Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _filem_drama_

75 Tahun Kehidupan Superman

Imej
Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman. Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.     75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada tahun 1938 .  Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi ( Man of Steel ) itu telah melalui pelbagai kisah. Gelaran manusia besi diberi kerana Superman adalah seorang hero yang kebal di bumi. Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video. Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali. Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel , Zach Snyder , yang dibantu Bruce Timm , salah seorang pencipta " Superman: The Animated Series ". Video ini disertai alunan muzik latar bel...

Tak Sangka Pilot Cafe Wujud

Imej
Saja-saja je kami merayau ke Bandar Baru Nilai, terserempak pula dengan cafe unik ni. Pilot Cafe   Adakah kawan-kawan kenal kedai ni? Rasa macam familiar tak? Tedi tidaklah mengikuti perkembangan filem tanah air, tapi rasanya ini macam tajuk filem romantis lakonan Fahrin Ahmad dan Izara Aishah? Tak sangka pula dapat jumpa kafe ni di Bandar Baru Nilai ni. Tapi kafe ini tutup sahaja, mungkin ia hanya beroperasi pada malam hari. Tedi rasakan tema warnanya agak menarik, di samping corak minimalis yang digunapakai. Warnanya walaupun biru, tak nampak macam balai polis...   Filem bertajuk Pilot Cafe Filem “Pilot Cafe” adalah sebuah filem romantik Malaysia yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Neelofa , Izara Aishah , Eizlan Yusof dan Fahrin Ahmad . Filem ini diadaptasikan daripada novel “Pilot Cafe” hasil nukilan Ahadiat Akashah . Cerita ini mengisahkan tentang seorang juruterbang bernama Amer Reza (Fahrin Ahmad) yang kesepian kerana terken...

Akhirnya orang Amerika juga jadi hero!

Imej
"Akhirnya orang Amerika juga jadi hero!" Itulah ulasan pendek Master apabila habis tonton " The Last Samurai " di RTM 2 semalam. Mungkin kerana kecewa nilai sejarah dalam filem itu terlampau murah. Apa kisahnya dalam filem "The Last Samurai" lakonan Tom Cruise ini? Sila la baca sendiri di Wikipedia (En): The Last Samurai . Kapten Nagren berjuang bersama Katsumoto. Blogger Tua 307: The Last Samurai wallpaper Apa yang Master tau pasal Samurai terakhir di Jepun adalah: mereka tak terlibat dengan orang Amerika Syarikat. mereka hidup dengan aman di sebuah kampung terpencil dikelilingi sawah padi, di mana jalan masuk ke kampung itu amat terkawal. mereka tidak hanya bergantung kepada pedang dan panah. Mereka ada banyak teknologi lain seperti bom asap & bom tangan. mereka tidak berperang secara berdepan kerana bilangan mereka sedikit, sebaliknya mereka menggunakan kaedah gerila. mereka kalah akibat pengkhianatan orang dalam yang memberi kedud...

[t23g10] Menyampah dengan Tuan Anas Mikael 5 hari beraya

Imej
Hari ini tertonton salah satu episod Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya . Drama bersiri Tuan Anas Mikael ni bukanlah kegemaran Tedi, tapi makcik yang jadi mak kepada Cik Ayu Maisarah tu comel dan kelakar. Lagi-lagi kalau dia gaduh dengan anak gadis dia. Memang gembira je tengok perbalahan anak-beranak tu. Tapi untuk sekuel raya ni Tedi rasa menyampah, bukan sebab ceritanya tapi disebabkan barisan pelakon tambahan dalam drama ini. Bukan seorang, ada dua orang pula tu! Seorang pelakon tambahan wanita yang menamakan diri beliau Erra Fazira dan seorang lagi pelakon tambahan lelaki yang menamakan dirinya Hans Isaac . Erra Fazira tidak berapa Tedi gemari sebab mulut dia cabul semasa dia menjanda dulu, komen sesuka hati mentang-mentanglah dia diva. Hans Isaac pun sama juga mulut seperti tiada insurans, tapi Tedi tak berapa ingatlah pasal dia, not worth it , kata omputeh. Boleh dikatakan Tedi memang akan  banned rancangan TV seperti drama yang dibintangi artis-artis yang Tedi banned diseb...

[t13f16] Tedi sebak tonton Spider-Man 2.

Imej
Pelik tak kalau seekor beruang boleh sebak tonton cerita Spider-Man? movieguy247.com: Spider-Man 2 review. Sebagai seekor beruang yang ganas walaupun ramai kata Tedi cute , amat sukar untuk seekor Tedi berasa sebak, apatah lagi dengan hanya menonton filem! Lainlah macam Mommy yang boleh menangis disebabkan sebuah novel. Novel apa tajuknya, tiada la pula Tedi tau. Tedi rasa ini kali kedua Tedi tonton filem Spider-Man 2 ni & tak sangka Tedi masih sebak apabila menonton satu babak dalam filem ni. Bila difikirkan, babak ni nampak biasa-biasa sahaja. Ia bukanlah babak sedih. Malahan tatkala Tedi mencoret catatan ini, Tedi tiada ayat yang sesuai untuk menerangkan sebab-musabab babak itu berjaya membuat Tedi sebak. Babak apakah dalam filem Spider-Man 2 yang boleh sebabkan Tedi sebak? Babak Spider-Man disambut oleh orang ramai ketika dia dalam keadaan lemah & hampir jatuh daripada keretapi. ... Spider-Man berusaha keras hentikan keretapi sambil diperhatikan penum...

Anime: Prince of Tennis (Putera Tennis)

Imej
Tedi amat menyukai anime dari Jepun yang bertajuk Prince of Tennis (Putera Tennis) . Ia mengisahkan tentang pemain tennis muda Jepun terutamanya watak utama Echizen Ryoma dan sekolahnya Seigaku . Kalau nak tonton anime Prince of Tennis ni, Tedi pergi ke YouTube sahaja, tapi tidaklah Tedi tonton habis sekaligus. Ada masanya Tedi akan tinggalkan ia buat beberapa lama sebelum Tedi sambung tonton semula. Ini adalah catatan episod yang Tedi dah tonton. Ada episod yang menarik terutama bab pertandingan, tapi ada masanya juga muncul episod selingan yang agak membosankan. Disertakan link buat kesenangan Tedi untuk tonton semua episod lepas. Episod Tajuk Sinopsis URL di YouTube 141   Seigaku berpecah-belah sejak pemergian jurulatih mereka Tezuka kembali ke Jepun untuk menjadi jurulatih pengganti buat Seigaku, namun dicabar oleh beberapa pelatih untuk berlawan bagi membuktikan kredibilitinya sebagai seorang jurulatih di Kem Jemputan Remaja Nyanyian khas oleh Seigaku sem...

[T16C13] Asal perkataan bimbo dan maksud bimbo

Imej
Apakah itu Bimbo? Pada masa ini iklan drama " Aku bukan Bimbo " sering dimainkan di layar televisyen, dan Tedi serta Mommy sering terserempak dengan iklan tersebut. Kalau sekadar terserempak tidak mengapalah, tapi perkataan bimbo itu asyik ditanya apakah maksudnya oleh Mommy. Tedi jawab dengan jawapan klise, "Mommy Google-lah" , tapi seperti biasa Mommy malas nak Google, melainkan ia gossip artis. Baiklah... setelah sekian lama... pada pagi ini Tedi mencari apa makna bimbo itu. Rupanya ia adalah daripada Bahasa Inggeris slanga (rojak?) yang bermakna, "perempuan yang nampak menarik tapi otak kosong (a.k.a bodoh?)  - selalunya wanita muda yang menggunakan tarikan seks" . Bodoh mungkin tak berapa sesuai tapi kalau tak berilmu pengetahuan itu mungkin ya. Perkataan ini wujud seawal 1919 di Amerika Syarikat , tapi pada masa itu ditujukan kepada lelaki yang tidak cerdik atau yang jenis brutal membabi-buta . Almaklumlah pada zaman dulu mereka yang kuat...

T17K11 Tiada Pari-pari Jahat, yang jahat hanya kita

Imej
Wow!!! Sambil kelip-kelip mata sikit jangan nampak ada air mata... Hihihi.. Ini Kali kedua Tedi tonton filem Syurga Yang Tidak Dirindukan . Tedi tak pernah rasa filem ni adalah sebuah filem sedih. Gambar para pelakon wanita Syurga yang tidak dirindukan. Tapi tadi pada part si Nadia anak Patresya buat persembahan barulah Tedi perasan dalam persembahannya itu ada satu mesej yang sangat mendalam dan mengusik perasaan Tedi. Dia kata bahawa di dunia ini tiada pari-pari baik atau pari-pari jahat. Yang jahat adalah kita kerana kita asyik dalam kebahagiaan sehingga kita tak perasan penderitaan orang lain. Penderitaan mereka itu membuat mereka menjadi jahat. Jika kita saling membahagiakan nescaya tiada kejahatan di dunia ini. Pari-pari :  dewa atau roh perempuan yang elok rupanya.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) Ayatnya itu sungguh dongeng sebab tajuk persembahannya itu ialah Dongeng Madani . Tetapi ia ada kebenarannya. Tekanan hidup mungkin akan memaksa seseorang untuk mela...

Dia Semanis Honey episod finale

Imej
Tedi tak tengok sangat cerita Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana ni. Hari ni kebetulan sempat tonton pula drama bersiri ni. Memang Tedi agak terhibur dengan drama komedi ni. Tak pernah Tedi tonton drama ada babak Tok Kadi kena culik! Adoi pecah perut Tedi dibuatnya, tapi ini bermakna drama Dia Semanis Honey ni tidak klise... err... pada babak tu je la. Selain itu aksi Bella bunuh mak dia guna bantal pun agak kelakar. Inilah pertama kali Tedi tengok babak bunuh orang guna bantal di mana Tedi tengok si pembunuhnya sopan-santun. Sedutan dari drama bersiri Dia Semanis Honey episod ke-16 Rasanya kalau macam tu lah aksi si pembunuh tu memang kena tendang je dengan si mangsa. Tengok mangsa punya meronta-ronta tu pun lebih bertenaga daripada aura membunuh si pembunuh. Polis pula datang 3 orang saja, si penjenayah pun lebih ramai berbanding polis. Tapi itu bermakna Polis Di-Raja Malaysia adalah sangat hebat dan supercop . Mula-mula Polis macam nak serbu tapi kemudian dialog klise ...

Kenapa anak panah Legolas tidak pernah habis?

Imej
Tedi baru sahaja habis menonton filem  Lord of The Ring, The Two Towers di HyppTV tadi. Tedi bukanlah peminat filem Lord of The Ring ni, tapi ada satu watak yang agak menarik minat Tedi. Watak itu ialah seekor Elf yang bernama Legolas . Dalam filem tersebut dia adalah seekor Elf yang sangat cekap memanah. Dia memanah dengan laju sambil melakukan aksi akrobatik jika tidak gimnastik. Bekalan anak panahnya kelihatan tidak pernah kehabisan dan tak nampak pernah habis. Maka Tedi pun tertanya-tanya, Kenapa anak panah Legolas tidak pernah kehabisan? Perkara pertama yang bermain di minda Tedi ialah kaum Elf mempunyai keajaiban di mana tabung  anak panah mereka akan sentiasa berisi. Jika benar demikian kenapa bukan ada satu anak panah sahaja dalam tabung mereka? Ataupun anak panah itu wujud sendiri secara silap mata apabila mereka mahu memanah? Gambar Legolas dari francais filem Lord of The Ring Akhirnya setelah membuat beberapa kajian dan mendapatkan jawapan daripada pem...

Sempat layan DON 2 tadi, hahaha

Imej
Sempat Tedi layan DON 2 tadi, disebabkan tiadanya cerita menarik di TV. Bila musuh Don mahu mulakan langkah mereka, Don telah mulakan langkah seterusnya! Sungguh otai. DON 2 WALLPAPER HIGH QUALITY (1024X768) Mula2 nak tunggu " I am Number Four " di TV3, tapi lambat sangat start  disebabkan tayangan drama " Saya Isteri Dia "? (Tedi tak ingat tajuk dia, tapi lebih kurang macam tu la) Tambahan pula Master dah lama brainwash Tedi yang TV3 ni tonton iklan jer  lebih , ceritanya apa la sangat! Tedi agak bersetuju dengan pendapat itu. Kadang2 Tedi nak Malaysia tiru China yang tak benarkan iklan disiarkan ketika drama/filem sedang bermain . Ok la tu kan? Iklan di antara drama/filem jer  cukup la. Pastu Master terlekat sebentar dengan DON 2 ni sebab pada awal filem, lokasinya adalah di Kuala Lumpur, kononnya ibu pejabat Interpol terletak di Malaysia! Tedi gelak guling2, hahaha. Akhirnya kami sekeluarga layan DON 2 sampai habis. Tedi agak suka cerita ni, cuma ...

Erm... kelakar la juga...

Imej
Baru je habis nonton "Nama aku Beng" Syukur jika jadi hos AF 2013 Tedi tertarik untuk tonton teledrama ni sebab Zizan Razak berlakon. Mula-mula kelakar la juga, lepas tu Tedi naik atas untuk iron  baju sekejap. Pastu bila tengok balik, Tedi sangkakan dah beralih ke drama lain sebabnya jalan ceritanya mula ke arah romantik gitu tambah sedih-sedih sebab kematian kekasih hati. Tedi check la sinopsis, rupa-rupanya ceritanya pasal si Kamal (lakonan Zizan Razak) yang tertarik dengan jiran barunya, Lisa (lakonan Izara Aishah ). Dia meminta bantuan hantu bernama Beng yang menghuni rumah sewanya itu. Si Beng ni pula rupa-rupanya bekas kekasih Lisa yang mati sebab jatuh atas lif apabila dia menggunakan lif yang sedang diselenggara. Tedi tak layan cerita jiwang macam ni, tapi Tedi pujilah sebab peranan Kamal yang pada mulanya macam nakal-nakal rupanya adalah kawan lelaki yang jujur dan ikhlas. Cerita macam ni barulah ala-ala cerita Korea yang ada 2 hero, cu...

Sungguh efisyien!

Imej
Apakah itu efisyien? Perkataan ini dicedok daripada Bahasa Inggeris, " efficient " yang bermaksud cekap atau tersusun. Tapi Tedi bukanlah nak cerita mengenai perkataan ini. Kisahnya Tedi seperti biasa tertonton Cerekarama di TV3 (sebab Mommy tonton).   Cerita kali ni tajuknya "Yeop Kaya Ke". Ada satu babak di mana si Yeop ni diberi peluang oleh bakal bapa mertuanya untuk bermesyuarat dengan pelanggan syarikat mereka. Si Yeop ni pun pergilah. Kemudian dah habis meeting , si Yeop ni balik ke pejabat. Dalam perjalanan si Yeop berbual-bual dengan pemandu beliau. Sampai di pejabat si Yeop disambut dengan ucapan, "Tahniah, pelanggan kita tu dah ikat kontrak 5 tahun dengan kita." Sungguh cekap pelanggan mereka itu, Yeop baru sampai pejabat, mereka dah tandatangan kontrak! Inilah pengajaran yang kita jarang nampak dalam cerita-cerita Melayu. Semoga kita akan ambil iktibar dan menjadikan pelanggan Yeop itu sebagai sumber motivasi. Sekian. 20131207

Nampak pengaruh Naruto dalam Ejen Ali The Movie - Misi: Neo

Imej
Semalam Tedi sempat menonton filem Ejen Ali The Movie - Misi: Neo di TV3 sempena malam raya pertama. Sudah lama Tedi nantikan, tapi nak tonton di panggung wayang gambar (pawagam) memang susahlah. Tedi nantikan jika Unifi TV akan jual filem ni tapi hampa. Mungkin suatu masa nanti ia akan dijual di Unifi TV. Ada tempias Naruto? Tedi anggap filem ini memang bagus. Bukan sahaja dari segi aksi, malahan dari segi emosi. Sukar nak jumpa filem tempatan yang memberi kesan di hati. Selain itu Tedi nampak ada tempias Naruto dalam filem ini. Ada tempias atau tidak, ia masih filem yang diolah dengan baik. Naruto adalah satu anime dari Jepun yang penuh drama dan aksi. Jalan ceritanya agak sukar diduga. Seperti mana siri anime Dragon Ball yang menjadi panduan dan aspirasi kepada generasi mangaka, akhirnya Naruto pula menurut langkah Dragon Ball dan menjadi aspirasi kepada penerbit manga seterusnya. Naruto sebenarnya turut menerima inspirasi daripada Dragon Ball. Ejen Ali diinspirasikan daripad...

Natijah demam atau Love You Mr Arrogant?

Imej
Master terjaga daripada lena. Cerita di bawah ini mungkin ada kena-mengena dengan drama yang menjadi kegilaan anak saudara Mommy sehinggakan Master "tertonton" drama Melayu ni.   Master memandang ke sekitar. Kawasan rumah banglo yang luas itu membuatkan dia buntu seketika. Keadaannya agak mamai setelah entah berapa lama Master terlena di sofa empuk itu. Rumah siapakah ini? Akhirnya Master kembali sedar yang dia berada di rumah mertuanya, atau lebih tepat di rumah keluarga bini mudanya. Tipikal cerita Melayu, kahwin mesti dengan anak orang kaya. Barulah juga dia teringat yang dia tak pernah jenguk bini mudanya itu. Tak dilayan. Tak dipedulikan pun? Masanya dihabiskan bersama Mommy. Aneh sungguh, bukan selalu orang layan bini muda ke? Perasaan menyesal menyelubungi diri. Master menuju ke sebuah bilik, dia tahu di bilik itu selalu bini mudanya menumpang mandi. Master nak menjenguk bini mudanya itu, nak minta maaf. Entah kenapa di hatinya penuh sesal. Lagilah p...

Karate Kid Binge... klise...

Imej
Baru je habis tonton Karate Kid Binge. Nampaknya bukan cerita Melayu sahaja yang penuh klise, tetapi cerita omputeh  pun rupa-rupanya sama juga, terutama untuk siri Karate Kid ni. Ini adalah plot-plot yang Tedi rasakan sungguh klise dalam cerita mengenai karate ni sehinggakan Tedi boleh hafal. Watak utama adalah kanak-kanak atau remaja yang lemah. Cerita selalu bermula dengan pengenalan watak seorang kanak-kanak atau remaja yang lemah dan selalunya dibuli. Ironinya, pembulinya akan menjadi pesaingnya pada hujung cerita dalam mana-mana pertandingan karate yang ditandingi. Berjumpa guru karate tanpa sengaja. Kebanyakan cerita karate yang Tedi tonton akan disusuli dengan pengenalan bakal guru mereka yang ditemui secara tidak sengaja. Selalunya sang guru ditemui ketika hero melarikan diri daripada musuhnya, di mana sang guru akan membantu dan menunjukkan kehebatan karate. Hal ini akan mendorong si hero untuk belajar karate. Guru tidak mengajar terus. Selalunya si guru keber...

Kenapa Tony Stark mati dalam The Avengers : End Game?

Karangan ini bukan pasal plot dalam filem Avengers : Endgame tu kerana mereka yang menontonnya pasti tahu Tony Stark a.k.a Iron Man mati akibat kesan daripada Batu Infiniti selepas beliau memetik jari sehingga menyebabkan geng Thanos lenyap dari dunia. Cuma Tedi ingin tahu kenapa Tony Stark "dibunuh", bermakna selepas ini wataknya tiada lagi dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe. Kenapa watak yang popular ini dimatikan? Semua peminat yang mengikuti filem Avengers ni pasti sedih dan kehairanan kenapa harus Tony Stark a.k.a Iron Man mati dalam filem End Game? Mengikut penulis skrip: Tony Stark dipilih untuk mati dalam End Game untuk menunjukkan perubahannya daripada seorang yang sombong dan mementingkan diri kepada seorang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk orang lain. Penjelasan itu tampak agak menarik. Penulis skrip pastinya memerlukan adegan yang akan memberikan kesan kepada penonton, dan ternyata kematian Tony Stark a.k.a Iron Man itu memang menimbulkan per...

14 tahun tertonton Kabhi Kushi Kabhi Gham

Imej
Beberapa malam yang lalu (2 Mei 2014),Tedi tertonton Kabhi Kushi Kabhi Gham bersama Master. Sebenarnya Tedi tak tahu pun ejaan tajuk filem tu, mohon ampun jika silap ya. Ketika itu babaknya adalah ketika si Hitrik Roshan nak pergi ke London mencari abang beliau si Shah Rukh Khan . Tengok cerita tu macam dah lama sebab Shah Rukh Khan nampak muda. "Master dah lama ke tengok cerita ni?" "Erm, selalu tertengok pun babak mula-mula si Shah Rukh Khan terjun helikopter. Tu aje lah" Lain Tedi tanya, lain pula yang Master jawab. Tapi... wah, Master tonton babak awal sahaja tu? Memang tipikal Master. Sekarang ni Master baru tonton babak sedikit tengah pula. "Yang Master tonton tu dulu, bila?" "Adalah dalam 14 tahun yang lalu" 14 tahun? Baru dapat tengok babak sedikit tengah? Gamaknya kalau nak tengok babak penamat pula, kena tunggu lagi 14 tahun? Gamaknya Amitabh Bachan pun dah dimakan cacing dan si Shah Rukh Khan pula dah tak kacak.....

Leverage siri finale?

Imej
Semalam Tedi tonton Leverage siri finale di saluran 701. Sangat best  cerita tu. Leverage bermaksud kekuatan atau daya pengumpilan, penyungkitan. Dalam bidang kewangan pula  leverage bermaksud meminjam wang untuk tujuan pelaburan dengan harapan keuntungan diperolehi adalah melebihi kos pinjaman. Definisi Bahasa Inggeris untuk perkataan  leverage ialah menggunakan sesuatu sehingga ke tahap terbaik. Drama Leverage pula tertumpu kepada bagaimana sepasukan manusia dengan kemahiran masing-masing menjalankan muslihat untuk membalas sesuatu kerugian yang dialami oleh seseorang mangsa yang mengadu kepada mereka. Jadi bagi Tedi,  leverage di sini bermaksud untuk menemukan buku dengan ruas, si penipu akan ditipu, si pemangsa akan dijadikan mangsa. Tapi sedihnya Master kata itu episod akhir daripada siri terakhir. Tedi sangat-sangat berharap dakwaan Master itu adalah pembohongan semata-mata dan Tedi harap siri Leverage ni bakal disambung lagi. Tedi tahu Master pun ...

Layan muvi

Imej
Semalam Tedi layan Prince of Persia  (Putera Parsi) di TV3, tonton dengan Master.  Mommy dah lama lelap.  Best gak citer tu, aksi sama macam dalam computer game yang kawan Tedi main dulu. Hero citer Prince of Persia http://wallpaperdownloads84.blogspot.com/2010/04/sfondo-prince-of-persia-movie.html Baru je tadi Tedi layan citer Matrix tapi tak tau la episod mana.  Banyak cakap je filem tu. Tedi pun tak tahu apa yang mereka bualkan. Inilah kot muvi yang Tedi tonton tu? http://www.repugnant-conclusion.com/the-matrix.html Sekarang layan filem koboi lak. Fuiyo ada gatling guns .  Tapi peliknya orang yang tunggang kuda mati, kudanya baik-baik sahaja. Nampak gaya penunggang kuda tu kena terlebih dahulu menuntut ilmu perperangan daripada si kuda yang ditungganginya. Gatling Gun http://vpcblog.files.wordpress.com/2008/02/gatling_gun_1865.jpg Jika kawan-kawan tak tau apa itu gatling guns , ia lebih kurang macam machine gun , bo...

Popular