Pak Anjang meninggal dunia, Kenduri di Menara TM, ambil kunci Desa Mentari
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Terima berita kematian Pak Anjang Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak Tinggi Singgah di Kampung Kenangan Puchong Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa Indah Menuju rumah arwah Pak Anjang Singgah di Kari Corner Bergerak ke Menara TM Singgah di Desa Mentari Singgah di D'Pulze Terima berita kematian Pak Anjang Kami menerima berita daripada Tok Mak pada sekitar jam 7 pagi, 7 Jan mengenai pemergian arwah Pak Anjang pada sekitar jam 5 ke 6 pagi. Master mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa kami akan mengikut Tok Mak dan Tok Ayah pulang ke Pulau Pinang atau tidak. Master agak keberatan kerana beberapa faktor: Jarak yang jauh ke Bukit Mertajam di Pulau Pinang mengurangkan kadar peratusan kami untuk sempat mengikuti jenazah. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah bukannya melawat jenazah kerana kita patut menziarahi manusia semasa mereka ...