Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _tentera

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

[t13h13] INS Vikrant: Kapal pengangkut pesawat pertama buatan India diperkenalkan.

Imej
Kapal Pengangkut Pesawat (Aircraft Carrier) pertama dibina di Asia. Kapal Pengangkut Pesawat (KPP) adalah salah satu jentera penting tentera laut jika mahu berperang di lautan luas. KPP sinonim dengan Amerika Syarikat yang meletakkan tenteranya di merata tempat di dunia. KPP penting dalam membantu melindungi konvoi kapal perang kerana jet pejuang yang dibawanya boleh digunakan untuk melindungi konvoi daripada pesawat musuh. KPP pada zaman moden digunakan sebagai markas untuk menyerang musuh, sedangkan pada masa dahulu ia lebih efektif menenggelamkan kapal selam. Di Asia kita sedia maklum dengan kehadiran KPP dalam tentera Jepun dan China. Di Asia Tenggara pula, hanya Filipina memiliki KPP veteran yang diwarisi daripada Amerika Syarikat. Kini India setapak (atau mungkin beribu tapak) lebih maju apabila memperkenalkan KPP binaan mereka sendiri, INS Vikrant. INS Vikrant masih perlu menjalani banyak ujian sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India. Beliau dijangka akan meny...

USS Ronald Reagan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   USS Ronald Reagan (CVN-76) Class: Nimitz > Ronald Reagan     gambar kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan milik tentera laut Amerika Syarikat sedang belayar di lautan luas membiru USS Ronald Reagan adalah sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat yang dinamakan sempena nama bekas presiden negara barat itu. USS pula adalah singkatan kepada United States Ship atau Kapal Negeri-negeri Bersekutu atau dimaksudkan sebagai kapal tentera laut Amerika Syarikat. Ia dikategorikan dalam kelas Nimitz iaitu kelas kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear. Perkataan super  itu pula khusus untuk kapal pengangkut pesawat bersaiz besar.   ~20120613~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Kapal Selam USS Los Angeles (SSN 688)

Imej
Tedi memang suka melihat fakta kapal-kapal perang di seantero dunia ni. Tapi sampai sekarang masih belum mampu untuk menerbitkan sebarang karangan yang berkaitan dengan kapal perang. Master dulu selalu belikan majalah ketenteraan untuk Tedi, salah satunya Tempur, ketika beliau berulang-alik menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan sebaliknya. USS Los Angeles (SSN 688) merupakan sebuah kapal selam nuklear dengan 4 tiub torpedo sebagai senjata utamanya.  USS Los Angeles (SSN 668) Anjakan: 6927 tan ketika menyelam Panjang: 360 kaki Beam: 33 kaki Senjata Utama: 4 tiub torpedo Tahun Berkhidmat: 1976 - 2010 20120914

Pendekar PT-91M: Igauan kepada musuh negara

Imej
PEMBELIAN 48 buah kereta kebal utama (MBT) PT-91M berserta sembilan kenderaan sokongan lain dari Poland pada 2003 telah mengubah landskap pertahanan negara khususnya bagi tentera darat. Perolehan aset tersebut turut memberi penggandaan kuasa dan meningkatkan kuasa tembak yang belum pernah dirasai oleh Kor Armor Diraja sebelum ini. Kereta kebal itu seterusnya dinamakan Pendekar, sesuai dengan peranannya sebagai mata dan hujung tombak ketumbukan tentera darat sama ada ketika melakukan operasi ofensif mahu pun semasa bertahan. Penggandaan kuasa itu lahir kerana Pendekar mempunyai kemampuan mobiliti, kuasa tembak dan perlindungan armor yang sesuai dengan persekitaran muka bumi negara. Paling menggerunkan, kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer. Kemam...

Popular