Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202110

[t21j23] Berkelah di Pantai Seri Tujuh di Tumpat di Kelantan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Selamat Datang Pantai Sri Tujoh Pusat Rekreasi. Hargai keindahan tasik kita. Cintai Pantai Sri 7 kita. # Saturday, 23 October 2021, 15:36 # 20211023 # IMG20211023153659 # OPPO Reno2 # 16200 Tumpat, Kelantan # https://goo.gl/maps/EYst3h5cdGGcavz16  # Turut ada tasik di Pusat Rekreasi Pantai Sri Tujoh ini di mana menjadi tempat orang berniaga. Selalunya kami akan singgah di sini dulu beli apa yang patut untuk dijadikan bekalan semasa berkelah terutamanya aiskrim kelapa. Di kawasan ini turut terdapat hotel, medan makan, surau, tempat berniaga malahan muzium. Selain tasik terdapat juga kawasan kuala sungai di mana bot nelayan berlabuh. Arca Komp C 105 Tak tahulah arca apa ni tapi ada label Komp C 105 bermaksud ini mungkin dibina oleh pihak tentera bermaksud mungkin kawasan ini adalah di bawah jagaan mereka atau mungkin sahaja mereka menjalankan khidmat sosial. Tedi sangk...

[t21j26] Nyahpasang Perisian Remeh dalam Komputer Riba Hewlett-Packard HP ProBook 640 G5

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master mengadu komputer riba jenama Hewlett-Packard (HP) yang digunakannya perlahan walaupun spesifikasi perkakasannya tinggi. Jadi Tedi mencadangkan kepada beliau agar nyahpasang semua bloatware . Bloatware dikenali sebagai perisian remeh  dalam Bahasa Melayu adalah perisian yang telah dipasang oleh pengeluar komputer. Walaupun perisian ini mempunyai tujuannya sendiri tetapi mungkin ada di kalangan pengguna yang tidak memerlukannya dan menganggapnya sebagai punca komputer mereka menjadi perlahan, maka lebih baik dinyahpasang dan sumber komputer itu boleh digunakan oleh perisian lain pula. Bagi tujuan mencari perisian remeh yang tidak diperlukan, Tedi telah menggelitar alam maya menggunakan maklumat sistem komputer riba Master seperti berikut: Model komputer riba: HP ProBook 640 G5 Pengeluar komputer riba:  Hewlett-Packard (HP) Pemproses:  Intel(R) Core(TM)...

[t21i12] Makan angin di Giverny Park Sunsuria City di Sepang di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kami di sini. Buat pertama kali kami betul-betul singgah di taman rekreasi Giverny Park Sunsuria City. Sebelum ini hanya jenguk-jenguk sahaja. Umur Aina pada masa ini ialah 4 tahun 6 bulan 22 hari, manakala umur Aidan ialah 2 tahun 3 bulan 14 hari. Tujuan hadir ke Giverny Park Sunsuria City ni pada hari ini sekadar jalan-jalan makan angin buat menghilangkan bosan terperap di rumah. # Sunday, 12 September 2021, 17:05 # IMG_20210912_170502.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Apabila kami tiba di taman rekreasi tersebut kami melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti. Ada di antara mereka yang berkelah sambil makan-makan, ada yang berlari, berjalan, menunggang basikal, bersenam, bermain bola keranjang, duduk-duduk di bangku melihat pemandangan, manakala kanak-kanak pula ada yang bermain di taman permainan. Gambar seorang budak lelaki bernama Aidan sedang duduk atas bangku bert...

[t21j21] Ada Apa dengan Gula?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebelum ini Tedi pernah menaip pasal Nak kurus? Jauhi gula , jadi secara umumnya kita tahu kena kurangkan gula jika nak kuruskan badan. Taipan kali ini akan fokus lebih mendalam kepada beberapa persoalan yang bermain di minda mengenai paras gula dalam badan manusia, kerana jika tidak dikawal ia bukan sahaja mendatangkan kegemukan malah boleh mengakibatkan penyakit kencing manis atau dipanggil diabetes .   Kenapa paras gula meningkat selepas bersenam? Sebab pertama. Sekiranya jumlah insulin yang tidak mencukupi terdapat dalam darah yang membolehkan paras gula darah meningkat menjadi sekitar 250 hingga 300 mg/dl, maka senaman tidak menurunkan paras gula sebaliknya menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Insulin rendah ditambah dengan aktiviti fizikal merangsang rembesan beberapa hormon lain seperti epinefrin, norepinefrin, kortisol, glukagon, dan hormon pertumbuhan...

[t21j16] Aina ditahan wad di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, nyaris disahkan Covid-19

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini batuk Aina dan Aidan semakin teruk. Nafas Aina semakin kuat dan ada wheezing . Batuknya tak lepas dan beberapa kali dia nak muntah tetapi tidak muntah. Kami mengambil keputusan untuk bawa Aina dan Aidan ke klinik berhampiran Wakaf Bharu. Sebenarnya dari malam semalam kami nak bawa mereka berdua ke klinik tetapi hujan lebat.   Bawa Aina dan Aidan ke Klinik Primer Wakaf Bharu Kami memilih untuk bawa Aina dan Aidan ke Klinik Primer Wakaf Bharu. Kami pernah ke klinik ini ketika ia terletak di Bulatan Wakaf Bharu. Kali ini Klinik Primer Wakaf Bharu berpindah ke Pasir Pekan kerana lokasi lamanya telah diambil untuk pembinaan jejantas menyeberangi Bulatan Wakaf Bharu dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Pengkalan Kubor.   Aina disahkan positif Covid-19 Ketika Mummy mahu daftarkan Aina dan Aidan di kaunter pendaftaran Klinik Primer Wakaf Bharu...

[T21J10] Singgah Habib Jewels Ampang, Kenny Hills Bakers, Menara Kuala Lumpur

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar nombor giliran bernombor 111 semasa Mummy mahu ambil cincin yang ditempahnya di Habib Jewels HQ di Ampang sebelum ini. Ketika ini Aina, Aidan, dan Master sedang menunggu dalam kereta. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena Covid-19 ni memang susah nak bersesak-sesak dalam sesebuah premis, jadi pilihan paling selamat untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah jangan masuk ke dalam premis tersebut. # BIF HABIB SECURITY STICK DO NOT ACCE SEAL IS L..MAGEL 111 Selamat datang ke HABIB AMPANG.TERIMA KASIH Anda akan dilayan sebentar lagi. # Sunday, 10 October 2021, 15:20 # IMG_20211010_152057.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Selepas selesai urusan ambil cincin Mummy kami ke kedai makan Kenny Hills Bakers cawangan Ampang. Hajat nak makan di sana tidak kesampaian kerana ramai pelanggan. Jadi kami bungkus sahaja. Tiada makanan berat di sini cuma ada pencuci mulut sahaja. ...

[T21J10] Tiga calon pengurus baharu Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tiba-tiba sahaja media ambil peduli mengenai siapa pengurus Newcastle United. Sebelum ini ketika para penyokong Newcastle United meroyan menolak Steve Bruce, tiada siapa yang peduli. Namun setelah Newcastle United diambilalih oleh PIF dari Arab Saudi, ramai mula mengaitkan nama-nama jurulatih yang "bagus" untuk mengurus Newcastle. Layan sahajalah berita di bawah. LONDON – Pasukan terkaya Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United sudah mula me­rancang bagi merombak barisan kejurulatihan dengan mengambil keputusan untuk memecat pe­ngurus semasa, Steve Bruce dalam masa terdekat. Sebagai rekod, nasib pengendali berusia 60 tahun itu telah menjadi tanda tanya apabila Newcastle sah menjadi kelab terkaya dunia selepas diambil alih secara rasmi oleh konsortium yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.70 bilion). Difahamkan...

[T21J08] Newcastle United FC kini kelab bola sepak terkaya di dunia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Prakata Minggu ini macam mimpi apabila tiba-tiba sahaja Newcastle United FC telah diambil alih oleh Pak Arab dari negara Arab Saudi menjadikan kelab bola sepak England yang disokong Master itu menjadi salah sebuah kelab bola sepak terkaya di dunia. Master sebenarnya tidak menggemari pengambilalihan ini kerana PIF yang diketuai oleh Putera Arab Saudi itu tidak digemari Master kerana polisinya yang nampak macam tanda-tanda dunia nak kiamat. Tapi apa nak dikatakan, kita mesti teruskan hidup.   Newcastle kini kelab terkaya di dunia Steve Bruce merupakan ketua jurulatih Newcastle United yang tidak disukai ramai penyokong, mungkin kerana dibayangi Rafael Benitez yang digantikannya. Atau mungkin kerana pengurusannya yang entah apa-apa dan nampak lebih kepada boneka pihak pengurusan kelab. Steve Bruce dijangkakan akan dipecat oleh pihak pengurusan baru Newcastle United dengan pampasan...

[T21J11] Contoh Nama Kumpulan Perniagaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kali ini kawan-kawan sibuk dengan kerja kursus berkaitan perniagaan. Sebelum memulakan kerja kursus tersebut perkara paling sukar adalah untuk mencari nama kumpulan yang menarik untuk kerja kursus perniagaan. Mungkin ramai yang berfikir bahawa nama pasukan hanya sekadar nama tetapi pakar psikologi mengatakan nama kumpulan boleh memberikan kekuatan moral. Ini adalah kerana apabila ahli pasukan memahami maksud nama kumpulan, mereka akan bersatu di sebalik nama tersebut.   Ajaib Alfa Berbisa Cari Dinamik Dominasi Elit Generasi X Gergasi Kecil Gladiator Ikon Inovasi Juara Kami Pahlawan Kuasa Legenda Liar Monarki Ninja Jalanan Nyalarasa Ombak Pahlawan Jalanan Pasukan Impian Pemegang Saham Pengembara Peraturan Emas Projek Emas Revolusi Ribut Pasir Sempurna Sepantas Kilat Serigala Singa Skuad Berani Skuad Skuba Terbang Zon Merah ...

[T21J07] Mak Su Izati tandatangan S&P rumah Taman Langat Utama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami ke Setia Alam untuk ke pejabat pemaju kawasan perumahan sebuah rumah yang mahu dibeli oleh Mak Su Izati. Master dan Mummy ambil cuti separuh hari, manakala Aina dan Aidan tidak ke Taska hari ini.   Master dinasihatkan meninggalkan mesyuarat Master ada satu mesyuarat pada jam 12 tengah hari, tetapi nasib baik bos Master mengarahkan Master keluar dari mesyuarat untuk bersiap ke Setia Alam.   Terpaksa memintas Myvi Kami bergerak ke Setia Alam dalam jam 2 menyebabkan Master menggunakan mod pecutan semasa memandu kereta Subaru XV STI 2015 kerana perlu tiba di pejabat pemaju itu pada jam 3 petang. Sebuah Myvi merah nampaknya tidak berpuas hati kerana Master memintasnya sebelum memasuki lebuhraya. Myvi merah itu kemudian meninggalkan kami ketika di tol kerana dia menggunakan Smart Tag manakala kami hanya gunakan kad Touch 'n Go. Tetapi apabila di susur k...

Popular