Maksud Nama Muslim Izza untuk Anak Perempuan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida. Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut? Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek. Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti. Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni. Mummy Tak Ketemui Maksud Nama Izza Jadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza. Semasa Master memilih nama Izza n...