Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel politik

Bayi Mesir dinamakan 'Facebook'

Imej
Pemberian nama 'Facebook' bukan sekadar suka-suka Semua ibu bapa pasti mahukan anaknya menjadi orang yang berguna. Selalunya anak-anak akan diberi nama dengan gelaran yang baik-baik supaya menjadi doa kepadanya. Lebih-lebih lagi jika si ibu bapa merupakan orang Islam.   Itulah juga yang bermain di fikiran penjaga 'Facebook' apabila mereka menamakan bayi mereka sempena gergasi rangkaian sosial itu.   "Terima kasih Facebook" Hutang gambar:  Richard Engel Kisahnya   Rangkaian sosial seperti Facebook & Twitter memainkan peranan penting dalam kebangkitan rakyat Mesir menentang penindasan pemerintah. Medium ini digunakan untuk menganjurkan sebarang aktiviti/perhimpunan. Pada bulan Januari, kerajaan Hosni Mubarak cuba menyekat rangkaian sosial dan juga telefon bimbit untuk menghalang penganjuran aktiviti2 yang menentang kerajaan, menunjukkan betapa gerunnya mereka kepada perkhidmatan2 itu. Sebagai mengingati sumbangan itu seorang bayi Mesir dinamakan dengan nama...

[t13e05] Beza Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... master berbicara.

Tedi bagi laluan la untuk Master berceloteh pagi ni, sempena pilihanraya umum yang ke-13 pada tahun 2013. Master kata (tiru style Tun Dr. Mahathir) : Barisan Nasional adalah parti pelbagai kaum melalui gabungan parti2 berasaskan kaum masing2. Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan parti pelbagai ideologi di mana setiap parti komponen tidak berasaskan kaum tetapi berdiri atas ideologi masing2. Contohnya PAS di atas prinsip Islam, PKR mungkin atas prinsip sosial, manakala DAP mungkin atas dasar demokratik. Ironinya, Barisan Nasional sering mencanang Pakatan Rakyat mementingkan dasar perkauman. Bagi Master, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana setiap komponen Pakatan Rakyat boleh dianggotai mana2 kaum asalkan mereka patuh kepada ideologi parti tersebut. Mempunyai 1 parti yang dianggotai oleh banyak parti komponen yang berasaskan kaum mungkin multi-racial, namun tidak menjadikan Barisan Nasional lebih anti-perkauman berbanding Pakatan Rakyat. Ini cuma pendapat ilmiah. t...

Rakyat zalimi kerajaan Barisan Nasional

Imej
Rakyat Terengganu tidak perlu salahkan Kerajaan Negeri kerana rakyat Terengganu menzalimi kerajaan BN Hutang gambar:  @effahnadhirah "Rakyat Terengganu tidak perlu menyalahkan Kerajaan Negeri sekiranya masih bertegas untuk tidak mewujudkan Pegawai Pembangunan Parlimen dan Dun khususnya di kawasan BN kalah pada PRU13. Keputusan ini bukan kerajaan menzalimi rakyat tetapi rakyat menzalimi kerajaan BN" ~ Ketua UMNO Cawangan Dalam Dun Batu Buruk, Muhd Supian Muhamad.  Komen Tedi Akhirnya rakyat juga yang salah, bodoh, & zalim. Belum lagi keluar ayat rakyat (Melayu) manja perlukan tongkat, rakyat bersubsidi dan macam2 lagi. Sebelum pilihanraya Tedi baca ayat masing2 bukan main lembut lagi, tapi bila dah menang seolah-olah nak kata rakyat boleh jahanam. Mentaliti sebegini Tedi tak nampak ada nawaitu untuk membantu rakyat. Tedi menunggu di kalangan hulubalang UMNO siapa yang berani bangkit bersuara untuk rakyat? Cukupkah dengan Khairy Jamalluddin yang nampaknya da...

Hari ini kabinet baru... Tukar kabinet ka?

Imej
Master borak2 dengan jiran dia. Tedi duk sekali kat tepi sebab tunggu Master hantar Tedi pergi sekolah. "Hari ni kabinet baru.", jiran maklumkan Master. "Owh, kabinet dapur?", Master lak tanya sebab Tedi tau Master hairan kerana jirannya baru je pasang kabinet dapur awal tahun ni, takkan tukar lak? Rosak ke? Rajinnya jiran Master tukar kabinet dapur? http://www.oppein-malaysia.com/e-commerce/index.php/cPath/1   "Bukan... kabinet.", jiran Master jelaskan lagi. "Kabinet? Kabinet apa? TV?", Master makin keliru. Jirannya itu pun baru je pasang kabinet TV. Bukan kabinet dapur? Habis tu kabinet TV? Bukankah kabinet TV jiran Master tu baru lagi? http://www.wesonkitchen.com.my/promotion_tv.htm "Bukan, kabinet... Parlimen.", jelas jiran Master. "Owh, haha." Pastu Master minta izin untuk beredar sebab dah lambat hantar Tedi pergi sekolah. Tedi gelak sekor2. Tak tau la Mommy dengar tak, tengok Mommy tak gelak ...

Janji PM untuk rakyat Kelantan (untuk Tedi takde ker?)

Imej
Hari ini Master mengarut, entah apa yang dikarutkannya (karut, bukan carut), Tedi pun tak tau. Rupa-rupanya pasal 7 janji PM kepada rakyat Kelantan. Master dengki la tu sebab bila pilihanraya jer, rakyat Kelantan ditaburkan macam-macam, daripada mentol lampu motor percuma sehinggalah masjid terbesar. Jambatan yang belum siap tu takde lak kedengaran bila nak disiapkan sedangkan nyata terang-lagi-bersuluh itu projek Kerajaan Persekutuan. Tarikh siap pun dah berapa kali ubah, Tedi pun tak tau. Master pun satu la, memangla takde janji tapi diorang bagi jugak kan macam-macam? Apa? Takde? Yang nampak cuma jalan yang dibaiki lepas tu tak sampai sebulan dah jahanam? Silap master jugak sebab mintak jalan takde tol, cuba ada tol, mesti ok punya. Dah lah master, itu rezeki orang Kelantan. Orang negeri lain boleh pakat tengok je lah. Kalau nak macam rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Penang silalah undi parti pembangkang, melainkan kalau master duduk di Sabah dan Sarawak. 26 Januari 2...

Popular