Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Google

Google memetakan Kepulauan Galapagos

Imej
Pemetaan Kepulauan Galagos dijalankan oleh pendaki upahan Google yang menggunakan peralatan Google Street View Trekker. Kepulauan Galapagos : rumah kepada kura-kura terbesar di dunia. lokasi yang menjadi inspirasi kepada Teori Evolusi Darwin . Google sedang bekerja keras untuk memetakan setiap inci kepulauan itu sama ada di atas atau di bawah permukaan laut. Pemetaan ini dilakukan untuk membolehkan pengguna Google Street View melihat panorama di Kepulauan Galapagos. Google berkerjasama dengan Charles Darwin Foundation dan Galapagos National Parks Directorate . Para pendaki yang diupah Google membawa peralatan Street View Trekker seberat 42-pound yang disandang di belakang. Kamera yang sama tetapi dengan versi kalis air digunakan untuk merakam kepelbagaian hidupan laut di sekitar kepulauan itu sebagai sebahagian usaha Catlin Seaview Survey . Google Maps Galapagos Islands Above And Below The Water . .. memetakan wilayah NKRI .. peluang dan usaha serta rahsia ay...

[t13e18] Google Glass langgar privasi?

Rupa-rupanya bukan Tedi sahaja yang terfikir mengenai pencabulan kebebasan peribadi jika Google Glass dilancarkan. Betapa mudahnya nanti mengambil gambar dan merakam video menggunakan gajet cermin mata pintar Google Glass. Bukankah nanti akan ada manusia yang menyalahgunakannya? Video yang menceritakan kebimbangan ini telah diterbitkan dengan tajuk " Google Glass: do's and dont's " oleh Mashable . Tetapi biasalah kan kita takkan boleh mengekang teknologi. Semua peralatan akan ada baik buruknya mengikut siapa yang menggunakannya. Pisau mengupas buah boleh sahaja digunakan untuk menikam orang lain. 20130518

T16E05 Tukar duit guna Google

Imej
Master nak tempah jersi original Newcastle dari United Kingdom melalui 1 laman web. Harga dalam 11 pound sterling. Jadi kalau nak tahu nilainya dalam Ringgit Malaysia, sudah tentulah kita kena tukar matawang pound sterling itu kepada Ringgit Malaysia. Jadi Tedi sekadar Google " 18 GBP to MYR ", di mana GBP adalah Great Britain Pound dan MYR adalah Ringgit Malaysia. Tengok-tengok Google dah convert siap-siap, nilainya dalam 105.08 Ringgit Malaysia sahaja (sahajalah konon). Mahal juga tapi itu termasuk kos penghantaran 6 pound sterling , kalau ikut harga baju ialah dalam RM 70++, harga sama bagi jersi tiruan gred bagus yang dijual di Campbell. Nampaknya Google dah serap semua function penting dan tak lama lagi semua pertanyaan boleh terus dapat jawapan melalui Google tanpa perlu pergi ke laman web lain. *** 20160505

Bagaimana Google Map dapat maklumat trafik

Imej
Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map. Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation berbanding Waze. Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze. Setakat ini Tedi lebih banyak sampai ke salah tempat apabila menggunakan Google Map berbanding Waze, selain Google Map juga kurang tepat mengesan jalan yang kita lalui contohnya dia akan fikir kita duduk di jalan sebelah. Oleh itu apabila sesat, Tedi akan tutup Google Map dan gunakan Waze. Berbalik kepada persoalan bagaimanakah Google Map memperolehi data? Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama. 1. Google Location Service Apabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengin...

Amazon lancarkan perkhidmatan video atas talian, saingi YouTube

Imej
Amazon telah melancarkan perkhidmatan video atas talian yang dikenali sebagai Amazon Video Direct . Perkhidmatan video atas talian tersebut menyediakan perkhidmatan untuk para penggunanya memuat naik video dan kemudian memperolehi keuntungan melalui iklan, royalti dan sumber-sumber lain. Perkhidmatan video atas talian itu juga membenarkan kandungan yang dimuatnaik untuk disewakan, dimiliki, atau ditonton secara percuma beserta iklan. Langkah Amazon ini adalah satu persaingan kepada perkhidmatan video atas talian YouTube yang dimiliki Google . Nampaknya Amazon cuba mengejar YouTube sekaligus memperolehi pendapatan melalui trend terkini di mana pengguna menonton video on demand secara suapan langsung. Mungkin jika pada suatu masa nanti semakin banyak syarikat memperkenalkan perkhidmatan sebegini, monopoli ASTRO ke atas saluran TV berbayar di Malaysia akan pecah, dan mereka terpaksa menurunkan harga langganan perkhidmatan mereka. Video atas permintaan ( video on demand ) ten...

Tedi ingatkan gelas minum, rupa2nya spek mata?

Imej
Dah lama Tedi terdengar pasal Google Glass ni, tapi Tedi tak amik tahu la. Bukannya apa... itu bukan bidang Tedi. Cuma bila Master kata Facebook, Twitter & eBay nak sediakan apps untuk Google Glass, baru la Tedi terngaga. "Gelas apa ada apps, Master?" "Google Glass la." "Apa tu?" "Spek mata, Google buat." Keliru Tedi. Spek mata ada apps? Tapi bila Tedi tengok gambar ni, baru faham sikit. Sikit je la. Spek canggih oleh Google, boleh laksanakan macam2 seperti tangkap gambar, rakam video & Google Search gunakan mata & suara. doobybrain.com : Google Glass is real and coming to a store near you by the end of 2013 Nak tengok demo sila lawat  http://www.google.com/glass/start/ . 20130517 Amacam, canggih kan? Berita yang Master forward : Facebook, Twitter, eBay apps coming to Glass, Google’s Web-enabled eyewear

N untuk Nougat

Imej
Android N - versi seterusnya untuk sistem operasi Android yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Google pada musim panas nanti telah diberi nama: Android 7.0 Nougat. Sebelum ini Google memilih sendiri nama untuk Android OS, tetapi kali ini mereka serahkan kepada orang ramai untuk memilih nama yang sesuai, namun Google menyatakan mereka berhak untuk memutuskan nama yang sesuai. Nougat disebut nu:ga:. Orang Amerika menambah huruf 't' di belakang perkataan itu dan ia juga disebut n-u-gut. Mengikut kamus Oxford, nougat adalah manisan daripada gula atau madu, kacang-kacang dan putih telur. Ia dikatakan berasal dari Itali beberapa kurun yang lalu. Bar coklat Toblerone dari Swiss adalah sejenis nougat, jika kawan-kawan tak boleh bayangkan bagaiman rupa nougat. Tetapi nougat boleh ditemui dalam pelbagai rupa dan jenis. Sebenarnya ramai peminat Android lebih gemari nama Nutella, tetapi ia mungkin tidak dipilih oleh Google kerana nanti Google akan terpaksa membayar royalti kepada ...

Google Maps lebih bersih dan paparkan tempat-tempat menarik

Imej
Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps until menjadikannya lebih mesra pengguna dan lebih menarik secara visual. Dalam version terbaru ini Google telah membuang beberapa elements seperti garisan luar jalan untuk memberikan Google Maps rupa yang lebih bersih. Google mendakwa perubahan itu memudahkan pengguna melihat maklumat trafik. Satu lagi ciri terbaru adalah 'areas of interest' atau tempat tumpuan yang akan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang sedang mempunyai banyak aktiviti, serupa seperti ciri pemberitahuan maklumat kesesakan jalan. Kawasan yang banyak aktiviti akan diwarnakan Oren (jingga) manakala kawasan selebihnya akan diwarnakan dengan warna lain.  

Popular