XPDC Lubuk Tedung
Ini kisah lama yang Tedi imbau kembali... Cerita tahun 2012 Tersebutlah sebuah kisah pada tahun dahulukala tahun 2012, syarikat Mommy menganjurkan aktivit jelajah hutan ke Lubuk Tedung. Aktiviti bermula sekitar jam 7 pagi, dan kami sampai ke Lubuk Tedung sekitar jam 11, setelah berjalan kaki meredah hutan. Dalam perjalanan itu terserempak pula dengan pakcik makcik askar yang mungkin berlatih dalam kawasan hutan itu. Kami sering potong memotong, almaklumlah... nak tunjukkan siapa lagi hebat, hehehe. Kawasan jeram yang kami serang merupakan kawasan landai dan airnya cetek. Mungkin ada kawasan lain yang lebih dalam yang kami tak jelajah. Di sini sebaik sahaja sampai, kami diarahkan memasak makanan mengikut kumpulan. Tedi tak masak sekali sebab Tedi makan ikan segar, nganga mulut dan ngap... nyam nyam... Pada jam 3 petang, di Lubuk Tedung, Tedi sibuk menganalisa populasi lintah di sana. Ternyata mereka adalah makhluk dominan dan manusia yang memasuki daerah mereka tentu...