlepas apabila manusia melakukan kejahatan. Manusia berbuat jahat kerana masih ada Syaitan la'natullah dalam diri manusia bernama Qarin. Manusia berbuat jahat kerana dorongan nafsu. Yang pertama dan kedua tu memang Tedi berfikir bertahun-tahun juga nak terima. Hasilnya Tedi tak berapa nak terima, tapi Tedi tak tolak. Apabila suatu masa nanti Tedi berjumpa hujah yang kuat, mungkin kedua-duanya boleh Tedi terima. Sekarang ni hujah kawan-kawan sahaja. Gambar dicuri daripada: " Sheikh Nuruddin Al Banjari dan PenCINTA ILMU dizalimi? " ...

Popular