Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maksud nama Islam

Maksud nama Nor Aina

Imej
Ramai pula yang bertanyakan maksud nama Nor Aina , jadi Tedi saja selit dalam karangan kali ini sekadar untuk celoteh kongsi pengetahuan am. Maksud perkataan Nor dan Aina: Nor atau Nur : Perkataan daripada Bahasa Arab yang bermaksud "cahaya". Aina : Jika disebut atau dieja menggunakan huruf alif, membawa maksud " mana ". Contohnya " min aina " bermaksud " dari mana ". Huruf ain dalam tulisan jawi atau arab. Gambar di atas adalah khat nasakh. 'Ain atau A'in : Sebutan menggunakan huruf 'ain membawa maksud " mata ". 'Aina atau A'ina : Sambungan " na " di belakang membawa maksud " kami ". Contohnya: " robbuna " bermaksud " Tuhan kami " dan " 'a...

Maksud Nama Muslim Izza untuk Anak Perempuan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida. Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut? Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek. Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti. Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni.   Mummy Tak Ketemui Maksud Nama Izza Jadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza. Semasa Master memilih nama Izza n...

[t17b18] Maksud Aisya Aisyah Aishah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas  lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh  kumpulan munsyid UNIC sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya ? Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?   Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud? Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud " hidup bahagia ". Aisyah artinya "hidup bahagia" Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah , tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot . Ish ish ish. Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia...

Aisya Humaira

Imej
Hari ni Tedi nak study nasyid Aisya Humairah dendangan kumpulan UNIC .    Sambil dengar lagu, sambil belajar sesuatu, itu pesan Master. Lirik "Aisya Humaira" dan ulasan Tedi: Wajah berseri pipi kemerahan Engkau digelar Aisya Humaira   Aisya binti Abu Bakar (radhiallahu anha) merupakan isteri Nabi Muhammad solallahu a'alaihi wassalam yang digelar Humaira kerana pipinya yang putih kemerahan.   Namun bukan ingin ku bicarakan Hingga dirimu jadi sanjungan Tetapi merahnya dalam perjuangan  Peniup semangat suami   Khabar al kisah ku titik bermula Telah mencalar kebahagiaan Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa Insan yang mulia atau sahaya   Hatta dirimu ummahatul mu'minin  Yang setanding al-mukatsirin   Seperti isteri2 Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang lain, Aisyah juga dipanggil " Ummahatul Mu'minin " yang bermaksud "ibu kepada orang2 beriman".   "Al-Mukatsirrin" adalah gelaran kepada kumpulan sahaba...

Popular