Jangan Harap Kerajaan Hapuskan Tol
Beberapa bulan lepas Tedi sempat berbual dengan seorang pakcik. Pakcik ni adalah seorang berjawatan pengurus di sebuah syarikat yang berkaitan dengan tol di Malaysia ni. Perbualan kami sudah tentu berkaitan dengan tol di Malaysia ni, di mana rakyat masih menantikan kerajaan Malaysia menunaikan janji menghapuskan tol setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan Malaysia "baru". Pakcik itu dengan yakin dan lantang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui Pakatan Harapan (PH) takkan dapat hapuskan tol. Tak Mungkin Hapuskan Tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fakta pertama yang dikongsi oleh pakcik itu ialah mengenai tol PLUS. Kerajaan baru sahaja memperbaharui perjanjian konsesi dengan PLUS, jadi adalah amat mustahil untuk kerajaan menamatkan konsesi tersebut kerana akan terpaksa membayar ganti rugi dalam jumlah yang besar. PLUS adalah pemegang konsesi untuk Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 ...