Racun Bisikanmu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sepatutnya Tedi terbitkan sesuatu yang baru ke dalam interpretZ ini namun malas pula nak menjadikan apa dalam fikiran sebagai tulisan. Maka Tedi pun pilihlah satu lagi karya Master bertajuk Racun Bisikanmu yang ditulis pada 16 Ogos 2005 (20050816) jam 19:15:21 untuk disalin ke sini. Sepatutnya copy paste sahaja tetapi ambil masa yang lama juga untuk terbitkan coretan ini. Racun Bisikanmu Bisikanmu adalah jelas racun buatku Waima waspada aku masih mengikuti Seringkali tertewas oleh pujuk rayumu Bukankah aku sepatutnya memandumu? Mengapa pula aku menjadi hambamu? Semua ini hanya menambah kehinaanku Kemuliaan manusia terletak pada indahnya akhlak Apabila kau menjadi raja hancurlah segala Tarafku lebih rendah daripada haiwan Benarlah yang dipesan oleh Nabi (S.A.W) Jangan biarkan nafsu menjadi raja Pernah aku berhati-hati Namun kau tidak pernah berhenti Bisikanm...