Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bandar Baru Salak Tinggi

Kereta mati 6 kali dalam perjalanan!

Imej
Isi Kandungan: 1. Kronologi Masalah Kereta 2. Punca Enjin Mati Tiba-tiba 3. Throttle Body & Penyelenggaraan Dugaan Perjalanan 100 Kilometer Hari ini sepatutnya Tedi bersekolah petang, dan pada waktu paginya Tedi temani Master ambil kereta di bengkel. Kereta yang mana? Proton SAGA BLM 1.3 MT tu lah. Master hantar kereta tu pada Sabtu lalu kerana nak tukar cakera klac (clutch plate) . Setelah ambil kereta pada jam 11 pagi, kami bergegas ke Bandaraya Kuala Lumpur . Tapi kami mula mengalami masalah setelah tiba di bandar tersebut apabila kereta kami tiba-tiba mati. Matinya tiadalah tersengguk-sengguk, tapi apabila perlahan di satu-satu tempat, tiba-tiba sahaja ia senyap, rupa-rupanya enjin mati. Nasib baik ia tidak berlaku semasa dipandu laju. Oleh sebab itu, Master mengambil keputusan untuk berpatah balik sejauh 50 kilometer dari Bangsar semata-mata untuk menghantar kereta itu ke bengkel ke...

Kedai Makan Nasi Kerabu Aini di Taman Seroja di BBST di Sepang di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم [Kandungan] Harga Makanan 2023 Nasi Kerabu Aini berpindah ke Jalan Seroja 5 Colek di bulan Ramadhan Pulut Pagi di Nasi Kerabu Aini Bagaimana tahu kedai makan Nasi Kerabu Aini? Waktu perniagaan kedai makan Nasi Kerabu Aini Laksam diimport dari Kelantan Kedai makan Nasi Kerabu Aini bercuti panjang Kedai makan Nasi Kerabu Aini adalah salah sebuah kedai makan yang menjadi pilihan kami jika ingin bersarapan. Melalui namanya mungkin kawan-kawan sudah tahu bahawa ia menjual makanan negeri Kelantan. Oleh kerana kami selalu berkunjung ke sana tidak sedikit gambar yang kami ambil bermula dari awal kami mengenali kedai makan ini sehingga kini. Artikel ini berkongsi sedikit sebanyak mengenai kedai makan Nasi Kerabu Aini ini. Harga Makanan 2023 Ini adalah harga makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini yang sempat dirakam pada pagi tadi.   Nasi Kerabu Aini berpindah ke Jalan Seroja 5 Beberapa kali Tedi berulang alik ke Jalan Seroja 6 di mana kedai makan Nas...

[T17J09] Nor Aina dan Irsyad

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mohd Irsyad singgah tumpang tidur di rumah kami kerana dia akan berlepas pulang ke Kota Bharu esok pagi menaiki kapal terbang melalui penerbangan AirAsia, setelah hadir ke Shah Alam untuk meraikan majlis pertunangan sepupu perempuannya. Ini adalah gambar bayi Nor Aina sedang duduk di pangkuan abang Irsyad, tampak janggal Irsyad kerana dia bukanlah berani dan nak sangat main dengan bayi. Semasa ini Nor Aina berusia bulan dan foto ini ditangkap sebelum kami keluar mencari Nasi Arab di Bandar Baru Nilai. Kedua-dua mereka sedang duduk di atas bean bag hitam dan tidak tahulah apa yang Aina sedang buat, mungkin sedang menonton BoboiBoy Galaxy gamaknya. ~20171007~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16f25] Kenapalah Pejabat POS Salak Tinggi tak dibuka pada hari minggu?

Imej
Seperti yang pernah Tedi coretkan pada 12-April-2016 yang lalu kami kelewatan dan mengambil keputusan untuk bercuti separuh hari . Cuti separuh hari itu kami gunakan untuk ke Pejabat POS Salak Tinggi di Kosmopleks bagi mengambil satu bungkusan dokumen yang dihantar melalui POS Laju. Bungkusan POS Laju itu kebetulan pula tidak dapat dihantar pada hari sebelumnya. Mungkin itu takdir bagi kami. Cuma apa yang bermain di fikiran Tedi ialah tentang waktu dan hari operasi Pejabat POS Bandar Baru Salak Tinggi ini iaitu hanya pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 pagi . Pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, mereka tidak beroperasi. Kenapa mereka tidak beroperasi pada hari minggu? Bukankah ia memudahkan para pelanggan seperti kami? takkanlah kami harus ambil cuti setiap kali kami nak mengambil bungkusan di Pejabat POS Salak Tinggi? Tentulah ia akan menyukarkan orang ramai terutamanya yang amat bergantung kepada penghantaran barang melalui kiriman pos seperti ...

Kadar Teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315. Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam. Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah. Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2? Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2 Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB Kenapa takut naik teksi bermeter...

[t17b26] HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Imej
Pada 26 Feb yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

[t18l17] Mama Dobi di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli wassalamu ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajama'in. Assalamu'alaikum, karangan mengenai catatan harian Tedi ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian:  Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing ,  Kedai Dobi bukan layan diri, Mama Dobi , dan  Jom naik atas, takut . 17 Disember 2018, 20:51, Isnin Mama Dobi - Wash and Dry Specialist Nombor telefon: Manja 017-3386723, Shawal 014-3995598 Cucian biasa RM 2.50 per kg, cucian karpet RM 1 per kaki, comforter atau toto RM 15 sehelai. chemical, plastik dijual di sini penghantaran dan pengambilan disediakan Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing Tedi baru sahaja selesai sidai baju di ampaian dan buang sampah sedikit. Gamaknya jiran sebelah pun cuak semacam je apabila dengar bunyi bising di tong sampah. Badan tak berapa sihat, macam nak selsema tapi tak jadi, adalah sedikit  running nose kata orang putih, kalau kata orang Melayu hingus meleleh, mungkin panas dalam ...

Mesin Basuh Toto Berapa Kilogram?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Sekarang Tedi sedang menunggu basuhan toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Basuh toto guna mesin basuh 15 kg Basuh Toto Mesin Basuh 10 KG di De'Salju Laundry Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Tajuk karangan ni sebenarnya sudah wujud sejak 12 Oktober 2018 lagi, ketika itu Tedi dan Master bertelagah nak guna mesin basuh berat berapa kilogram untuk basuh toto? Hari ini masalah itu kembali menghantui kami dan kerana itulah Tedi teringat tentang tajuk karangan ini sekaligus berazam untuk menyudahkannya walaupun hanya dengan menaip di telefon pintar. Bila lagi nak dapat masa untuk mengarang ya tak? Di kedai dobi layan diri 24 jam Laundrybar ini ada 3 mesin basuh dengan berat berbeza iaitu 10 kg, 15 kg, dan 28 kg. Kami nak basuh toto seh...

[t19e17] Nak balik Kelantan dah

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Assolatuwassalamu ala Rasulullah saiyidina Muhammad sollallahu alaihi wassalam wa ala alihi wa sohbihi ajama'in. Singgah Cleanpro Express dahulu ... Sekarang Tedi sedang menemani Master mengeringkan baju yang baru dibasuh Mummy tadi. Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 2:19 pagi hari Khamis malam Jumaat. Tugasan mengeringkan baju kali ini kami laksanakan di Cleanpro Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Pemilihan Cleanpro sebagai pusat operasi pengeringan baju pada kali ini adalah sangat mudah! Kerana hanya Cleanpro sahaja (dalam pengetahuan Tedi) yang menggunakan duit syiling 50 sen, pusat dobi layan diri yang lain di sekitar kawasan perumahan kami menggunakan token. Penggunaan token ini agak membebankan kerana ada beberapa keping token lebih dalam simpanan kami yang sekarang kami tak tahu nak buat apa. Lebih baik kami gunakan sahaja duit syiling 50 sen yang melambak dalam simpanan kami daripada kami tukarkan du...

[t17i30] Periksa klac Proton SAGA BLM

Imej
Master membawa Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM ke bengkel kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk diperiksa. Ini adalah kerana komen Tok Abah yang menyatakan clutch kereta itu nak habis kerana kereta Proton SAGA BLM manual transmission tu dikatakan asyik melompat ketika masuk gear. Master rasa okay aja klac kereta manual tu cuma kadangkala melompat jugalah semasa dalam kesesakan lalu lintas. Oleh kerana 5 Oktober nanti kereta SAGA BLM tu akan dipinjamkan kepada Pak Long yang ada urusan di Kuala Lumpur selama seminggu, Master mengambil inisiatif untuk memeriksa keadaan klac kereta tersebut. Mekanik kata kena tukar klac tapi entah kenapa Master macam tak yakin dengan jawapannya sebab yang memeriksa kereta Master tu macam tak yakin. Ketuanya pula hanya dengar ulasan mekanik tu tanpa memandu uji kereta Proton SAGA BLM kami itu. Sumber:  Kereta Proton mengaum RM 400 terbang   Kos untuk tukar klac kereta Proton SAGA BLM manual adalah RM 800 lebih kata tuan bengkel tersebut. ...

Klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Klinik Nur Qaseh adalah salah sebuah klinik yang pernah kami kunjungi di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi untuk dapatkan rawatan buat Aina. QK27 Gambar sofa di ruang menuggu di Klinik Nur Qaseh Salak Tinggi. # Monday, 27 November 2017, 21:11 # 20171127 # DSC_9252.JPG # 1-43, Jalan Bunga Raya 2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # https://goo.gl/maps/9QFnpSMeVQDrsho99  # Gambar kaunter bayaran dan kaunter ubat di Klinik Nur Qaseh. # Monday, 27 November 2017, 21:12 # 20171127 # DSC_9254.JPG # Sony D2533 #   CLINIC NUR QASEH OPERATION HOUR: MONDAY-FRIDAY 9:00AM - 11:00PM DOCTOR AVAILABE: 10:30AM-6:00PM (MORNING SECTION) 6:30PM-11:00PM (NIGHT SECTION) SATURDAY-SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY 10:00AM - 11:00PM DOCTOR AVAILABE: 11:00AM-6:00PM (MORNING SECTION) 6:30PM-11:00PM (NIGHT SECTION) # Saturday, 2 December 2017, 11:49 # DSC_9298.JPG # Sony D2...

Kedai Baiki Basikal di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
 Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tayar Basikal Gilank Meletup Maka hendak dijadikan cerita pada petang Jumaat tayar basikal Gilank yang baru dibeli di kedai superviral tu telah meletup tayar belakang semasa Master membawa Aina ronda-ronda di sekitar taman perumahan kami. Usia basikal ini semasa tayarnya meletup baru lebih kurang 19 hari. Mungkin Master dan Aina berat sangat. Pada hari Sabtu, Master membawa basikal itu kembali ke kedai superviral manalah tahu pemborong dan penjual basikal itu ada sediakan perkhidmatan membaiki basikal, ternyata tekaan Master sebelum itu tepat, kedai tu hanya tahu jual basikal dan alat ganti basikal sahaja, mereka tidak sediakan perkhidmatan membaiki basikal. Maksudnya kedai superviral itu bukanlah kedai basikal sejati yang cintanya kepada basikal. Maka bermulalah episod kami mencari kedai repair basikal di sekitar BBST ni. Jika dicari menggunakan enjin carian Google mak...

Merayau di Pasar Malam Taman Seroja

Imej
Harga buah naga di Pasar Malam Taman Seroja pada 20210111 ialah MYR 12 (dua belas Ringgit Malaysia) per kilogram. # Monday, 11 January 2021, 20:44 # 20210111 # IMG_20210111_204420_HHT # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # 39-17, Jalan Seroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # RPHH+2V Sepang, Selangor # 20170109: Mencari Buah di Taman Seroja Malam ini Mommy ajak singgah ke Pasar Malam Taman Seroja. Ini adalah malam pertama kami singgah ke pasar malam tersebut pada tahun 2017 ini. Pada mulanya Master macam tak percaya Mommy ajak ke pasar malam yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi tu kerana Mommy kata dia nak diet dan masak makanan sendiri tanpa gula dan garam. Tapi apabila Mommy kata dia nak beli buah-buahan, Master terus membawa kami ke sana. Kali ini kami singgah ke gerai buah-buahan, gerai ikan dan makanan laut, gerai sayur, dan juga gerai makanan. Master beli laksa sebagai santapan pada malam ini. Mommy pula makan roti sahaja. Berikut adala...

Warung Che Lan, Taman Seroja, Sepang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Warung Che Lan adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia. Master pada awalnya hanya minum sahaja di ketika mendobi di Laundrybar Taman Seroja . Master mula makan atau membeli makanan di Warung Che Lan ni pada hari raya Aidil Fitri 2019 apabila kebanyakan kedai makan lain di Bandar Baru Salak Tinggi ni masih tutup bercuti. Ketika itu Mummy sedang berpantang di Kelantan setelah selamat melahirkan Aidan . Rezeki mereka, sejak itu kami mula membeli makanan di sini melalui panggilan telefon. Mereka tidak menghantar makanan, tetapi boleh tempah melalui panggilan telefon untuk jimatkan masa. Sampai sahaja di sana terus ambil makanan dan balik. Nombor telefon Warung Che Lan terbaru: 011-3703 7951 Nombor telefon pada menu makanan terbaru kedai makan Warung Che Lan Tom Yam Kelapa. Kamarul : 018-3731016, Lan: 018-3945433. # Thursday, 9 July 2020, 21:48 # IMG_20200709_214847.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # http...

Sekitar Empress Hotel Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Empress Hotel adalah salah satu mercu tanda di Bandar Baru Salak Tinggi. Zon komersial yang menempatkan Empress Hotel ni tiada bernama, maka Empress Hotel menjadi mercu tandanya. Tedi takkan berkongsi pasal Empress Hotel ni sebab Tedi tidak pernah singgah ke sana, tapi Tedi akan kongsikan suasana di sekitarnya, setakat apa yang ada dalam arkib gambar Tedi. Kedai Gunting Rambut Arif. Haircut since 2005. Kedai Gunting Rambut Arif telah membuka cawangan "Arif Barbershop" di belakang Empress Hotel, di depan dobi baru! Arif kerusi nombor 1 telah pindah ke Arif Barbershop. Nombor handphone 017-3204640. # Saturday, 9 November 2019, 11:13 # 20191109 # IMG_20191109_111307.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # 16, Jln St 1c/7, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # https://goo.gl/maps/27aEWWtwZBC5eDNT6  #  

Pembinaan Table Top Bermula

Imej
Hari ini bermula pembinaan  table top berasaskan konkrit di kediaman baru kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Table top konkrit dipilih kerana ia lebih tahan dan murah, semoga ia tahan menerima hentakan lesung batu semasa penyediaan sambal belacan... Table top adalah bahagian atas meja untuk kegunaan seharian suri rumahtangga di dapur. Hari ini juga Master pergi beli rel langsir atau landasan langsir di kedai perkakasan di Taman Seroja. Jenuh jugalah nak sumbat rel langsir yang panjang tu ke dalam kereta Proton SAGA BLM, terjulur keluar dari tempat duduk penumpang depan ke tingkap belakang. Tak kisahlah asalkan rel langsir tersebut sampai ke destinasi. Hari ini Master mengenakan jersi Newcastle United berwarna oren tajaan Northern Rock dan berjenama PUMA yang dibeli di Stadium Shah Alam. Gambar-gambar ini dirakam menggunakan kamera Canon Canon DIGITAL IXUS 80 IS. 20120715

Tunaikan Cek Luar Negara daripada Google Adsense di Maybank

Imej
Pada hari Ahad yang lalu, Master keluar sebentar untuk pam tayar kereta Proton Persona yang dah lama tak bergerak sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ni. Di samping itu Master turut membantu deposit cek yang Tedi terima daripada Google Adsense. Taklah banyak, USD$100 je. Master depositkan melalui mesin deposit cek di Maybank Bandar Baru Salak Tinggi. Ramai orang beratur nak ambil duit di luar bank. Mereka beratur dengan jarak 1 meter di antara satu sama lain sempena mematuhi polisi semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kandungan:  Isi Maklumat di Belakang Cek  |  Terima Panggilan daripada Maybank. Tandatangan diperlukan.  |  Pergi ke Maybank Bandar Baru Salak Tinggi untuk tandatangan cek  |  Terima Panggilan daripada Maybank, caj tunaikan cek ialah USD$ 50.  |  Pilihan lain selain cek untuk terima bayaran daripada Google Adsense?  |  Bagaimana pula dengan cek Google Adsense yang belum ditunaikan? Isi Maklumat di Bel...

Popular