Tokki berpindah ke Felda Bukit Rokan Utara kali kedua | 20170121
Kisah Life Tokki Berpindah Tempat Kerja Ke Felda Bukit Rokan Utara Tokki diarahkan berpindah ke Felda Bukit Rokan Utara dan pemindahan barang-barang milik Tokki dipindahkan dari Felda Sungai Lui ke Felda Bukit Rokan Utara menggunakan lori trailer milik FGV . Sebelum zaman FGV , lori ini di bawah kendalian FELDA Angkut . Ini adalah kali kedua Tokki berkhidmat di Felda Bukit Rokan Utara , mungkin dipanggil semula atas permintaan rakan-rakan sejawat. Proses pemunggahan barang-barang dibantu oleh jiran-jiran lama dan baru, dan juga peneroka di Felda Bukit Rokan Utara . Barangan sedang dipunggah ke luar daripada sebuah lori treler FGV 18 tayar ketika Tokki berpindah tempat bertugas dari Felda Sungai Lui ke Felda Bukit Rokan Utara . Lori trailer ini sebenarnya adalah lori angkut kelapa sawit yang juga digunakan untuk membantu memindahkan barangan pegawai Felda semasa mereka bertukar tempat kerja. # Saturday, 21 January 2017, 12:18 # c # DSC_7068 # Sony D2533 # Felda B...