Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sambutan

75 Tahun Kehidupan Superman

Imej
Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman. Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.     75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada tahun 1938 .  Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi ( Man of Steel ) itu telah melalui pelbagai kisah. Gelaran manusia besi diberi kerana Superman adalah seorang hero yang kebal di bumi. Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video. Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali. Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel , Zach Snyder , yang dibantu Bruce Timm , salah seorang pencipta " Superman: The Animated Series ". Video ini disertai alunan muzik latar bel...

T13H15 Selamat Hari Kidal Sedunia

Imej
Sempena 13 Ogos yang baru berlalu, Tedi mengucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada semua kawan-kawan Tedi. Bilakah Hari Kidal Sedunia? Hari Tangan Kiri Antarabangsa adalah hari pada tarikh  13 Ogos setiap tahun  untuk meraikan keunikan dan perbezaan individu kidal. Sambutan pertama Hari Kidal Sedunia ialah pada tahun 1976 oleh Dean R. Campbell , pengasas Lefthanders International, Inc . Celebrate the Lefties in your life. Si  Kidal adalah mereka yang banyak menggunakan tangan kiri dan dipanggil left-hander dalam versi Bahasa Inggeris. Manakala kidal dalam Bahasa Inggris pula disebut " lefthanded " Seperti makhluk Allah subhanahu wa ta'ala yang lain, si kidal juga memiliki keunikan dan masalah tersendiri. Hanya 10% si Kidal di dunia ini dan tentunya peralatan manusia Kidal didominasi oleh si Kanan. Alhamdulillah ada juga manusia yang sudi mencipta barangan untuk kumpulan minoriti seperti si Kidal. Papan kekunci komputer untuk Si Kidal keluaran M...

T13B24 Memanaskan Rumah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tadi semasa kemas komputer Tedi ni, terjumpa pula satu foto yang sungguh nostalgia. Gambar Kad Jemputan ke Majlis Housewarming Ini adalah gambar kad jemputan yang Tedi sunting sendiri mungkin menggunakan aplikasi Paint.Net untuk diberikan kepada kawan-kawan Mummy yang dijemput menghadiri satu majlis memperkenalkan rumah baru kami. Majlis ini orang putih panggil  housewarming . Jika diterjemah secara terus berbunyi "memanaskan rumah". HOUSEWARMING. 24 Feb 2013, 1.30 petang. Tedi ingin menjemput pakcik dan makcik ke teratak Tedi di alamat ..... Datang, jangan tak datang tau. Tak sangka dah dekat 2 tahun berpindah ke kawasan baru ni. Semasa mula-mula anjurkan majlis housewarming  ni, pakcik makcik semua duduk atas lantai je sebab yang ada cumalah meja makan, tiada perabot. Pada masa itu ramai yang sesat kerana jalan rumah kami masih tiada dalam pe...

Bukan hari ni cuti ka?

Imej
Mommy: "Tedi, bangun!" Tedi: "Alah Mommy ni, nape nak kena bangun?" Mommy: "Bangun, pegi sekolah!" Tedi: "Sekolah cuti la Mommy!" Marah la Tedi, sekolah cuti pun Mommy kejut pegi sekolah. Mommy: "Aik, cuti apa pulak?" Mommy ni, nak kena dengan Tedi ni. Tu la, perkembangan negara tak nak amik tahu. Tedi: "Hari Guru la Mommy. Cikgu2 semua cuti sebab Hari Guru, sekolah mesti la cuti!" Mommy: "Banyak cekadak kau, bangun cepat! Bila masanya Hari Guru cuti sekolah?" Garangnya Mommy, Tedi cepat2 bangun. Hari Buruh, orang kerja semua cuti. Hari Guru, cikgu tak cuti ka? Pelik la manusia ni. zairul.com: SELAMAT HARI GURU – 16 MEI 20130516

Selamat Hari Guru... cikgu Pogy!

Imej
Tedi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat guru Tedi iaitu Cikgu Pogy . Tiada hadiah boleh Tedi berikan sebab takut dituduh cuba menyemai bibit-bibit rasuah. Semoga Cikgu Pogy tak marah-marah Tedi lagi walaupun Tedi tak buat kerja rumah selepas ini. Juga buat kaum manusia di Malaysia. " Selamat Hari Guru! " Ini bukan Tedi yang sebenar, sebab tu tak comel, kan? Nak beli? sila ke  http://www.justpaperroses.com/Teachers-Day-Teddy-Bear Apa? Kawan-kawan tak tahu apa itu sambutan Hari Guru?  Sila baca di sini: Wikipedia: Hari Guru di Malaysia. Tak tahu apa itu "guru"? Sila baca: Wikipedia: Guru (Bahasa Inggeris) Wikipedia: Guru (Bahasa Malaysia) 20130516

Pesta Durian @ Muzium Telekom

Imej
Pagi ini Tedi bangun dengan kepala pusing. Mungkin ini natijah Tedi makan durian banyak-banyak semalam. Durian yang Tedi makan itu adalah di sebuah event  yang dianjurkan Muzium Telekom bertajuk Durian Party 2013 . Dengan bayaran RM 15 (lima belas ringgit sahaja), kami makan macam-macam durian. Jenisnya adalah durian kampung. 3 biji durian pertama yang kami ambil, cuma 1 yang rasanya sangat lazat. Kemudian kami ambil sebiji lagi, tawar. Seterusnya Master  gi tanya mana durian kampung yang sedap? "Maaflah bang, saya pun tak tahu nak cakap sebab ni durian kampung." Tapi pakcik tu kemudiannya pilih sebiji selepas tengok isi dan bagi ke Master. Memang sedap. Selepas tu Master pilih durian yang serupa macam tu dengan saiz sederhana atau kecil, dan tengok isi dia kekuningan. Alhamdulillah, 2 biji yang Master pilih tu sedap. Kami sampai sana jam 7.30 malam dan habis makan jam 8.00 malam. Ada surau disediakan walaupun kecil. Hari ini last  jadi sesia...

Popular