Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerja amal (charity work)

T13I19 Kembalikan $42000, dapat $89000 ... dan masih meningkat.

Imej
Ini bukan kisah dongengan sebaliknya sinetron asli kehidupan. Apa punya ayat Tedi guna tu? Hehehe. Kisahnya di Boston terdapat seorang lelaki gelandangan. Hidupnya sehelai sepinggang, tiada berumah. Pada suatu hari dalam minggu ini, tiba-tiba dia menemui satu beg galas yang mengandungi $42000 . Dollar tau, bukan Ringgit Malaysia. Jumlahnya mungkin mencecah MYR 132,832.56 mengikut kadar tukaran asing pada masa ini. Boleh semak di "Kadar tukaran asing US Dollar kepada Ringgit Malaysia" . Lelaki bernama Glen James itu secara naifnya berfikir, ini bukan miliknya. Dia segera memulangkan semua wang itu kepada pihak berkuasa! Apalah bodohnya pakcik tu? RM 132,826 tu! Bukannya sikit! Pakcik Glen James dipuji oleh pesuruhjaya Boston Police. (Kredit: Steven Senne/AP) Dia dipuji sebagai hero (mengalahkan Spiderman dan Iron Man) oleh pesuruhjaya Boston Police. Sekian, terima kasih. *** "Aik, itu aje ceritanya? Rugilah pakcik tu! Takkan tak dapat hadiah kot?"   Itulah hakikat k...

Keputusan bancian UNICEF berkenaan kepentingan kanak-kanak

Imej
Baru2 ni UNICEF minta pandangan Master berkenaan perkara2 yang perlu ditambahbaik untuk kanak2 di Malaysia. 14 Mei 2013, UNICEF hantar keputusannya: Keutamaan kepada orang ramai ialah melindungi kanak-kanak daripada penganiayaan ( abuse ), pengabaian ( neglect ) dan keganasan ( violence ). Mungkin itulah harapan rakyat Malaysia selama ini apatah lagi di Malaysia ni entah berapa banyak kes penganiayaan kanak-kanak dilaporkan. Keputusan mengikut ranking : 18.26% - Melindungi kanak2 daripada penganiayaan, pengabaian & keganasan . 14.11% - Memastikan semua kanak2 mendapat cukup makanan berzat . 12.03% - Pengimunan kanak2 untuk melindungi mereka daripada penyakit. 12.03% - Memastikan kanak2 mendapat air minuman bersih & selamat di samping kemudahan sanitasi . 10.79% - Memastikan kanak2 sekurang2nya tamat sekolah rendah . 10.37% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang hidup atau bekerja di jalanan (gelandangan). 8.30% - Jaga, sokong & lindungi kanak2 yang h...

Murid sekolah rendah bacakan buku untuk haiwan di pusat perlindungan.

Imej
Budak-budak sekolah zaman sekarang punyai banyak pilihan bagaimana menghabiskan masa lapang mereka. Semua pemelihara haiwan perlu menuruti jejak langkah mereka. Mana suatu hari nanti semua haiwan ni boleh masuk U. Ramai daripada mereka menghabiskan masa melayan gajet2 canggih mereka yang terkadang lebih canggih daripada gajet Tedi. Huh! Namun budak-budak sekolah di Hamilton mungkin boleh dijadikan contoh apabila meluangkan masa mereka untuk melawat haiwan-haiwan di pusat perlindungan. Bukan setakat melawat, malahan mereka turut membacakan buku untuk haiwan-haiwan tersebut. Khusyu' betul anjing ni dengar cerita. Mesti cerita Transformers ni... Budak-budak itu menyertai Keystone to Discovery Afterschool Program, di mana mereka meluangkan 1 hari dalam seminggu untuk membacakan buku kepada anjing dan kucing di Bitter Root Humane Association. "Kami mendapati suara mereka menenangkan anjing-anjing dan kucing-kucing itu," - Ria Overholt, pengarah Keystone...

Popular