Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Wolve

Benitez desak guna VAR

Imej
NEWCASTLE, England: Rafael Benitez meminta pengadil bantuan video (VAR) digunakan segera dalam Liga Perdana Inggeris selepas pasukannya Newcastle yang beraksi 10 pemain tewas 1-2 di laman sendiri kepada Wolves susulan gol kemenangan Matt Doherty pada masa kecederaan. Benitez yang berang menggesa penggunaan bantuan teknologi itu apabila DeAndre Yedlin dibuang padang kerana menjatuhkan Diogo Jota selepas 56 minit, yang menyaksikan Magpies tiga mata di atas zon penyingkiran. PEMAIN Newcastle, DeAndre Yedlin mengasak pemain Wolves, Diogo Jota pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James’ Park. - Foto Reuters Benitez turut percaya pertahanan Wolves, Willy Boly sepatutnya dilayangkan kad merah dan Newcastle meraih sepakan penalti selepas pemain Perancis itu menyiku Ayoze Perez. “Jelas sekali Willy menyiku di muka Ayoze, dia berdarah,” kata Benitez. “Tapi saya sudah menyaksikan ulang tayang. Anda boleh lihat ulang tayang dan lihat muka pemain apa yang berlaku selep...

Popular