Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Giant Bandar Baru Nilai

[t19d07] Aina Pandu Bas di AEON Mall Nilai

Imej
Sudah beberapa hari Aina ajak pergi ke taman, setiap hari ketika ke rumah pengasuh duk ajak pergi taman. Taman bagi Aina cukuplah jika ada tempat untuk kanak-kanak berusia dua tahun tu berlari-lari, dan jika ada gelongsor untuk dia panjat dan turun adalah lebih baik lagi. Hari hujan, maka untuk ke taman permainan kanak-kanak adalah mustahil, jadi taman yang sesuai untuk Aina adalah taman indoor  di mana jika di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini kami selalu tuju ke Giant Nilai.  Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai. # Teks: Delicacy Dining Car. # Sunday, 7 April 2019, 19:08 # VID_20190407_190750-ANIMATION # AEON Mall Nilai. No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tetapi petang tersebut kami ke AEON Mall Nilai sebab Mummy nak jemput gelang tangan yang ditempah di sana hujung minggu lalu di kedai emas Habib Jewels yang terletak di tingkat tanah AEON Mall. ...

T18D12 Bermula era Redmi Note 5A Prime

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa alihi wa sohbihi ajmaín Karangan ini adalah catatan aktiviti kami sekeluarga pada 12 April 2018. Bawa baby Aina ke Pusat Rawatan Harian dan Klinik Pakar HKL Hari ini aktiviti kami bermula dengan membawa si bayi, Nor Aina, ke Hospital Kuala Lumpur. Kali ini temujanji Aina adalah dengan klinik pakar neurosurgeri kalau tak silap. Tujuan pemeriksaan kali ini adalah memastikan retak pada kepala Aina takkan membawa kesan buruk kepadanya. Belakang kepala Aina retak setelah dia tercampak dalam sebuah kemalangan yang kami sekeluarga alami di Cyberjaya. Tedi belum berkesempatan merakam kisah kemalangan tersebut. Segala puji bagi Allah. Doktor yang memeriksa bayi Nor Áina memaklumkan bahawa dia tidak mengesan sebarang pembesaran pada keretakan pada kepala Aina. Doktor tunjukkan di bahagian mana yang retak pada kepala bayi Aina, dan kata selalunya ia dibiarkan pada bayi kerana ia boleh sembuh sendiri, tetapi boleh jadi juga keretakan i...

Harga Nescafé Classic di Malaysia

Imej
Lompat terus ke:  Coretan Tedi pasal Nescafé ,  Kedai jual Nescafe mahal ,  Sejarah Harga Nescafé Dibeli Master , dan Gambar-gambar yang berkenaan dengan harga Nescafe isian semula: . Coretan Tedi pasal Nescafé. Semua rakyat Malaysia mungkin tahu mengenai Nescafé, jenama kopi segera yang menjadi standard de facto di Malaysia. Ia dihidangkan dalam pelbagai rupa seperti Nescaffe O (tambah gula sahaja) panas atau sejuk, Nescafe Tarik (tambah susu dan dikacau serta ditarik), Nescafé Panas (tambah susu tanpa dikacau), dan juga Nescafé Ais. Nescafe Malaysia adalah produk kepada syarikat Nestle (Malaysia) Berhad yang sahamnya pada hari ini ditutup pada harga RM 146.00 seunit saham dengan keuntungan 52% pada tahun ini. Jika ada duit bolehlah beli saham mereka 1000 unit iaitu pada harga MYR 138,400.00. Saham Néstlé Malaysia adalah saham patuh syariah. Tedi tak tahulah apakah urusan Nestlé Products Sdn Bhd dalam Ne...

Popular