[t16e26] Lee Chong Wei: Saya mampu terus jadi No. 1
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم PETALING JAYA 26 Mei - Datuk Lee Chong Wei percaya, dia mampu kekal sebagai pemain No. 1 negara dalam tempoh dua tahun lagi jika terus aktif di pentas antarabangsa. Malah, seandainya dia memilih untuk menyahut cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar membawa cabaran Malaysia dalam Piala Thomas 2018, peranan yang akan dimainkan pastinya perseorangan pertama dan bukan ketiga. Sejurus selepas Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark dalam separuh akhir di Kunshan, China, Jumaat lalu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan bahawa kejohanan tersebut adalah penampilan terakhirnya dalam Piala Thomas. Bagaimanapun, selepas mendengar pandangan Khairy, yang mahu Chong Wei terus membantu pasukan negara dalam Piala Thomas 2018, sekali pun sebagai perseorangan ketiga, pemilik dua pingat perak Sukan Olimpik itu menyatakan kesediaan untuk menyahut pelawaan tersebut. “Saya tidak fikir saya hanya akan bermain sebagai perseorangan ketiga (dalam ...